Setelah lama berteka teki mengenai hubungan dengan Wan Sharmila cetus tanda tanya ramai. Syazwan Zulkifly tekad buat pengakuan berani ini mengenai status hubungan pada umum

Pelakon Syazwan Zulkifly, 33, tidak menolak sekiranya berjodohan dengan aktres Wan Sharmila, 39, atau lebih mesra disapa Lala. Ketika dihubungi Gempak, Syazwan menyatakan buat masa sekarang hubungan mereka masih sebagai seorang kawan. “Saya tak menolak sekiranya jodoh saya dengan Lala.”Kalau dah memang ditakdirkan, takkan saya nak tolak apa yang Allah dah tentukan. “Saya rasa bukan saya seorang saja. Semua lelaki menginginkan perempuan macam Lala.  

“Walau bagaimanapun, saya dengan Lala masih berkawan buat masa sekarang,” katanya. Dalam pada itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda menerima dengan hati terbuka apabila rata-rata peminat mendoakan agar mereka bersama di dunia realiti. “Saya tak takut bila ramai yang mendoakan agar kami bersama. “Bukannya mereka mendoakan yang tidak elok, itu perkara baik. Saya okey saja. “Saya dah lama kenal dengan Lala. Lala seorang wanita yang berdikari, semua benda dia buat sendiri. Dia juga lemah lembut dan sangat sopan orangnya,” katanya lagi.

Tunang Syazwan Zulkifly dedah hubungan putus Mac lalu – “Isu foto bersama wanita lain itu biarlah dia sendiri jelaskan”

Tunang kepada pelakon Syazwan Zulkifly iaitu Sya Zulkifli mengesahkan ikatan pertunangan mereka telah berakhir pada hujung Mac lalu. Menurut Sya atau nama sebenar Syawariah Zulkifli, 32, punca perpisahan mereka itu hanya diketahui keluarga dan menganggap tiada jodoh untuk mereka meneruskan perkahwinan. “Saya tahu banyak pihak yang tertanya tentang kepastian dari artikel ini. Saya dan Syazwan Zulkifly telah memutuskan tali pertunangan pada 31 March 2020.

“Saya sendiri telah memulangkan cincin merisik dan bertunang kepada Syazwan sendiri. Dan hal ini cuma diketahui oleh pihak keluarga sahaja. “Apa yang berlaku antara saya dan Syazwan… saya anggap sudah tak ada jodoh dan biarlah kami sahaja yang tahu punca perpisahan ini,” katanya menerusi Instagram. bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin laporan artikel gosip mengatakan hubungan pertunangannya dengan pelakon filem Juvana itu telah berakhir.

Sya sahkan hubungan pertunangan mereka telah berakhir. Berita itu mula dihidu selepas aktor itu memuat naik foto mesra bersama wanita lain di laman sosial Instagram. Bagaimanapun, dia sanggup memadam foto berkenaan beberapa jam kemudian. Syazwan mengikat tali pertunangan dengan pramugari itu pada 31 Ogos tahun lalu. mStar terima kiriman emel daripada seorang pembaca memaklumkan mengenai gosip tersebut dan sekeping foto Syazwan bersama wanita lain menguatkan lagi pernyataan putus tunang. Dalam pada itu, Sya berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai foto pelakon itu bersama wanita lain seperti yang tular di media sosial.

Malah, dia mendoakan yang terbaik untuk bekas kekasihnya itu serta berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberikan sokongan. “Isu gambar Syazwan bersama wanita lain itu biarlah pihak Syazwan sendiri yang jelaskan. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk dia. “Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa ada dengan saya dan terima kasih juga kepada yang mendoakan saya,” ujarnya.

Syazwan Zulkifli mohon maaf pada Janna Nick

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Syazwan Zulkifly , memohon maaf sekiranya Janna Nick, mahupun peminat aktres itu terasa hati. Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Syazwan Zulkifly, memohon maaf sekiranya Janna Nick, mahupun peminat aktres itu terasa hati dengan luahan yang di buat di akaun Twitternya Ahad lalu. Menerusi temu bual bersama mStar Online, Syazwan atau Mohd Syazwan Zulkifly berkata, dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Janna dan pernah bekerjasama dengan gadis berusia 23 tahun itu. “Tiada apa yang saya tidak berpuas hati dengan pengacara itu (Janna Nick), saya pernah bekerja dengannya dan dia bagus serta mempunyai bakat yang besar.

“Cuma secara peribadi sebagai penonton ia nampak jengkel di mata saya. Kalau mata orang lain ok, saya minta maaf. “Tapi saya rasa ia nampak merimaskan bila dikendalikan dengan cara begitu. Di mana dari topik yang agak berat dan dia masuk dengan lawak. “Saya lihat sebagai penonton dan kritikan saya dari mata seorang penonton. “Bagaimanapun kalau ada yag rasa saya berlebihan atau terguris, saya mohon maaf,” jelasnya. Syazwan menulis di Twitter dalam nada kecewa apabila menyamakan industri hiburan dengan ‘satu haiwan ini’. “Saya meluahkan rasa kesal dengan industri, saya tak ada masalah dengan Janna, kat luar pun Janna bukan orang begitu. “Apa yang membuatkan saya kecewa dengan industri adalah sistem industri yang kurang baik,” ujarnya.

Foto Mesra Dengan Wanita Lain Tersebar, Syazwan Zulkifly Dikatakan Putus Tunang?

Pelakon Syazwan Zulkifly sebelum ini mengakui telah mengikat tali pertunangan dengan pramugari, Syawariah Zulkifli pada 31 Ogos tahun lalu. Namun segalanya dikhabarkan tidak menjadi apabila gambar pertunangan mereka telah dipadam di laman Instagram masing-masing. Menguatkan lagi pernyataan ini, Syazwan yang popular menerusi drama Cinta Tanpa Henti ini tidak lagi mengikuti akaun Instagram tunangnya.

Malah perkara yang sama juga turut dilakukan Syawariah apabila akaun Syazwan juga didapati tiada dalam senarai pengikutnya di laman berkenaan. Namun keadaan ini lebih hangat diperkatakan apabila Syazwan telah memuat naik gambar bersama perempuan lain di akaun instagramnya. Foto mesra tersebut seakan memberi gambaran bahawa beliau kini telah menemui pasangan baru, sekali gus menguatkan lagi pernyataan dirinya telah putus tunang.

Bagaimanapun Syazwan difahamkan berlakuan memadam gambar tersebut atas sebab-sebab tertentu. Menjengah ke akaunnya ketika ini, posting sambutan Aidilfitrinya juga seakan tiada khabar berkenaan tunangnya. Hal ini kerana, beliau hanya memuat naik entri bersama keluarganya sahaja dengan ucapan ringkas. Biarpun lebih 10 tahun mengenali tunangnya, ikatan ini dikhabarkan terputus di tengah jalan.

Terdahulu, menerusi siaran langsung di Instagram “IG live” ada pengikutnya turut bertanya berkenaan status terkini Syazwan, namun beliau dikatakan langsung tidak mengendahkan soalan berkenaan seolah-olah takut untuk memberi jawapan terhadap ajukan tersebut. Sehingga kini, langsung tiada apa-apa berita berkenaan status Syazwan. Diharapkan segala tanda tanya yang timbul kembali pulih agar segala permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.