Setelah Mira Filzah pakai sari tular di media sosial buat Nourul Depp beri kenyataan sensasi ini terus raih perbualan. Dia jelas sesuatu sanggup pertahan Mira Filzah sebab yang satu ini di media sosial

Penyanyi Nourul Depp menyifatkan tiada salahnya bagi satu-satu bangsa di negara ini untuk mengayakan pakaian tradisi kaum lain. Sebaliknya, menurut Nourul hal itu sepatutnya menjadi satu kebanggaan memandangkan kita semua hidup dalam sebuah masyarakat majmuk. “Soal sari, soal budaya kita kan rakyat Malaysia. Ada tiga bangsa, budaya. Tak salah nak pakai baju bangsa Cina ke India. “Muhibbah, lagi-lagi bulan Merdeka ini kita kena sedar siapa dan apa itu Malaysia,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam posting tersebut, Nourul turut memuat naik gambar dirinya dalam persalinan sari yang merupakan pakaian tradisional masyarakat India. Katanya lagi, pemakaian busana tradisional sesuatu bangsa sepatutnya tidak dijadikan sebagai satu isu. “Nak berselisihan faham, jangan pakai baju bangsa atau mempermainkan budaya. Pada kami tak ada kena mengena sebab sesama bangsa hormat antara satu sama lain sebab tu pakai,” katanya. Bahkan, kata Nourul sebagai rakyat Malaysia, dia juga mempunyai koleksi pakaian tradisional kaum lain. “Di rumah kami ada semua baju budaya. Baju budaya Vosgien laki kami sahaja tak ada.

“Pakai sahaja apapun. Asalkan jangan buat perkara mengarut dok melilau sana sini. “Kami suka sari. Dari kecil dah biasa pakai. Kami bukan pun ada keturunan India. Jadi, tak salahkan kami memakmurkan lagi asal usul kita,” katanya. Terdahulu, pelakon Mira Filzah menerima kritikan warganet selepas dikatakan menyalahgunakan pakaian tradisi perkahwinan masyarakat India. Ia susulan perkongsian Mira menerusi beberapa keping foto dirinya menggayakan persalinan lehenga di Instagram baru-baru ini. Ekoran pernyataan ‘cultural appropriation’ oleh sesetengah pihak, Mira kemudian tampil memohon maaf.-Gempak

Nourul selamat lahirkan Isabella Depp

Penyanyi Nourul Wahab selamat melahirkan anak ketiga, hasil perkahwinannya dengan Eric Daniel Depp, malam tadi. Bayi perempuan yang diberi nama Isabella Depp itu dilahirkan secara operasi, kira-kira jam 11.12 malam di sebuah pusat perubatan di ibu negara. “Alhamdulillah, selepas beberapa hari melalui tanda untuk bersalin, Isabella selamat dilahirkan dengan berat 3 kilogram. Keadaan saya dan bayi sihat. “Pada mulanya saya ingatkan dapat melahirkan secara normal. Tetapi bagi mengelakkan perkara kurang baik kerana air ketumban pecah selama 12 jam, saya disarankan supaya menjalani operasi,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi lagu Kerana itu berkata, dia juga tidak menyangka gurauan anak lelakinya, Raphael yang mencadangkan supaya dia bersalin secara operasi benar-benar terjadi. “Teringat pula Raphael ada bercakap, ‘Mama sakit perut, pergilah hospital. Minta doktor operasi’ perut. Seminit saja, selepas itu sudah tak sakit’. “Memang betul, perut saya kena operasi.

Ketika melahirkan Raphael dulu, saya turut bersalin secara operasi. Saya bagaimanapun, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami. Nanti saya kongsi wajah puteri kami,” katanya. Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 41, mendirikan rumah tangga dengan Eric, 54, pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 6, serta Raphael Depp, 4. Menerusi perkahwinan pertama bersama komposer dan penyanyi Ajai, Nourul dikurniakan anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 21 tahun.-Berita Harian

“Hidung mancung lawa sangat” – Nourul Depp dedah wajah anak ketiga

Menerusi entri di Instagram (IG), Nourul telah berkongsi buat pertama kali wajah anaknya yang kini berusia lapan hari. “Assalamualaikum uncle and auntie. My name is Isabella Depp,” tulisnya secara ringkas. Entri tersebut mendapat perhatian peminat yang rata-rata memuji wajah anak perempuannya itu serta berharap agar membesar dengan baik. juita jalil: Hidung tercatok nih! Wait a minute, has is already been a month?” “amoijan: Waalaikumussalam isabella cute sangat moga cepat membesar dan menjadi anak yang solehah amin.”

Gojes butik Tahniah comei..Hidung mancung..Lawa sangat.” Bayi yang dipanggil dengan nama Isabella itu dilahirkan melalui operasi. Nourul telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun. Sebelum itu menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20 tahun.-Astro Awani