Setelah tular isu rekaan dinding parapet pada laluan MRT Kajang yang dikatakan akan beri kesan buruk pada orang ramai. Terkini ini jawapan pihak mereka mengenai isu itu.

KUALA LUMPUR: Ruang antara kepingan dinding parapet di sepanjang laluan bertingkat MRT Kajang di Kota Damansara memang direka begitu, sekali gus tidak memberi kesan buruk kepada orang ramai. Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam kenyataannya menyebut, hasil pemeriksaan mendapati dinding parapet dipasang dengan baik dan berada dalam keadaan selamat.

MRT dalam kenyataannya berkata, penjelasan itu susulan perkongsian di media sosial dan laman sembang yang mendakwa terdapat dinding parapet yang terjuntai dan berisiko untuk jatuh. “Sebahagian daripada komen dan perkongsian di laman sosial adalah tidak tepat dengan menyatakan beberapa kepingan parapet itu berada dalam keadaan terjuntai dan berbhaya.

“Ruang antara dinding parapet itu sememangnya telah direka sedemikian rupa. Parapet itu diletakkan di bahagian sudut untuk memenuhi jalan raya yang melebar berhampiran stesen,” kata kenyataan itu. Pemeriksaan berkenaan telah dijalankan bersama pengendali laluan MRT Kajang, Rapid Rail Sdn Bhd. “Justeru, MRTCorp ingin meyakinkan orang ramai bahawa tidak ada risiko struktur dinding parapet terjatuh.

“Pemeriksaan berkala turut dilakukan bagi semua aset Laluan MRT Kajang bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan tidak menimbulkan bahaya kepada orang ramai,” katanya. Pada 19 September lalu, seorang wanita nyaris pergi menghadap ilahi apabila keretanya ditimpa dinding parapet Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang dalam pembinaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Sumber: BHONLINE

MRT Kajang Line beri penjelasan mengenai tembok pengadang konkrit

Jurang antara tembok pengadang konkrit di laluan MRT Kajang Line memang sengaja direka sedemikian, jelas Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).  Syarikat itu berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini, sebagai respons kepada beberapa komen tidak betul yang berlegar di media sosial yang mengatakan bahawa ketulan penghadang konkrit itu nampak “terjuntai” kerana boleh jatuh”.

“Tembok itu diletakkan dalam satu sudut bagi tujuan melebarkan laluan yang dikawal, berhampiran dengan stesen. MRT Corp memberi jaminan kepada semua bahawa ia tidak perlu dirisaukan, kerana tidak ada risiko bahagian itu terkeluar dari kedudukannya. “MRT Corp bersama-sama dengan Rapid Rail Sdn Bhd, pengendali MRT Kajang Line, juga telah melakukan pemeriksaan ke atas bahagian laluan tinggi yang dikawal itu dan mendapati bahagian itu dipasang dengan betul dan selamat,” jelasnya. Sebagai tambahan, MRT berkata pemeriksaan berkala turut dilakukan terhadap semua aset MRT Kajang Line bagi memastikan semuanya dakam keadaan baik, dan tidak berbahaya kepada orang ramai.- BERNAMA