Setelah lama bergelar solo Wan Sharmila dedah prinsip dirinya mengenai lelaki yang satu ini buat ramai terkelu. Dia bongkar sesuatu buat ramai tak sangka ini sikap sebenar dia jadi perhatian

Pelakon Wan Sharmila akui masih tidak mempunyai pengganti walaupun umur sudah memasuki 39 tahun.
Pernah melalui episod perpisahan, wanita yang mesra dipanggil Lala ini masih belum ada perancangan untuk menamatkan zaman solo. “Tahun ini kita semua kena hadap pandemik. Kalau ada perancangan nak kahwin pun terbantut. “Saya tak ada perancangan untuk berkahwin tahun ni. Calon pun belum ada,” katanya ketika dihubungi Gempak. Dalam pada itu, pemilik nama Wan Sharmila Wan Muhamed menyatakan dia tidak memilih dalam soal berkawan. “Kalau saya rasa selesa dan sesuai nak kawan dengan seseorang itu, saya akan berkawan.

“Walau individu itu suami orang tapi sekadar kawan biasa, apa salahnya. “Kalau dia nak melebih, sini saya hubungi isteri dia dulu,” katanya sambil ketawa. Lala pernah mendirikan rumahtangga dengan penerbit drama TV, Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan berpisah pada 23 Oktober 2009.

Penangan ‘7 Hari Mencintaiku’, peminat mahu Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila betul-betul bercinta – “Kalau dah jodoh saya terima”

Penangan watak Helmi serta Sophie menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2 membuatkan peminat mahu pelakon Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila bercinta di alam nyata. Syazwan atau nama sebenarnya Mohd Syazwan Zulkifly, 33, berkata dia tidak pernah berasa rimas dengan permintaan peminat itu. Dia berpendapat lakonannya dengan Wan Sharmila telah berjaya memberi kesan kepada peminat sehingga mahukan ianya benar terjadi. “Mungkin disebabkan saya dan Lala (Wan Sharmila) masih single. Jadi, peminat mahu jodohkan kami berdua.

“Bagi saya, itu bukan satu masalah dan saya tak rasa rimas pun bila peminat jodohkan. Maksudnya lakonan saya dan Lala memberi kesan. “Kalau orang tak bercakap tentang kami berdua, itu bermakna lakonan kami tidak berjaya la dan buat penat sahaja berlakon,” kata Syazwan kepada mStar. Sekiranya memang kami dijodohkan bersama, siapa la saya untuk menolak takdir Allah. Gandingan Syazwan dan Wan Sharmila sebagai suami isteri dalam drama tersebut mendapat pujian penonton yang mahu menjodohkan mereka. Selain Syazwan dan Wan Sharmila, 7 Hari Mencintaiku 2 turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Siti Saleha, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Syazwan memberitahu dia sudah lama mengenai Wan Sharmila dan baginya wanita itu seorang yang berdikari. “Saya sudah lama mengenali Lala dan secara peribadi dia seorang yang berdikari, straight foward dan sweet. “Sekiranya memang kami dijodohkan bersama, siapa la saya untuk menolak takdir Allah. Sudah tentu saya menerimanya dengan hati terbuka. “Apa-apa pun, saya harap semua orang mendoakan kami berdua,” ujarnya. Syazwan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang pramugari bernama Sya Zulkifli pada 31 Ogos tahun lalu dan hubungan mereka berakhir pada Mac lalu.

“Saya percaya job lebih luas tapi dugaan akan banyak” – Wan Sharmila berhijab pada ulang tahun ke-38

Beberapa posting yang dimuat naik pelakon Wan Sharmila ketika bercuti ke Osaka, Jepun baru-baru ini mengejutkan ramai peminat apabila dia tampil dengan imej bertudung. Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed, 38, berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat namun nekad melakukan perubahan itu sempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada 12 Oktober lalu. “Sebenarnya kalau ada sesiapa yang tanya tentang berhijab, saya takut nak cakap ‘ya’ tu. Selalunya saya akan minta mereka doakan sahaja… tapi apa yang saya sedang buat sekarang ni adalah saya cuba untuk ke arah itu. Beberapa posting terbaharu dimuat naik Wan Sharmila dengan imej bertudung.

“Apa yang peminat lihat di Instagram itu sebenarnya ya, saya dah mula pakai tudung sejak tiga hari lalu. Tapi sepanjang tempoh itu saya tak post gambar walaupun tengah bercuti di Osaka ketika ini sebab sangat takut malah tiada siapa pun yang tahu mengenainya. Tiga hari saya ‘peram’ gambar dan tak post. “Saya rasa sedih dan terharu sebab niat saya untuk berhijab ini sebenarnya sudah lama… tapi nak mulakan itu memang takut… jadi masa saya betul-betul nekad nak buat tu, saya lakukan ia masa hari jadi saya,” katanya kepada mStar. Selain itu, Wan Sharmila dedahkan kemunculan dia mengenakan hijab dalam beberapa drama sebelum ini juga sebenarnya adalah permintaan peribadi dia sendiri sebagai mengajar diri untuk terus istiqamah. Malah, dia juga sudah mula memilih dalam mengenakan pakaian yang bersesuaian.

