Setelah dikejutkan dengan berita anak anak yang kehilangan ibu sewaktu perjalanan ke sekolah. Kini Ebit Lew kongsikan kisah sayu mereka selepas menziarahi kediaman baru baru ini sehingga meraih tumpuan warganet.

Semalam, kita dikejutkan dengan berita seorang ibu yang menghadap ilahi selepas terbabit dalam satu kejadian tak diingini di jalan raya ketika mahu bergegas  ke tempat kerja. Lebih memilukan apabila anak-anaknya yang dalam perjalanan ke sekolah menaiki motosikal lain terduduk hiba setelah mengetahui jasad ibunya sudah kaku di tengah jalan ketika melalui jalan yang sama. Santuni anak2 kehilangan ibu. Kisah hiba itu bukan sahaja mengundang sebak warganet, malah membuatkan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turut sama terkesan dengan kejadian tersebut. Oleh hal yang demikian, beliau sempat menziarahi kediaman adik Fatihah Aina, 7 dan abangnya yang berusia 18 tahun untuk bertanyakan keadaan mereka.

Tampil beri kata2 semangat. Dalam perkongsian tersebut, Ebit telah memberikan kata-kata semangat buat mereka serta menghulurkan hadiah serta sumbangan kepada kedua-duanya. Beliau turut mendoakan agar dua beradik itu kuat menempuhi ujian selain mengucapkan terima kasih kepada guru-guru sekolah atas keprihatinan mereka terhadap kebajikan pelajarnya. Sayu rasa lihat mereka menangis. Rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan menzahirkan rasa simpati atas ujian yang menimpa dua beradik berkenaan. Warganet turut sama mendoakan agar mereka berdua kekal tabah dan kuat menempuhi dugaan ini serta berharap agar roh ibunda mereka ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang beriman. Terima kasih ustaz tenangkan mereka. Semoga adik2 terus dibawah lindunganNya

Sumber: Ebit Lew, OhMyMedia

2 beradik ini teringin nak ke sekolah. Bantuan dan tindakan Ustaz Ebit Lew ini sekali lagi meraih perhatian ramai bila dia terus daftarkan 2 beradik ini ke sebuah pusat madrasah

Meskipun sibuk menguruskan beberapa perniagaan miliknya, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tetap meneruskan misi bantuan kepada mereka yang memerlukan.Terbaru, pendakwah berusia 36 tahun itu berada di sekitar Kuantan, Pahang semalam sebelum bertemu dua beradik yang pernah dibantu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Menurut Ebit, beliau sayu melihat keadaan kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun itu yang bosan duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti kerana sudah lama tidak bersekolah.“Saya tanya, adik nak sekolah? Nak ustaz. Nak belajar nanti nak jaga mak. Ya Allah baiknya. Dia tak sabar nak sekolah,” kongsinya di laman Facebook rasmi.

Tidak mengambil masa lama, beliau terus mendaftarkan dua beradik tersebut di sebuah pusat madrasah di Kuantan untuk menuntut ilmu agama Islam.“InsyaAllah semoga menjadi Hafiz al-Quran. Jadi alim. Jadi pendakwah. Memberi manfaat untuk ummah. Saya akan bayar yuran mereka berdua,” katanya.Sumber : Ebit Lew, OhMyMedia