Setelah dijangkiti Covid 19 beberapa bulan lepas. Ashraf Muslim tampil perjelas keadaan terkini buat cetus rasa sebak warganet. Dia juga titip pesanan bermakna yang satu ini buat ramai

Pandemik COVID-19 yang melanda kita sejak awal tahun ini telah mendatangkan impak besar kepada masyarakat seluruh dunia. Bagi mereka yang terdedah dengan risiko jangkitan atas dasar kerja pastinya berdepan dilema getir apabila terpaksa mengasingkan diri dari keluarga tercinta. Begitulah nasib yang dialami oleh pelakon Ashraf Muslim serta segelintir rakan dan kru produksi drama yang dibintanginya baru-baru ini. Namun di sebalik dugaan dan detik sukar yang dialami, Ashraf menganggap ada hikmah tersembunyi dan memandangnya dari sudut positif.

Nak tahu apa yang akan dikongsikan Ashraf? Jangan lupa saksikan Naura Shares episod 3 malam ini. Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109). Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Datin Alyah, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.

Ashraf Muslim positif COVID-19

Pelakon, Ashraf Muslim mengesahkan positif COVID-19, sekembali menjalani penggambaran drama bersiri, Demi di Inverness, Scotland, penghujung bulan lalu. Sekian lama berdiam mengenai keadaan dirinya, Ashraf akhirnya berkongsi luahan hati menerusi entri Instagram (IG), tengah hari ini. Ashraf memohon maaf kepada semua pihak termasuk rakan media kerana memilih tidak memberikan sebarang kenyataan. “Tanggal 12 April lalu menjadi jawapan bagi saya mengenai keputusan ujian COVID-19.

“Ya, saya dijangkiti virus COVID-19. Sewaktu itu walaupun sebak mendapat tahu jawapannya, tetapi saya reda dengan pilihan Allah. “Ada hikmah di sebaliknya. Datang ‘nervous’ dan macam-macam perasaan apabila masuk ambulans. “Maafkan saya ahli keluarga, sahabat dan rakan,” kongsinya. Dalam entri itu, Ashraf turut memohon doa orang ramai untuknya dan mereka yang disahkan positif COVID-19. Bagaimanapun, Ashraf tidak dedahkan secara terperinci lokasi hospital menjalani rawatan dan kuarantin.

“Tolong doakan yang baik untuk saya dan penghidapCOVID-19. Semoga Allah jauhkan wabak ini, tidak berterusan dan menyihatkan semua. “Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan wartawan yang menghubungi saya. Harap faham dengan situasi saya sekarang. “Tak lupa kepada petugas barisan hadapan seperti doktor, pembantu perubatan, jururawat dan mereka yang terbabit. Terima kasih, kalian adalah hero kami,” tulisnya.

Pelakon filem Aku Masih Dara dan Bukan Cinta Malaikat itu berkata, dia berharap keluarganya mendoakannya dijauhi segala kesulitan. “Kepada Mama, Ibu, Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah, doakan ayah supaya pulih daripada virus ini dengan cepat. Supaya kita dapat berjumpa beramai-ramai. “Ayah rindu sangat, tetapi jangan risau ayah okay, sihat, boleh solat dan baca al-Quran seperti biasa.

“Berprasangka baik pada Allah. Hanya Allah memberikan sakit dan memberikan kesembuhan,” tulisnya. Kumpulan produksi drama Demi berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, sebelum kes penularan COVID-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum dikuat kuasa. Seramai 18 tenaga kerja termasuk pengarah, pelakon dan kru yang menjalani penggambaran drama 26 episod siaran RTM itu tiba di Kuala Lumpur pada 31 Mac lalu. Sebelum ini, lapan tenaga kerja pasukan produksi termasuk pengarah, Rahila Ali dan pelakon, Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa disahkan positif COVID-19.

Ashraf Muslim menangis terima kejutan daripada kedua isteri

Pelakon, Ashraf Muslim menangis saat mendapat kejutan berbentuk kiriman video daripada kedua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Video berdurasi dua minit dan 24 saat itu mengandungi paparan gambar mereka sekeluarga serta ucapan daripada tiga anaknya. Ashraf, 39, berkata perkara itu membuatkan dirinya bertambah rindu dan berharap segera bebas wabak Covid-19. “Semalam adalah malam paling bersejarah dalam hidup saya. Pertama, solat tarawih berjemaah di Wad penghidap Covid 19 dan kedua dapat kejutan video daripada mama dan ibu (kedua isteri).

“Selepas solat tarawih jam 10.30 malam, saya nak makan. Lapar sebab tak makan dari petang. Jadi, ketika nak makan tangan kiri pun capai telefon nak tengok mesej. “Buka mesej, dapat video ini. Allahuakbar, sambil makan saya tak sedar air mata sudah mengalir. Sedihlah. Sudahlah saya di wad. Makan pun tak habis terus basuh tangan. Sabar ya, sikit saja lagi. Rindu semua,” katanya. Ashraf dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) akibat positif wabak Covid-19 pada 12 April lalu. Sebelumnya, Ashraf menjalani kuarantin diri selama dua minggu selepas pulang dari Inverness, Scotland kerana terbabit penggambaran drama Demi pada 31 Mac lalu.

