Sesuatu menimpa keluarga Aaron Aziz hingga menyebabkan keretanya berpusing serta hilang kawalan buat peminatnya rasa resah. Dia akhirnya buka mulut cerita keadaannya kini buat ramai terkedu

Pelakon Datuk Aaron Aziz menyatakan rasa syukur tidak mengalamI luka selepas tayar kereta yang dinaikinya ada sesuatu yang terjadi di tengah jalan. Berkongsi kisahnya, Aaron berkata dia bernasib baik kerana kereta yang dinaikinya tidak berpusing atau hilang kawalan. “Cerita semalam…Habis shooting fairie khalil tengah memandu tiba-tiba dengar bunyi sesuatu. Nasib Baik tak terkena apa apa,” tulisnya di akaun Instagram.
Di platform yang sama juga, Aaron memuat naik satu lagi video IG TV dan berkongsi tips cara mengendalikan kenderaan jika ada diantara pengikutnya mengalami situasi yang sama.

“Nasib baik run flat tires, walaupun dah pancit tayar dia masih keras. Semalam kita berada ditengah lebuh raya dan tiba tiba ada bunyi sesuatu tercetus di jalan raya.. “Tapi… Alhamdulillah kita hanya boleh drive 50 km sejam dan tidak boleh jauh daripada 80 km. Kena bawa perlahan-lahan, lampu kecemasan kena buka. “Kepada para wanita yang membawa kereta, kalau kereta korang jadi begini jangan risau cari kedai tayar paling dekat,” jelasnya.Menerusi perkongsian itu, Aaron juga memuat naik foto keadaan tayarnya selepas kejadian.

Rata-rata pengikutnya turut bersyukur kerana dia dan sekeluarga terselamat. Aaron mendirikan rumah tangga dengan Diyana pada 3 Ogos 2003. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 15, Dwi Ariana, 13 dan Dalia Arissa, 9. Saksikan drama Jalan Sesat Ke Syurga juga turut mempertaruhkan empat pelakon handalan selaku tonggak utama iaitu Datuk Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Aleza Shadan dan Datuk Jalaluddin Hassan. Jangan lupa saksikan Jalan Sesat Ke Syurga yang ditayangkan menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang.Ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.-Gempak

“Dah Besar Dan Handsome,” – Foto Terkini Anak Bujang Lelaki Datuk Aaron Aziz, Para Peminat Memuji!

Isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik ada berkongsi foto anak bujangnya, Danish Anaqi yang kini mencecah usia 16 tahun. Sambil menyifatkan anaknya dangat cepat membesar di depan mata, si ibu turut mengakui anaknya itu bakal memulakan pengajian tidak lama lagi. “MashaAllah Tabarakallah. 3 more months my son will be going for his boarding school. Cepat nya dah Nak 16 tahun. Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat rata-ratanya memuji anak bujang pasangan ini yang tampak kacak dan kian susut fizikalnya berbanding sebelum ini. Selain Anaqi, Aaron dan isteri turut mempunyai dua lagi cahaya mata, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.-Media Hiburan

Kenapa Aaron Aziz ‘lamar’ Nora Danish?

Maya Karin, Lisa Surihani, Izara Aishah, Fasha Sandha, Rita Rudaini, Siti Saleha, Nur Fathia, Nadiya Nisaa dan Tiz Zaqyah, antara yang pernah bergandingan dengan aktor kelahiran Singapura ini. Terbaharu, papa hot kepada tiga anak itu bergandingan dengan pelakon terkenal, Nora Danish.

Pernah bekerjasama dengan si cantik yang mempunyai ramai pengikut di laman Instagram itu menerusi supertelefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar, mereka sekali lagi disatukan dalam filem Sayu Yang Syukur (SYS) terbitan Nusan Bakti Corporation Sdn Bhd. Filem SYS turut menjadi percubaan kedua Aaron yang dua kali pernah memenangi gelaran Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011 dan 2013 di kerusi pengarah.

Sebelum ini, dia pernah mengarahkan filem Romeo Kota yang ditayangkan beberapa bulan lalu. Lalu kenapa kini, Aaron terpanggil untuk memilih Nora sebagai gandingannya. Sebelum ini Nora pernah disatukan dengan hero kacak antaranya seperti Farid Kamil, Shaheizy Sam, Adi Putra. Kepada BH PLUS, Aaron berkongsi cerita mengenai alasan konkrit dia melamar wanita kacukan campuran Arab dan Burma itu sebagai pelakonnya.

Menurut Aaron, sebagai pengarah dia juga akan membuat keputusan memilih pelakon mana yang dirasakan sesuai. “Lapan puluh peratus kenapa saya condong memilihnya untuk berlakon dalam filem arahan saya saya kali ialah kerana sebelum itu kami pernah berlakon dalam supertelefilem. “Telefilem itu lebih kepada genre komedi dan tak ada babak percintaan. Saya optimis kami boleh melakukan yang lebih daripada sebelum ini untuk filem pula. “Nora juga diakui mempunyai populariti yang hebat. Dia juga sangat kebal di laman sosial. Lihat saja pengikutnya di laman Instagram. Dia sangat sporting dan bersedia menerima teguran. “Dia sebenarnya tidak memberi saya halangan untuk memperbetulkan diri dia dalam aspek lakonan dan sekali gus ke arah mencapai apa yang saya inginkan dalam filem ini.

“Dia pelakon yang sangat profesional. Dia membuatkan saya selesa untuk menjalankan tugas sebagai pelakon dan pengarah pada masa yang sama,” kata suami kepada Diyana Halik itu. Dalam filem SYS, Aaron memegang watak sebagai Que Daim manakala Nora pula memikul tanggungjawab untuk peranan Nurliana. Atas satu peristiwa mereka bertemu dan Que Daim sebenarnya mahu memohon maaf di atas apa yang dilakukannya terhadap Nurliana. Que Daim digambarkan sebagai lelaki kaya yang boleh memperoleh apa sahaja yang diingini. Tanpa disedari, Que Daim memendam perasaan cinta terhadap Nurliana. Namun Nurliana bukan gadis lain yang senang untuk dia dapat sekelip mata. Cintanya ditolak dan sukar menerima cinta daripada lelaki. Malah pada masa yang sama, Nurliana juga banyak bermain dengan emosi kerana dalam dilema berdepan dengan kemelut kehidupan serta memilih dua lelaki yang hadir.-Berita Harian