Setelah 4 tahun berumah tangga kini Saharul Ridzwan kongsi momen dengan isterinya sehingga meraih perhatian warganet. Rupa rupanya ini yang dikongsikan mereka.

Pelakon Saharul Ridzwan melayangkan ucapan khas buat isteri tercintanya sempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang keempat. Begitupun, kata Saharul, tahun ini sedikit berbeza kerana tiada ucapan ‘sweet’ yang diberikan kepada isterinya seperti kelaziman. “Tak pandai pulak saya nak sweet-sweet kali ini. Mungkin anak dua dah kot. Tapi sayang, tak pernah kurang ‘rasa’ tu pada awak, pada kita tapi mungkin cara yang berbeza. “Sudah empat tahun kita jadi suami isteri. Alhamdulillah syukur. Allah masih hadirkan rasa nikmat cinta, kasih dan sayang sesama kita. Semoga Allah terus pinjamkan nikmat ini sampailah ke akhir hayat nanti,” kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya pagi tadi.

Dalam entri tersebut, Saharul turut berkongsi momen ketika dirinya dan isteri meraikan hari istimewa tersebut yang disambut pada 16 September setiap tahun. Katanya lagi, dia juga akan sentiasa cuba untuk menjadi seorang suami dan bapa yang terbaik buat keluarganya. “Mungkin doa dan perlakuan saya untuk menjadi suami dan ayah pada anak-anak kita adalah perkara paling berharga yang boleh saya buat untuk pastikan keluarga kita sentiasa diberkati Allah.

“Dalam mencari kesenangan dunia, saya doa supaya Allah dekatkan diri kita sekeluarga dengan kesenangan akhirat. Insya-Allah. “Love you till Jannah, kena usaha untuk sampai ke Jannah” @deenaemir,” coretnya. Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016. Menerusi perkahwinan tersebut, Saharul dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 3, dan Fateema Azzahra yang baru berusia tiga bulan.

SUMBER: GEMPAK

Saharul Ridzwan hadiahkan Honda Jazz untuk isteri

ISTERI pelakon Saharul Ridzwan iaitu Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir atau Deena tidak sangka suaminya menghadiahkan kereta jenis Honda Jazz sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat. Deena berkongsi kegembiraannya itu di media sosial menerusi sebuah foto berlatar belakangkan kereta barunya berwarna putih.”Kejutan daripada suami! Masya Allah. Terkejut betul tadi sebab ulang tahun perkahwinan kami adalah pada 16 September, tapi dapat hadiah hari ini. Dia suruh siap tadi sebab nak rakam video untuk buat ulasan.

“Habislah comot muka Deena, maskara meleleh sebab menangis. Allahuakbar sayang Saharul Ridzwan, terima kasih atas cinta dan usaha. Doa saya sentiasa bersama kamu. Alhamdullilah,” katanya. Sementara itu, Saharul berkata, dia percaya setiap suami wajib menggembirakan isteri dengan berkongsi rezeki dan bukannya menganggap pasangan sebagai beban sebaliknya pembawa rezeki.

“Kalau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi jika anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’. “Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih daripada orang lain sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumah tangga,” katanya. Saharul berkata, jantung sebuah rumah ialah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya.

“Untuk semua suami, sayangilah isteri anda supaya dia sentiasa gembira dan berdoa untuk kita. Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah,” katanya. Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun. Jun lalu, mereka menimang anak kedua iaitu bayi perempuan yang dinamakan Fateema Azzahra.

SUMBER: HMETRO