Setelah merajuk sebab dilabel sendu dalam bidang nyanyian. Aman Aziz nekad luahkan ada sesuatu yang terjadi dalam hidupnya sepanjang menyembunyikan diri buat warganet sebak akan luahan hatinya yang ini

BAPA penyanyi Aman Aziz, Abdul Aziz Abdullah pergi buat selama lamanya pada usia 67 tahun akibat sakit jantung pada jam 11.30 malam semalam di Hospital Melaka. Aman ketika dihubungi berkata, bapanya dimasukkan ke hospital sebab sakit namun mengalami sakit jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir. “Saya masih berada di Kuala Lumpur sewaktu kakak beritahu ayah sudah mengalami kesukaran untuk bernafas pada jam 2 pagi semalam. Pada jam 9 pagi, ayah dimasukkan ke zon kuning. Ketika saya tiba, ayah sudah dipindahkan ke zon merah sebelum pergi menghadap Illahi,” katanya.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Sulit itu berkongsi khabar duka berkenaan menerusi Instagram Story dan memohon doa orang ramai buat bapanya. “Assalamualaikum semua, dukacita dimaklumkan ayah saya, Abdul Aziz Abdullah sudah kembali bertemu Pencipta pada jam 11.30 malam tadi. Mohon semua sedekahkan al-Fatihah dan doakan semoga ayah saya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Terima kasih,” tulisnya.


Jangan Terpedaya Dengan Aman Aziz Palsu

Penyanyi Aman Aziz berharap peminat tidak terkeliru dengan akaun Instagram palsu menggunakan namanya iaitu Aman AF 2014. Aman, 25, berkata dia sudah menghubungi pengendali Instagram itu untuk perlakuan selanjutnya namun tidak berjaya kerana telah disekat oleh pemilik akaun tersebut. “Instagram akaun amanaf2014 bukan milik saya dan ia telah wujud sejak saya menyertai program Akademi Fantasia lagi. “Saya tak tahu siapa yang cipta akaun tersebut, saya ada hubungi pemilik akaun itu tapi mereka sekat dan peminat yang komen kata itu akaun palsu turut kena sekat. “Memang tak boleh nak buat apa dah, saya bimbang kalau peminat keliru dan menyangka saya yang menguruskan akaun tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Aman berkata dia bimbang jika akaun tersebut memuat naik sesuatu perkara yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang. Aman menggunakan akaun Instagram dengan nama sendiri. “Buat masa ini mereka tak ada lagi buat benda yang tak baik dengan akaun tersebut, cumanya risau kalau mereka buat benda yang menyalahi undang-undang dan terkait dengan saya.”Nanti tak fasal-fasal saya turut terbabit sama dan ia secara tidak langsung memburukkan nama saya juga. “Saya minta pengendali tersebut memadam akaun itu atau jika mahu teruskan sebagai akaun rasmi peminat boleh hubungi saya untuk perlakuan selanjutnya,” katanya.

Aman bersyukur muzik video lagu Sulit capai satu juta tontonan di Youtube. Dalam pada itu, penyanyi lagu Sulit ini memaklumkan Instagram sebenar yang dikawal olehnya menggunakan nama aman aziz dan dia tiada akaun selain itu. Bercakap mengenai single ketiganya itu, Aman berkata muzik video lagu ciptaan Fedtri Yahya dan Asfan Shah yang dimuat naik di laman YouTube sejak Ogos 2017 dan telah mencapai satu juta tontonan.

Lagu Aman Aziz jadi pilihan 10 drama

Penyanyi kelahiran program realiti, Akademi Fantasia (AF) 2014, Aman Aziz bersyukur bakatnya mula diberi perhatian selepas single terbarunya, Sulit dipilih menjadi lagu latar untuk 10 drama tempatan. Sejak dilancarkan Ogos tahun lalu, Aman, 24, berkata, lagu ciptaan Asfan Shah, manakala lirik ditulis bersama Fedtri Yahya itu pernah menghiasi drama popular seperti Dendam Aurora, Pengantin 100 Hari dan Air Mata Syurga. “Saya berterima kasih dan terharu dengan sambutan hebat yang diberikan. Lebih membuatkan saya bersyukur apabila lagu ini mula diputarkan pelbagai stesen radio. Alhamdulillah, akhirnya percubaan saya membuahkan hasil,” katanya.