COVID-19: ‘Berat hati ini tinggalkan sahabat-sahabatku di wad…’ – Ashraf Muslim

Berkongsi perkhabaran gembira itu, Ashraf menerusi status di akaun Instagram miliknya bagaimanapun agak berat hati untuk meninggalkan Wad 31 hospital tersebut. Menurut pelakon Dia Menantu Rahsia itu, situasi tersebut berlaku kerana beliau telah menganggap penghidap Covid 19 yang turut dirawat di wad yang sama seperti ahli keluarga. “Berat hati ini untuk tinggalkan sahabat-sahabatku di wad ini. Mereka telah ku anggap sebagai keluargaku.. Allahuakbar ... tak boleh nak terjemahkan perasaan ini. “Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana penghidap Covid 19 semuanya daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang,” jelasnya.

Dalam status sama, Ashraf turut menjelaskan dirinya telah bebas jangkitan COVID-19 sejak sehari sebelum Ramadan tetapi memilih untuk tinggal dan dikuarantin di hospital. Katanya, banyak sebab keputusan itu dibuat antaranya dapat melakukan ibadah dengan penghidap Covid 19 di situ. “Saya dapat mengerjakan solat berjemaah pada bulan Ramadan dan ibadah yang dapat buat bersama-sama dgn penghidap Covid 19. Ini adalah terapi hati saya untuk lebih tenang,” katanya. Pada 12 April lalu, Ashraf dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif COVID-19. Sebelum itu, Ashraf terlibat dalam penggambaran drama Demi di Scotland dan pulang ke Malaysia pada 31 Mac.

Ashraf Muslim positif Covid-19, kongsi pesanan dalam ambulans – “Saya sayang kamu berdua, jaga anak baik-baik”

Ashraf kongsi pesanan di dalam ambulans menuju ke hospital. Selepas seminggu Puteri Aishah, pelakon kanak-kanak, pengarah dan beberapa kru drama Demi dijangkiti Covid-19, pelakon Ashraf Muslim turut mengesahkan dirinya dijangkiti virus tersebut pada Rabu. Ashraf yang turut berlakon dan menjalani penggambaran drama berkenaan di Scotland Mac lalu berkata, dia reda dengan apa yang sudah ditakdirkan. Puteri Aishah positif Covid-19 selepas pulang dari Scotland 31 Mac lalu. Pelakon kanak-kanak Puteri Rayyana Rayqa dan ibu positif Covid-19 – “Dia demam dua hari ketika di Scotland”. “Assalamualaikum… Tanggal 12hb April lalu menjadi jawapan bagi AM (Ashraf Muslim) tentang keputusan Covid-19. Yer… saya dijangkiti virus Covid-19.

“Sewaktu itu walaupun sebak di dada bila mendapat tahu jawapan tapi saya reda dengan pilihan Allah… ada hikmah disebaliknya,” ujarnya. Ashraf merakam video ketika dia diambil menaiki ambulans menuju ke Hospital Sungai Buloh. Ashraf bersama pelakon-pelakon drama Demi. Selain Puteri Aishah dan Ashraf, pelakon Ben Amir turut terlibat dalam drama arahan Rahila Ali itu. Bagaimanapun, Ben memberitahu ujian saringan yang dilakukan mendapati dia negatif Covid-19 dan pulang ke Malaysia lebih awal berbanding pelakon lain. Dalam pada itu, Ashraf tidak dapat menggambarkan perasaannya sepanjang perjalanan ke hospital.

Ayah rindu sangat, jangan risau ayah ok kat sini boleh solat dan baca Al-Quran macam biasa.


“Datang perasaan nervous dan macam-macam perasaan timbul bila masuk dalam ambulans. Itu yang sampai berpeluh-peluh tu. Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat-sahabat dan rakan-rakanku. “Tolong doakan yang baik untuk saya dan penghidap Covid 19di sini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkan wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua,” ujarnya. Ashraf bersama dua isteri dan anak-anaknya. Menerusi video berkenaan, Ashraf turut berpesan kepada dua isterinya supaya menjaga anak-anak mereka dengan baik. Dia juga meminta orang ramai mendoakan agar dia dan rakan-rakan lain cepat sembuh daripada wabak ini.

“Saya sayang kamu berdua, jaga anak baik-baik. Kepada mama, ibu, Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya bebas Covid-19 ini cepat ya. “Supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat, jangan risau ayah ok kat sini boleh solat dan baca Al-Quran macam biasa,” ujarnya. Pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini berkahwin dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013. Hasil perkahwinan dengan kedua-dua isterinya, Ashraf dikurniakan empat cahaya mata. Difahamkan pelakon dan kru produksi drama Demi berangkat ke Scotland pada 15 Mac dan pulang ke Malaysia pada 31 Mac lalu.