Sesetengah orang pasti sudah mengalami sakit perut yang memulas terlalu lama. Kini ada 5 tips untuk anda amalkan sebelum tidur.

Ada cara boleh dilakukan agar memudahkan proses membuang air besar pada waktu pagi. Ada sesetengah orang memang wajib membuang air besar pada waktu pagi. Jika tak dapat ‘membuang’ boleh menimbulkan rasa resah dan tak selesa. Sebenarnya ia bukan sesuatu yang tidak normal sekiranya anda tidak boleh membuang air besar pada waktu pagi. Secara umumnya, ada orang akan ke tandas tiga kali sehari dan paling sedikit, tiga kali dalam seminggu.

Setiap orang berbeza dan selagi mereka konsisten dengan pola yang sudah terbentuk, ia sebenarnya sudah cukup baik. Bagaimanapun, jika anda ingin menjadikan membuang air besar sebagai rutin setiap pagi, ada beberapa cara untuk melakukannya.

1. Minum air putih

Salah satu fungsi utama usus besar adalah membantu tubuh menyerap air. Jika anda ingin membuang air besar, adalah penting memastikan usus besar cukup air dan terhidrasi. Sebelum tidur, sebaik-baiknya minum segelas air putih dan ia akan membantu kelancaran proses membuang air besar pada waktu pagi.

2. Kekacang

Salah satu makanan yang kaya dengan serat adalah kekacang. Pengambilan 20-30 gram pada waktu malam dapat membantu melancarkan proses membuang air besar pada waktu pagi.

3. Jalan kaki selepas makan malam

Bagi merangsang rasa membuang air besar pada waktu pagi, sebaik-baiknya lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki selepas makan malam. Berjalan kaki di sekitar rumah selama 10 minit dapat meningkatkan gerakan usus dan membantu membuang air besar.

4. Sarapan awal

Sarapan awal dapat menstimulasi gerakan pada usus sehingga mendorong anda membuang air besar.

5. Kopi atau teh?

Ada menganggap kopi mampu merangsang rasa membuang air besar – jika ia berkesan maka teruskan. Teh juga bagi sesetengah orang pula dapat membantu mereka. Tiada apa yang betul atau salah dalam hal ini selagi ia tidak memberi masalah kepada anda.

Jangan anggap perkara ini adalah sesuatu benda remeh. Ini 5 cara untuk cegah dan rawat sendiri jangkitan di saluran buang air kecil.

Antara gejala jangkitan saluran buang air kecil ini termasuklah sakit ketika membuang air kecil, kerap buang air kecil, warna air itu bertukar gelap dan berbau busuk serta banyak lagi. Bagaimanapun terdapat pelbagai cara untuk mencegah dan merawat jangkitan ini termasuklah :

1. Banyak minum air putih

Salah satu cara paling mudah dan berkesan mencegah dan merawat jangkitan saluran buang air kecil adalah dengan memperbanyakkan minum air putih. Apabila banyak minum air, kita akan sering membuang air, sekali gus membawa keluar bakteria yang ada. Kebiasaannya, individu yang kurang air dalam badan dan jarang membuang air kecil adalah golongan berisiko tinggi terkena jangkitan itu.

2. Vitamin C

Makanan yang kaya dengan vitamin C sangat memainkan peranan dalam menjaga tubuh badan untuk kekal sihat sekali gus memastikan tubuh tidak mudah diserang jangkitan kuman. Sebab itu, kita perlu konsisten mengambil makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin C. Ia juga berfungsi untuk menguatkan sistem imunisasi badan manusia.

3. Antibiotik

Kebiasaannya doktor akan memberi antibiotik untuk dimakan bagi menghilangkan rasa sakit dan membunuh bakteria. Bagaimanapun, pengambilan antibiotik perlu dihabiskan mengikut preskripsi doktor agar pesakit dapat pulih sepenuhnya.

4. Minuman probiotik

Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang memberi manfaat kepada tubuh terutamanya pada saluran pencernaan manusia. Beberapa kajian mendapati, probiotik terbukti membantu merawat jangkitan saluran kencing.

5. Menjaga kebersihan alat sulit

Kawasan alat sulit sangat sensitif dan kebersihannya perlu dijaga agar tidak berlaku sebarang jangkitan. Elakkan daripada menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan bakteria berkumpul dan terkena jangkitan. Cuci kawasan alat sulit selepas membuang air untuk mencegah perpindahan bakteria.