Saya buat kerana ia tanggungjawab, bukan kerana fesyen

“Saya mula pakai masa saya dekat Osaka kerana saya fikir mungkin masa balik ke Malaysia nanti saya tak rasa kekok. Tak dinafikan kalau kawan video call sekarang ni pun saya jadi segan… rasa sangat lain. “Dalam lakonan-lakonan sebelum ini yang saya pakai tudung pun saya yang minta sebab saya suka dan sebenarnya nak belajar… sekarang ini juga pun saya dah mula memilih pakaian yang bersesuaian,” katanya. Dalam pada itu, Wan Sharmila berkata, dia tidak takut mengenai kurang tawaran berlakon sebaliknya percaya rezeki akan lebih luas selepas ini. “Pada pendapat saya, pakai tudung sebenarnya job lebih luas tetapi dugaan akan lebih banyak… Ini bukan perkara main-main, saya buat kerana ia tanggungjawab, bukan kerana fesyen.

Penampilan bertudung menerusi drama sebelum ini merupakan permintaan peribadi Wan Sharmila kepada pihak produksi. “Saya juga nak ucapkan terima kasih buat mereka yang DM, mesej dan doakan saya… malah ada kawan-kawan rapat yang menangis, mereka buat saya betul-betul terharu. “Cuma saya harap tiada siapa yang judge mengenai penampilan saya selepas ini. Takut pula ada yang cakap tudung tak cukup labuh atau apa… saya cuma harapkan sokongan mereka,” ujarnya.

Dia pelakon hebat, kami tak sama level – Wan Sharmila

Pelakon Wan Sharmila mengakui terharu apabila mendapat tahu ibu saudaranya, Wan Maimunah memuji dan mengkagumi bakat lakonannya dalam diam. Apatah lagi, dramatis popular yang cukup dikenali sebagai pelakon ‘air mata’ itu turut meluahkan hasratnya untuk tampil bergandingan dengan Wan Sharmila dalam sebuah karya hebat untuk dijadikan kenangan bersama. “Saya terkejut dan terharu apabila dia memuji saya begitu dan menyimpan hasrat untuk bergandingan dengan saya. “Memang dia ibu saudara saya, tetapi dalam industri seni, dia adalah seorang pelakon hebat dan berada di levelnya tersendiri, berbanding saya yang masih jauh berada di belakang.

“Apa pun, kata-katanya itu sangat bermakna buat diri saya. Semoga suatu hari nanti, ada peluang yang datang dan hasratnya itu menjadi kenyataan,” katanya kepada SinarPlus. Menurut Wan Sharmila lagi, pada awal pembabitannya dalam industri, dia dan ibu saudaranya itu pernah tampil bersama dalam sebuah drama arahan Rashid Sibir. “Saya dah lupa judul drama tersebut, tetapi ketika itu saya masih baru dalam industri dan hanya memegang watak pembantu. “Sebelum itu saya hanya tengok dia berlakon di TV, tetapi apabila kami berlakon bersama dan berpeluang tengok aksi lakonannya depan mata, saya terpaku dengan kehebatan lakonannya.

“Balik rumah saya terus ceritakan pada ibu dan tidak habis-habis bercakap serta memuji tentang lakonannya. “Setelah lama tidak bekerja sama, baru-baru ini kami dipertemukan dalam satu projek. Bukan drama, sebaliknya menjayakan sebuah kempen raya,” katanya. Dalam pada itu, Wan Sharmila yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama terbarunya, 7 Hari Mencintaiku 2, mengakui tidak ramai yang mengetahui tentang hubungan persaudaraan mereka. “Tak ramai yang tahu dia adalah ibu saudara saya. Saya pun jarang bercakap mengenainya kerana lebih melihat dia sebagai pelakon hebat dalam industri.

“Pernah ada yang tanya saya tak teringin ke nak bergandingan dengan dia. Hakikatnya saya tak berani nak kata ‘ya’ kerana sedar kami tak sama level dan selalu fikir nak ke dia berlakon dengan saya? “Apa pun, saya selalu berharap agar mendapat tawaran yang menampilkan saya dengan karakter yang berbeza. “Walaupun sentiasa cuba memberikan yang terbaik dalam lakonan. Namun saya percaya kepelbagaian watak itu penting untuk seseorang pelakon lebih menggali bakat lakonannya,” katanya yang sudah lebih sedekad bergelar pelakon.