Setelah terpalit kontroversi setelah putus cinta Fathia Latiff tergamak buat seorang ustazah menangis sebab sikapnya yang ini . Dia bongkar sesuatu mengenai dirinya yang ramai tak tahu

Pendakwah bebas popular, Ustazah Asma Harun tidak menyangka menerima kehadiran pelakon Fathia Latif ke ceramahnya. Lebih membuatkan Asma kagum ialah kerana Fathia sanggup menunggunya lebih sejam usai sesi ceramah tersebut semata-mata untuk berjumpa dengannya. “Subhanallah, Fathia ke ni, ustazah dah perasan tadi, macam pernah tengok. Maaf sangat dik lama menunggu, terima kasih sudi hadir ceramah dan datang galeri ya.
“Sejam lebih Fathia dan kawan-kawannya sabar menanti saya selesaikan beberapa urusan usai ceramah,” katanya. Asma berkongsi perkara terbabit di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut beliau memuat naik fotonya bersama Fathia yang ketika itu meminta autograf serta bergambar bersama. Katanya lagi, Fathia turut meminta Asma untuk mendoakannya menjadi lebih baik dan beliau turut memberi pesanan kepada pelakon tersebut. “Ustazah, doakan saya ya, jadi orang baik, terima kasih banyak-banyak atas ilmu ustazah, rasa teruja sangat dan tak sangka dapat jumpa ustazah.. Rasa nak peluk-peluk je”, tak semena-mena kami sama-sama mengalirkan air mata.”Fathia, ustazah doakan kamu istiqamah, terus kuat dan tabah, menjadi wanita yang solehah, berjaya dalam perniagaan dan apa jua yang kamu buat.. Juga dikurniakan suami yang soleh.

“Ustazah sayang kamu dik, jaga diri baik-baik, kamu ni baik dan cantik, terima kasih ya datang daripada jauh, terima kasih sudi tunggu walau lama, rezeki ustazah dapat jumpa Fathia. “Kami teruskan perbualan sambil saya menuliskan autograf, Fatiya ada hadiahkan tudung daripada jenamanya. Semoga lebih ramai wanita menutup aurat dengan baik,” katanya lagi.Tambah Asma lagi, dia sangat mengalu-alukan kehadiran artis yang mahu menyertai ceramahnya atau mahu bersahabat dengannya tanpa mengambil kisah asal-usul atau penampilan mereka atau sebagainya. “Subhanallah, saya sangat mengalu-alukan kehadiran rakan artis sekalian, saya nak berkawan dan berkenalan, siapapun anda, bagaimanapun penampilan anda, janganlah segan dan malu dengan saya.. Saya baik je, nampak je macam tegas garang, tapi okay je sebenarnya..

“Jemputlah datang ke galeri kami di Senawang, Negeri Sembilan, Insya-Allah pejabat saya ada di bahagian atas, ada rezeki dapatlah kita jumpa. Boleh kita saling tolong menolong di dunia, lagi-lagi kita nak tolong menolong di akhirat sana. “Kalau bukan artis ustazah nak jumpa ke? SubhanAllah.. Saya jumpa dan raikan semua orang, sedaya upaya saya cuba. Cuma mungkin kadang-kadang masa tak mengizinkan. Ada rezeki saya suka bina ukhwah,” katanya lagi.

Kata kata sinis warganet ubah Fathia jadi lebih baik

Selepas hampir setahun tidak menimbulkan kontroversi mengarut, pelakon, Nur Fathia Abdul Latiff, 33, enggan lagi mengulangi kesilapan lampau. Cukuplah dirinya dihambat cerita panas berkaitan video aplikasi Bigo Live yang memahat malu sepanjang hidup pada 2017 hingga terus dikritik dan dikata perkara negatif, dek pelbagai isu memalukan. Hidup pelakon kacukan Melayu, Indonesia dan Arab itu tidak pernah sunyi daripada isu mencalarkan imej, selain satu persatu aibnya terdedah menjadi bahan kritikan warganet sejak beberapa tahun lalu.

Hampir setahun timbul tenggelam, Fathia mengakui: “Kontroversi sebenarnya mendewasakan saya. Tidak dinafikan, kata kata negatif yang dilemparkan warganet menyedarkan serta menjadikan saya manusia lebih baik.” Sejak memutuskan membuka hijab lebih setahun lalu, Fathia bagai hilang daripada radar dunia hiburan. Perlakuannya memadamkan hampir keseluruhan foto dalam laman Instagram (IG) menimbulkan tanda tanya.

Namun, Ramadan lalu, Fathia kembali meraih tumpuan apabila memuat naik foto kembali bertudung. Bagaimanapun, ramai yang skeptikal dengan perubahannya, malah ada yang mengatakan dia mempersendakan agama. Enggan mempedulikan pandangan negatif, wanita kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang itu berkata, perubahan dilakukan untuk diri sendiri bukan memuaskan hati orang luar. “Saya berubah kerana Allah SWT, bukan untuk warganet. Keputusan kembali bertudung timbul atas kesedaran sendiri. Kenapa saya perlu memikirkan cakap orang? Apa yang penting, sokongan keluarga.

“Sejak membuat keputusan kembali berhijab, saya rasa satu ketenangan. Umur sudah mencecah 33 tahun, jadi saya tidak mahu menangguhkan hasrat untuk berubah. Saya tidak mahu tunggu sudah tua, baru nak berubah,” katanya kepada BH Online. Walau bagaimanapun setiap perkara baik yang dilakukan pasti berdepan dengan cabaran, ia tidak terkecuali buat Fathia. Bimbang hati berbolak-balik, kata Fathia, dia sentiasa membiasakan dirinya dengan memperbanyakkan zikir dan istighfar setiap kali fikiran menerawang memikirkan perkara bukan-bukan.