Aman yang merangkul gelaran naib juara AF 2014 turut berkongsi berita gembira apabila Sulit turut dipilih sebagai runut bunyi untuk sebuah filem yang bakal ditayangkan pada Ogos ini. “Saya memang terkejut dan terharu, pada masa sama membuatkan saya lebih yakin lagu ini akan membuka ruang bertapak luas selepas dua percubaan sebelum ini tidak berjaya menyerlahkan bakat sebenar,” katanya. Aman berkata, Sulit juga memberinya nafas baharu untuk terus aktif dalam bidang nyanyian selepas dua tahun menyepikan diri apabila usahanya tidak membuahkan kejayaan diharapkan.

“Hanya selepas empat tahun menjadi penyanyi, baru saya mendapat peluang besar seperti ini. Pencapaian luar biasa Sulit membuatkan saya lebih yakin untuk serius dalam bidang ini. “Lagu ini banyak membawa tuah dalam diri, malah diterima baik berbanding dua single sebelum ini,” katanya yang pernah mempertaruhkan lagu Without You dan Layang-Layang.

Dari pentas nyanyian ke dunia lakonan, Aman Aziz yang semakin aktif sebagai pelakon mengaku impikan watak sebagai hero. Kata Aman ketika ditemui Xtra pada majlis Iftar Watie Collections baru-baru ini, menyedari lambakan pelakon sedia ada pada masa ini, dia tekad mengusahakan sesuatu untuk menarik perhatian pihak produser. “ Untuk menjadi hero saya sedar seseorang itu perlu nampak matang dan fizikal juga perlu dilihat sedap mata memandang. “ Saya belum pernah merasa menjadi hero dalam drama lakonan sebelum ini. Teringin juga kalau boleh tapi ramai kata wajah kurang sesuai sebab nampak ‘baby face’,” katanya.

Atas sebab itu, bekas naib juara program realiti Akademi Fantasia 2014 ini nekad membina badan. “ Sekarang berat saya baru 65 kilogram. Sasaran saya untuk naikkan berat badan sehingga 70 kilogram. Saya mahu kelihatan ‘abang-abang’ di kaca televisyen. Siapa tahu suatu hari nanti rezeki saya pula terpilih untuk menjadi hero. Doa-doakan,” katanya yang sebelum ini sering ditawarkan sebagai watak pembantu dalam drama. Untuk rekod, Aman pernah berlakon dalam beberapa buah drama antaranya Cinta Suci Jadi Saksi, Ketupat Jantung Hati dan Patah Sayap Bertongkat Paruh.

Tak Dapat Hael, Aman Aziz Tagih Lagu Dari Faizal Tahir

Penyanyi Aman Aziz menyatakan dia kini ingin mendapatkan khidmat penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir untuk single terbaharunya kelak. Menurut Aman, pada mulanya dia ingin mendapatkan lagu daripada rakan baiknya, Hael Husaini, namun disebabkan kesibukan Hael dia terpaksa melupakan niatnya itu. Saya nak sangat-sangat nyanyikan lagu ciptaan Faizal Tahir. Memang dari dulu lagi impian saya adalah nak bekerjasama dengan dia. Kalau boleh saya nak Faizal cipta lagu yang memang sesuai dengan vokal saya. “Saya tak biasa nyanyi lagu yang orang hantar sebabnya kalau saya bawa lagu sudah siap yang sebenarnya dibuat untuk orang lain, takut ia tak kena dengan jiwa saya,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui majlis perkongsian santai radio ERA bersama media di RedBox The Gardens, Kuala Lumpur semalam.

Nama Aman kembali diperkatakan selepas single ketiganya, Sulit mula meraih tumpuan peminat-peminatnya. Walaupun Sulit mendapat sambutan yang hangat, Aman berkata dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan muzik video rasmi untuk single tersebut. “Pihak pengurusan saya tiada sebarang perancangan untuk buat muzik video Sulit. Sebabnya, dah ada muzik video lirik yang sudah pun mencecah lebih sejuta tontonan. “Saya sangat bersyukur Sulit mendapat sambutan yang baik daripada pendengar. Single ini menunjukkan kematangan dari segi pemilihan lagu dan juga vokal saya,” katanya.