Setelah 13 tahun usia perkahwinan Fazley Yaakob bersama isterinya Datin Azrene ada sesuatu berlaku di luar jangkaan. Dia bongkar sesuatu mengenai rumahtangga pada umum

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dedahkan dia dan isteri akan menyelesaikan sebarang masalah atau perselisihan faham sebelum tidur. Jelas Fazley, dia enggan belenggu rasa berang yang terbuku di hati akan berlanjutan dan menjadi lebih besar pada keesokan harinya. “Konsep kami sebelum tidur mesti berbaik-baik dahulu dan tak boleh bawa simpan rasa berang sampai esok pagi. “Tidur dalam keadaan berang akan menjadi lebih besar. Kalau berkecil hati pun mesti settle lah dulu sebelum tidur,” katanya kepada Gempak. Akui Fazley, wanita termasuk isterinya sendiri, Datin Azrene Soraya sukar untuk dipujuk apabila berlaku perbalahan.

“Ramai isteri kalau merajuk susah nak pujuk terutama apabila berlaku perbalahan. Isteri suka untuk melafazkan kemaafan. Jadi, bagi kami memang tiada konsep maaf memaafkan, pujuk memujuk tapi kami akan memberikan ruang kepada satu sama lain. “Kalau tersalah cakap, kita akan berpisah selama 30 minit atau sejam dan datang semula untuk menyelesaikannya,” tambah Fazley.Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata.

Restoran Fazley ditutup

Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengumumkan restoran miliknya, SukaSucre Bistro yang terletak di Cheras ditutup. Bagaimanapun jenama restoran itu bakal berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi. “Hari ini (semalam) adalah hari terakhir restoran saya beroperasi di Taman Pertama, Cheras. Kami akan berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi.  “Tapi buat masa ini kami akan tutup buat sementara, sambil menunggu kerja pengubahsuaian di tempat baharu,” katanya. Menurut Fazley, kejayaan yang dicipta ketika menjuarai Masterchef Selebriti pada tahun 2012 membawa dirinya membuka sebuah restoran yang sudah bertahan hampir tujuh tahun. “Apabila saya menjadi juara untuk pertandingan memasak di televisyen pada tahun 2012, saya tidak sangka bahawa perjalanan hidup saya yang selama ini sebagai seorang artis dan usahawan, akan juga bertambah ceritanya sebagai seorang chef.

“Dengan restu dan izin bapa dan ibu tersayang pada masa itu, kami mulakan SukaSucre Bistro. “Tujuh tahun kemudian, setelah beberapa ratus artikel di media, berpuluh-puluh anugerah kami terima dan juga pengiktirafan kami terima dari dalam dan luar negara, kami kini bersedia untuk berpindah ke tempat baharu,” katanya.Dalam masa sama, Fazley merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terbabit secara langsung dan tidak langsung ketika cafe miliknya itu beroperasi. “Terima kasih kepada semua yang pernah melanggani restoran kami. Yang datang dari dekat dan juga yang datang dari jauh.  “Salam sayang kepada semua yang pernah berkhidmat di bawah naungan syarikat ini, baik pun sebagai anggota dapur, pengurusan, ataupun helpers/cleaners. Jasamu sentiasa dikenang. Banyak kenangan kita bersama di sini,” katanya.

Fazley Yaakob Turun Berat Badan 9 KG, Kongsi Gambar Transformasi Hasil Diet Keto, Kurus!  

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dedahkan dirinya mengalami penurunan berat badan sebanyak sembilan kilogram. Menurut Fazley, penurunan berat badannya itu merupakan hasil yang diperoleh selepas menjalankan diet keto selama lebih sebulan lamanya. “Akhirnya, giliran saya pula. 40 hari diet keto, saya mengalami penurunan berat badan sebanyak 9 kilogram secara keseluruhan. “Ia merupakan satu perjalanan yang menakjubkan,” katanya menerusi satu entri di Instagram. Dalam posting tersebut, Fazley turut berkongsi gambar penampilan terbaharunya yang kelihatan lebih kurus selepas mengamalkan diet keto.


