Setelah berkolaborasi dengan penyanyi popular Dua Lipa dapat liputan meluas hingga serata dunia buat kumpulan Blackpink bakal umum sesuatu buat peminatnya. Kumpulan Blackpink buka mulut mengenai kolaborasi istimewa ini

Teka-teki terjawab! Selepas kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK dan penyanyi pop Selena Gomez mengumumkan kolaborasi mereka pada 12 Ogos lalu, kini judul lagu mereka pula dedahkan oleh BLACKPINK, menerusi satu entri di akaun Twitter rasmi mereka, mengumumkan tajuk lagu baharu berkenaan pada Jumaat. Menerusi poster yang disertakan dengan ciapan tersebut, “Ice Cream” dipilih sebagai tajuk lagu yang bakal dikeluarkan pada 28 Ogos ini.

Sementara itu, Selena juga memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram peribadinya dengan kapsyen “”Ice Cream blackpinkofficial SELPINK IN YOUR AREA soon… August 28.” Sebelum ini, BLINKs (nama fandom BLACKPINK) membuat spekulasi bahawa tajuk lagu hasil kolaborasi gadis-gadis jelita ialah Ice Cream. Ini kerana BLINKs teringat akan gambar-gambar yang dikongsikan kuartet BLACKPINK di laman Instagram beberapa minggu yang lalu. BLACKPINK sebelum ini pernah menjalinkan kolaborasi bersama Dua Lipa menerusi lagu Kiss and Makeup dan juga Lady Gaga dengan lagu Sour Candy.-Gempak

Blackpink bergabung dengan Selena Gomez

Kumpulan popular Korea Selatan, BLACKPINK mengesahkan bakal bekerjasama dengan penyanyi Amerika Syarikat, Selena Gomez. Pengesahkan itu dikongsikan agensi BLACKPINK, YG Entertainment dan dimuat naik di akaun Instagram rasmi kumpulan itu melalui poster pengenalan single terbaharu BLACKPINK. “BLACKPINK & Selena Gomez,” tulisnya di poster berkenaan.

Sebelum ini, timbul khabar angin yang dikatakan dua penghibur hebat antarabangsa ini bakal bersatu menerusi single terbaharu sejak 28 Julai lalu. Namun, YG Entertainment meminta peminat yang dikenali BLINK bersabar menantikan pengesahan rasmi daripada mereka. Dalam pada itu, agensi turut memaklumkan bakal mengumumkan judul lagu hasil kerjasama BLACKPINK dan Gomez itu. Difahamkan single bersama Gomez akan dilancarkan pada 28 Ogos ini dan menjadi kerjasama ketiga BLACKPINK dengan penyanyi antarabangsa. Sebelum ini, BLACKPINK pernah bekerjasama dengan Dua Lipa dalam lagu Kiss and Make Up pada 2018, dan Lady Gaga menerusi lagu Sour Candy pada Mei tahun ini.-Harian Metro

Maaf, bukan Ariana Grande tapi Selena Gomez yang akan bersama Blackpink

Antara nama-nama yang disebut peminat adalah Ariana Grande dan juga Selena Gomez. Namun segalanya terjawab apabila penyanyi yang popular dengan lagu Rare mengumumkan bahawa dia akan melancarkan sebuah lagu bersama kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Rose, Jennie dan Lisa.Malah tanda pagar SELPINK juga mula trending selepas pengumuman itu dibuat. Lagu yang masih belum diketahui tajuknya itu akan dilancarkan pada 28 Ogos ini. Bukan sahaja Selena, malah kumpulan Blackpink juga pernah berkolaborasi bersama Dua Lipa menerusi lagu Kiss and makeup dan juga Lady Gaga menerusi lagu Sour Candy. Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu kolaborasi Blackpink dengan Selena Gomez.-Astro Awani

Blackpink duet dengan Selena Gomez pula

Spekulasi peminat terhadap projek besar Selena Gomez bersama kumpulan K-pop tersohor, Blackpink berakhir apabila penyanyi popular itu mengesahkan kerjasama mereka di akaun Instagram (IG).Menerusi perkongsiannya, Selena yang popular dengan lagu Love You Like A Love Song itu melahirkan rasa teruja kerana lagu yang masih dirahsiakan judulnya, bakal menemui peminat pada 28 Ogos ini. “Sangat teruja untuk mengumumkan Blackpink dan saya ada lagu baharu yang akan muncul pada 28 Ogos ini,” kongsinya dalam entri berkenaan.

Penjelasan itu mengiringi foto promosi yang memaparkan namanya dan Blackpink yang popular dengan lagu How You Like That, bakal menghiburkan dunia muzik dengan single duet. Entri itu mendapat lebih empat juta tanda suka dengan lebih 140,000 komen. Rata-rata peminat kedua-dua artis itu gembira dan tidak sabar untuk menyaksikan kolaborasi yang diramal hebat itu. Terdahulu, pihak pengurusan kumpulan yang dianggotai empat gadis itu, YG Entertainment memberi bayangan Blackpink bakal bekerjasama dengan seorang penyanyi yang dirahsiakan identitinya. Sebelum ini, Blackpink pernah bekerjasama dengan Lady Gaga menerusi lagu Sour Candy.-Berita Harian