Setelah dedahkan hidap satu sakit ini pada umum Yusof Kelana raih perhatian ramai beberapa minggu lepas. Mengejutkan apabila ini yang berlaku pada dirinya undang rasa sebak serta ramai mendoakan kesejahterannya

Pengarah dan penerbit filem veteran Yusof Kelana pergi menghadap Illahi kira-kira pukul 9.30 pagi, Sabtu akibat sakit kulit tahap empat. Menurut sahabat baiknya yang juga Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli, 54, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Kata Jurey, buat masa kini urusan persemadian masih berada di rumah dan pihak keluarga dalam proses untuk mendapatkan kebenaran lokasi persemadian di kawasan berdekatan. “Ya. dia pergi menghadap Illahi kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di rumahnya. Doktor datang ke rumah untuk pengesahan. Sekarang ini nak kena buat laporan polis dahulu dan baru proses nak dapatkan kebenaran lokasi persemadian pula. “Isteri Yusof mahu suaminya dikebumikan di kawasan berdekatan dengan rumah dia. Mungkin selepas solat zohor akan selesai semuanya,” kata Jurey ketika dihubungi mStar. Menerusi laporan mStar pada 6 Ogos lalu, Yusof ketika itu berada dalam keadaan yang agak membimbangkan akibat menghidap sakit kulit tahap empat dan dirawat di Institut Negara, Putrajaya.

Isteri Yusof suaminya dikebumikan di kawasan berdekatan dengan rumah dia

Yusof atau nama sebenarnya Omar Saleh, 66, mendapat tanda sakit tersebut selepas mengalami luka sebesar syiling 50 sen pada tapak kaki sejak dua tahun lalu. Namun, sikap yang tidak suka ke hospital membuatkan Yusof membiarkan luka tersebut merebak tanpa mendapatkan rawatan sewajarnya dan dia disahkan mengidap sakit tersebut pada Jun lalu. Yusof memulakan kerjaya sebagai pengarah filem pada tahun 1996 menerusi Kejadian Oktober yang menerima kutipan pecah panggung RM3.2 juta.

Jurey mengesahkan sahabat baiknya, Yusof pergi menghadap Illahi. Dia kemudian meneruskan kerjasama bersama Skop Production menerusi filem MX3 (2003) dan Pontianak Menjerit (2005). Yusof menerbitkan filem Bidong: The Boat People (2018) dan Mahathir: The Journey (2019) menerusi syarikat miliknya YKS Film Maker dan Reliance Media Group. Selain filem, Yusof juga antara pengarah drama kepolisian popular Gerak Khas yang ditayangkan di RTM.

Pengarah Yusof Kelana pergi menghadap Illahi

Pengarah filem Kejadain Oktober, Yusof Kelana pergi menghadap Illahi di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang jam 9.30 pagi, hari ini. Isterinya, Nur Maynah ketika dihubungi berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir ketika dia dan anak-anak sedang membacakan surah Yasin. Dia berada dalam keadaan sedar, cuma dia diam dan tak bergerak sebelum pergi menghadap Illahi. Saya panggil anak-anak untuk membaca Yasin. Saya juga sempat bisik ke telinganya dengan menyebut kalimah Lailahaillallah,” katanya. Menurut Maynah, keadaan suaminya itu berada dalam keadaan baik tetapi tiba-tiba lemah hari ini. “Kelmarin dia okey saja. Dia tidak menunjukkan perubahan yang ketara, mungkin sudah tiba masanya dipanggil Tuhan.

“Dia dijangka dikebumikan selepas solat Asar hari ini, namun belum dipastikan lokasi pengebumian. Tetapi kalau boleh saya ingin dikebumikan di tempat persemadian yang berhampiran dengan rumah,” katanya. Sebelum ini, Yusof, 66, yang disahkan menghidapsakit kulit tahap empat dikhabarkan berada dalam keadaan yang merisaukan di Institut Negara (IKN), Putrajaya. Yusof yang disahkan menghidap sakit pada Julai lalu, mulanya menyangka luka pada tapak kakinya hanya luka biasa. Selepas mengalami sakit dada dan rebah di rumah, barulah pengarah filem Bahaya Cinta dan Bidong: The Boat People itu dibawa ke hospital biarpun berulang kali diajak anaknya.

Disebabkan tidak mempunyai sejarah sakit yang sering dihadapi, pihak hospital terus melakukan ujian Computed Tomography atau CT Scan dan menemui sel yang sudah berada pada tahap empat. “Saya tak salahkan penonton kerana saya tahu selera mereka adalah filem komersial, bukannya naskhah bercorak sejarah,” demikian luah pengarah Yusof Kelana berhubung filem Bidong: The Boat People yang tidak berjaya mendapat sambutan di pawagam tempatan.

Menurut Yusof, beliau sudah menjangkakan filem ini sukar mendapat sambutan memandangkan selera penonton kini cenderung ke arah filem komersial. “ Sejak awal saya dah jangka. Penonton lebih minat filem santai, komersial dan bukan naskah bercorak sejarah seperti Bidong. Tak apa, saya anggap penghasilan filem ini sumbangan saya kepada industri,” katanya kepada BH Online. Mencatat kutipan kurang daripada RM 10,000, Yusof memberitahu ada pawagam besar menarik balik tayangan Bidong selepas tiga hari ditayangkan berikutan tiada sambutan. Namun begitu, Yusof tidak berkecil hati dan akan terus berkarya pada masa akan datang. ” Saya tak berkecil hati dengan apa yang saya peroleh kerana saya sendiri sudah melalui zaman kutipan pecah panggung, ketika menghasilkan filem Tragedi Oktober (1996).

” Buat masa ini saya belum dapat mengumumkan projek terbaharu,” katanya. Filem Bidong: The Boat People mula ditayangkan sejam 1 Mac lalu. Bidong dibintangi oleh Taufiq Hanafi, Irene Wong, Livonia Ricky, Abby Nour, Z Zamri, Vanessa Lim, Dickson Chin dan Man Raja Lawak itu mengisahkan mengenai sepasang suami isteri dari Vietnam yang membawa diri ke Pulau Bidong dan membuka perkampunan di situ.