Setelah ambil keputusan memakai hijab baru baru ini. Kilafairy nekad ungkapkan hasratnya yang ini pada umum buat ramai tergamam. Dia buka mulut perjelas segalanya pada orang ramai

Benarlah bahawa Hidayah itu milik Allah. Siapa sangka pelakon dan penyanyi Kilafairy yang sangat sinonim dengan imej menjolok mata mampu berubah dalam sekelip mata apabila tampil berhijab Kilafairy berkata hidayah yang diterima merupakan hadiah yang tidak boleh ditukar ganti. Bagaimanapun, Kilafairy enggan bercerita mengenai petunjuk yang diterima dan hanya berkongsi dengan insan rapat. “Saya selesa tidak bercerita mengenai petunjuk yang diterima hingga mengubah dimensi diri dan kehidupan.

“Jujurnya, saya tak putus berdoa mahu menjadi insan lebih baik dalam setiap sujud sejak dua tahun lalu. Doa saya, jika benar berikanlah saya petunjuk. “Alhamdulillah, detik itu datang bagai rahmat yang tidak terduga. Jadi, kita harus terus berdoa memohon hajat hati. Jangan mengalah, berhenti dan penat memanjangkan doa. Doa sangat mustajab dan berkuasa. Ia senjata orang Islam,” katanya kepada BH Online. Diberi peluang untuk berhijrah ke arah lebih baik pada usia muda, Kilafairy bersyukur saat beroleh hidayah. Malah, dia akui tenang saat keluar rumah dengan memakai hijab.

“Saya percaya soal cepat atau lambat pasti wujud dalam sesuatu perkara. Ia termasuklah fasa yang saya lalui hari ini. “Papa pula selalu bertanya apa yang dirasai selepas saya bertudung dan keluar rumah. Saya balas hanya satu jawapan iaitu lega. Benar, ketenangan yang diperoleh tidak boleh dijual beli,” katanya. Dalam pada itu, Kilafairy berkata keputusannya untuk berhijab itu adalah untuk membahagiakan membahagiakan ibu bapanya. Malah, ibu bapanya sangat gembira dengan penghijrahannya itu.

“Inilah momen paling bahagia apabila dapat membahagiakan hati ibu bapa. Doa mereka akhirnya dimakbulkan. “Sekarang, ibu bapa sudah tidak takut mahu tinggalkan saya seorang diri. Malah, saya juga ada beberapa perkara yang ingin lakukan dalam hidup. “Ia seperti satu matlamat dalam mengimbangi kehidupan. Cuma, belum masanya saya berkongsi. Saya berdoa apa yang dihajati dipermudahkan,” katanya.

Kilafairy tiada masalah tayang kekasih

Penyanyi dan pelakon, Kilafairy, 27, semakin terbuka untuk berbicara soal peribadi sejak kehadiran jejaka bernama Sa’aid Umar Aiman dalam hidupnya. Mula berkongsi mengenai perkara itu di Instagram, sejak tahun lalu, pemuda yang bekerja dalam bidang penerbangan itu mengubah pendiriannya. Bukan sekadar memuat naik gambar bersama, penyanyi lagu Put The Word In itu juga memaut nama Instagram buah hatinya. “Kami sebenarnya sudah saling mengenali sejak 12 tahun lalu, iaitu ketika saya di bangku sekolah lagi. “Malah, kami juga sudah lama saling mengikuti di Instagram, cuma ketika itu masing-masing tidak pernah bersua muka atau keluar bersama.

“Dipendekkan cerita, tahun lalu kami menjadi rapat, sehinggalah sekarang,” katanya anak kepada penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil ini. Menurut pelakon filem Karak itu, dia kini memilih untuk tidak berselindung mahupun berahsia mengenai perhubungan mereka kerana selesa bertemankan lelaki berkenaan. “Saya rasa selesa dan lebih menjadi diri sendiri ketika mengenalinya. Dia juga membuatkan saya menjadi insan lebih baik. Malah, saya berasakan dapat lihat masa depan bersamanya. “Begitupun, jika ditanya mengenai hala tuju hubungan kami, saya pastinya mengharapkan penamat yang baik. Kalau ada jodoh, ia pasti tak ke mana. Cuma, tidak manis jika saya yang bercakap mengenai bila saatnya kami bakal disatukan,” katanya.

Kilafairy bertudung tanpa paksaan

Imej menjolok mata begitu sinonim dengan pelakon dan penyanyi, Kilafairy, 28. Bagaimanapun, 2020 menyaksikannya berubah dan menjaga penampilan diri. Doa ibu bapa yang tidak pernah putus, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan akhirnya memilih berhijrah dan memakai tudung sempena keberkatan Syawal, sejak kelmarin. Penghijrahannya itu sering dengan impian mahu berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki diri, tahun ini.

“Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab. “Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa. “Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan saya kekal istiqamah,” katanya kepada BH Online. Awal tahun ini, anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil yang terkenal dengan imej berani ini dan mula berpakaian sopan secara perlahan-lahan. Kini, pengusaha produk kesihatan itu sudah terbiasa dengan gaya terbaharu.

“Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan. “Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa,” katanya pelakon filem Karak dan Hoore! Hoore! itu.

Ayah sebak Kilafairy dah bertudung…

Pelakon, Kilafairy mengakui tersentuh sehingga mengalirkan air mata ketika memberitahu sudah berhijab kepada bapanya pada hari raya ke-11 yang lalu.Kila berkata, dia bersyukur apabila sempat menggembirakan seluruh ahli keluarganya dengan imej terbaharu itu. “Ketika memaklumkan kepada ayah yang saya mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, kami begitu sebak sehingga saya mengalirkan air mata.

“Famili saya memang susah nak kongsi perasaan masing-msing kecuali bapa dan saya. Kami ini macam dalam filem hindustan sikitlah. “Saya lihat wajah ayah berkaca ketika kami saling berpelukan. Saya bersyukur saya sempat melihat keluarga saya gembira dengan perubahan saya ini,” katanya menerusi saluran YouTube miliknya hari ini. Awal tahun ini, anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil kikis imej berani dan mula berpakaian sopan secara perlahan-lahan. Kini, pengusaha produk kesihatan itu sudah terbiasa dengan gaya terbaharu.

Sementara itu, pengacara Neelofa meluahkan rasa syukur apabila sahabatnya tampil dengan imej berhijab. Kata Neelofa, dia mendoakan agar Kilafairy terus istiqamah dan menjadi wanita solehah. “Saya doakan semoga awak terus istiqamah, semoga Allah kuatkan hatimu, kuatkan iman, tegakkan iman, dapat menerima manfaat, boleh menjadi wanita solehah dan contoh teladan kepada ramai orang. “Semoga kau sentiasa bahagia, tenang dan disayangi ramai,’katanya di laman Instagram Story.