Menurutnya, biarpun cabaran selama 40 hari yang turut dilakukan bersama isteri dan anaknya itu sudah tamat, dia berhasrat untuk terus mengamalkan pemakanan secara sihat. Saya tetap akan sambung makan cara sihat supaya saya kekalkan badan macam ni, minda saya lebih fokus dan seluruh keluarga saya juga turut sihat Insya-Allah! “Ramai juga nak tahu apa cara dan menu yang saya amalkan ye tak? Saya siap boleh makan aiskrim, makanan segera, malahan makanan pencuci mulut tau!” ujarnya. Terdahulu, Fazley turut berkongsi pencapaian anak lelakinya, Fariedz yang berjaya turun 6 kg selepas mengamalkan diet yang sama.


Bahkan, cabaran diet tersebut turut disertai isterinya, Datin Azrene Ahmad yang mengalami penurunan berat badan sebanyak 12 kilogram. Sebelum ini, pada awal bulan lalu, Fazley dedahkan dirinya mahu menyahut cabaran diet keto selama 40 hari. Diet keto merupakan sejenis diet yang mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat, namun tinggi pengambilan lemak. Saksikan program yang menampilkan Fazley Yaakob di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Farit Ismeth Emir Dikatakan Bapa Kandung Isteri, Ini Penjelasan Sebenar Fazley Yaakob

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjelaskan bapa isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz iaitu Abdul Aziz Nong Chik masih lagi hidup dan berada dalam keadaan sihat. Ia sekaligus menyangkal salah faham di kalangan warganet yang dikatakan kononnya Farit Ismeth Emir adalah bapa kandung kepada isterinya. “Salam takziah buat keluarga Farit Ismeth Amir. Doa kami agar dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Perlu juga saya perbetulkan tanggapan ramai orang yang turut menyampaikan ucapan takziah buat saya dan isteri saya Azrene kerana menyangkakan bahawa dia adalah ayah kandung beliau. Terlalu banyak ucapan takziah yang hadir di dalam Whatsapp kami sekeluarga. Sebetulnya ayah kandung Azrene masih lagi hidup dan sihat, dan namanya ialah Abdul Aziz Nong Chik. Yakni, wali yang menikahkan saya dan Azrene 14 tahun yang lalu,” katanya dalam kenyataan yang dikirim di laman Instagram.

Dedah Isteri Pernah Kehilangan Kandungan Sebanyak 13 Kali, “Kita Masih Bersama Dan Dikurniakan 4 Cahaya Mata,” – Ini Curahan Hati Fazley Yaakob

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan isterinya, Datin Azrene Ahmad menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13 semalam.lalu bersempena dengan tarikh istimewa mereka, Fazley ada menitipkan ucapan buat isteri tercintanya itu.Merakam momen saat awal perkahwinan, curahan hati buat isteri tercinta itu dikongsinya menerusi satu potongan video di IG TV miliknya.“Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke-13. Buat adik sayang azrene ahmad, selamat ulang tahun perkahwinan kita, dimana 7 November 13 tahun yang lalu kita telahpun disatukan. Terlalu banyak titisan air mata dan kepayahan yang menitis di antara kita serta seluruh keluarga kita.

Penyanyi yang juga chef selebriti popular iaitu Dato’ Dr. Fazley Yaakobbaru-baru ini meluahkan rasa kekecewaannya

Dr. Fazley Yaakob menerusi laman media sosial Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir masyarakat yang memalukan keluarganya apabila tidak menghormati privasi mereka ketika sedang bercuti.  Kejadian yang memalukan diri dan keluarganya itu berlaku apabila terdapat sebuah keluarga yang berteriak memanggil mereka dan mengambil gambar keluarganya secara sembunyi.“Kalau dia minta elok-elok mesti saya bagi, atau tanya dan sapa serta memberi salam mesti saya akan jawab. Masalahnya, masih ada orang yang kurang ‘cara’ apabila bertemu orang lain. Apa nak buat?,” berang Dato’ Dr. Fazley Yaakob.Dr. Fazley Yaakob kemudiannnya menegur keluarga berkenaan untuk selfie bersama namun ditolak pula oleh salah seorang daripada keluarga tersebut dengan memberikan jawapan bahawa mereka tidak berminat dengan artis.  Melihat kepada posting yang dimuat naik, kejadian tersebut semestinya memberi kekecewaan buat Dr.Fazley Yaakob dan keluarganya. Apa-apapun, orang berbudi kita berbahasa. Kalau tidak minat dengan mana-mana artis sekalipun janganlah pulak cakap di hadapan artis tersebut.