Setelah berhenti dari bidang fesyen Rizalman tekad lakukan perkara ini buat ramai persoalkan perlakuannya . Dia dedah perkara sebenar buat ramai tergamam. Sampai begitu sekali dia sanggup lakukan

Selepas mengumumkan persaraannya dari dunia fesyen pada Februari lalu, pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim menyatakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian al-Quran. Menurut Rizalman, ia merupakan sebahagian daripada usaha yang dilakukan selari dengan penubuhan Yayasan RI yang akan dibangunkan kelak. Ujarnya pusat pengajian itu untuk golongan dewasa untuk belajar mengaji. “Anda tahu kan saya dalam proses nak tubuhkan Yayasan RI. Jadi, antara niat saya ialah menubuhkan pusat pengajian al-Quran untuk golongan orang-orang dewasa.

“Siapa yang tak sempat belajar mengaji dengan betul, yang nak belajar dan memperbetulkan bacaan mereka,” tulisnya. Kata Rizalman lagi, syarikatnya, Rinetwork akan membiayai sepenuhnya pusat pengajian tersebut sendiri sementara menunggu kelulusan penubuhan yayasannya itu. “Saya akan gajikan para ustaz dan ustazah, cari tempat, belikan kelengkapan serta berikan wakaf mushaf Amazing tu di situ dan akan bertempat di Johor Bahru sebagai negeri pertama,” katanya. Diruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dengan niat baik pereka fesyen itu dan semoga usahanya untuk melakukan amal jariah itu akan sentiasa permudahkan.

Rizalman bersara dari dunia fesyen

:Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan mengundurkan diri dari dunia fesyen selepas 30 tahun membina jenamanya. Rizalman membuat pengumuman pada Konsert Kesuma Jiwa 2020 di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, malam tadi. “Saya minta izin mengundurkan diri dari arena fesyen. Saya menyerahkan tanggungjawab kepada pembantu, Faizul Surani. “Faizul sudah 15 tahun bersama saya. Keputusan ini dibuat sejak tahun lalu. Saya sudah lama berkecimpung dalam dunia fesyen.

“Selepas ini saya boleh fokus kepada cabang lain termasuk hiasan dalaman, kosmetik dan kecantikan,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya konsert. Konsert itu disaksikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Konsert Kesuma Jiwa 2020 menampilkan Hael Husaini, Sherry Alhadad dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai konduktor muzik bagi koir. Rizalman juga memperagakan koleksi terakhirnya sebagai pereka fesyen hasil kerjasama dengan gedung talian, Zalora. Rizalman berkata, konsert itu dianggap terjemahan eratnya silaturahim bersama semua pengikutnya.

“Saya tukang jahit sahaja. Konsert ini juga tanda persahabatan saya dengan Dayang sejak 20 tahun lalu,” katanya. Sementara itu, Dayang berkata, dia menghormati keputusan teman baiknya itu. “Semestinya saya tertanya kenapa keputusan ini dibuat. Tetapi, apabila dilihat jauh, saya memahaminya. “Pembabitan konsert malam ini juga menjadi momen manis buat saya dan Rizalman. Susah cari sahabat yang sanggup anjur konsert untuk teman baiknya,” katanya. Pada konsert itu, Dayang mendendangkan lagu malar segar yang diberi nafas baharu mengikut penyampaian tersendiri. Antara lagu yang dipersembahkan adalah Kesuma Jiwa, Bisikan Hati, Laksamana Raja Di Laut dan Tari Tualang Tiga. Tak ketinggalan lagu popularnya, Di Pintu Syurga yang diberi lenggok asli.

Pemergian rakan industri seni pada usia muda jentik keinsafan… Rizalman umum bersara – “Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia”

Saat Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan persaraannya daripada industri fesyen pada malam Khamis, ramai seakan-akan tidak percaya dengan keputusan mengejut itu. Mana tidaknya, pereka fesyen terkenal itu sudah hampir 30 tahun menghambakan diri dalam kecintaannya terhadap fesyen malah telah berjaya menjadikan jenamanya antara yang berpengaruh di Malaysia. Menganggap sudah sampai masanya dia berbuat demikian, Rizalman, 49, bagaimanapun mengakui ia adalah keputusan yang sukar dilakukannya.

Pengumuman mengejut itu dibuat sendiri Rizalman ketika Konsert Kesuma Jiwa yang turut menampilkan penyanyi Dayang Nurfaizah di Panggung Sari, Istana Budaya. Sepanjang kariernya, Rizalman sudah menghasilkan ribuan busana untuk pelanggannya termasuk golongan selebriti seperti Wan Zaleha Radzi, Zakiah Anas, Fauziah Ahmad Daud, Zarina Zainuddin, Dayang Nurfaizah, Neelofa, Izara Aishah, Azrinaz Mazhar Hakim, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya. Malah siapa boleh lupa, air tangan pereka ternama ini yang mereka busana penyanyi Ziana Zain yang tampil anggun pada majlis perkahwinannya pada 1998.

Namun ramai tidak mengetahui sejak 15 tahun lalu, beliau juga adalah ‘tukang jahit’ kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Al- Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al Haj. Paling istimewa, beliau diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk mereka busana ketika pertabalan kedua-dua baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16, Januari tahun lalu. Ia adalah kemuncak kerjayanya sebagai pereka fesyen di sebalik ribuan kejayaan lain pernah dikecapi anak kelahiran Pulau Pinang ini.

Izara Aishah dan Dayang Nurfaizah sering bekerjasama dengan Rizalman. 

Namun sebelum itu semua berlaku, Rizalman sebenarnya melalui pelbagai cabaran di awal pembabitannya sebagai pereka fesyen malah pernah memikul beg besar menaiki bas bagi menghantar pakaian yang sudah siap kepada pelanggan. Pendek kata, Rizalman sanggup lakukan apa sahaja demi memastikan beliau dapat menggembirakan pelanggan serta mengembangkan kerjayanya ketika itu.

Beliau juga pernah bekerja sebagai tukang jahit butang dan cangkuk di sebuah butik di Kuala Lumpur dengan gaji sebanyak RM350 sejurus menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1993. Bagaimanapun enam bulan bekerja di butik itu, Rizalman tersedar itu bukanlah apa yang dia mahu dilakukan sehingga mengambil keputusan untuk bergerak sendiri. Memilih bergerak atas tiket freelance, Rizalman sedar tiada jalan mudah untuk berjaya melainkan dia benar-benar berusaha memperkenalkan dirinya menerusi rekaannya.