Setelah tular video menyatakan Miera Leyana dimadukan suaminya. Sekali lagi khabar angin bertiup kencang dia merupakan bapa anak tujuh jadi perbualan ramai hingga membuat ramai tak senang duduk akan pernyataan sensasi ini

Semalam (Ahad), tular di media sosial mengenai pelakon Miera Liyana yang dikatakan mendirikan rumah tangga dengan suami orang yang memiliki tujuh anak perempuan. Menerusi video di saluran Youtube Tular Oh Tular perkahwinan Miera Liyana, 27, dengan Rosland Othman, 47, pada 26 Julai lalu itu dikatakan tanpa restu isteri pertama. Menjawab kenyataan tersebut Miera tidak menafikan atau mengiyakan dirinya merupakan isteri kedua. Miera berkata sesiapa sahaja bebas membuat andaian sebegitu.

“Namun adilkah untuk membuat spekulasi negatif pada sebuah perkahwinan yang baru dibina? “Sebagai umat Islam, kita semua percaya soal jodoh itu rahsia Allah. Begitu jugalah, ikatan perkahwinan saya dan suami. “Jadi, soal hidup bermadu itu, biarlah hanya kami sahaja yang tahu. Namun, kini kami bahagia,” katanya. Miera juga menegaskan, dia dan suami tidak menganiaya hidup sesiapa dan spekulasi terbabit ditimbulkan oleh orang luar. Terdahulu, Miera dan Rosland bernikah pada majlis mewah dan meriah yang diadakan di hotel terkemuka di ibu kota dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan.

Meskipun jarak usia mereka 20 tahun, namun Miera mengaku jatuh cinta pada suaminya kerana keluhuran hati dan sikap matang dimiliki. Menurut pelakon filem Apokalips X itu, dia dan suaminya juga tidak membuat perkara salah di sisi agama dan perkahwinan mereka direstui keluarga. “Apapun, kami tak sorokkan perkahwinan ini. Secara terang-terangan, semua orang tahu saya berkahwin dengan Rosland dan kini menjadi isterinya,” katanya. Miera yang pernah dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 turut mengakui banyak belajar selok belok perniagaan daripada suaminya.

Miera bermadu?

Cinta bersemi di hatinya bukan disebabkan kuasa, harta atau wang ringgit. Sebaliknya, pelakon jelita, Miera Leyana, 27, jatuh cinta pada keluhuran hati suaminya yang juga usahawan, Rosland Othman, 47. Umumnya, Miera atau nama sebenarnya, Miera Leyana Datuk Seri Kasmi memiliki segala-galanya dalam hidup. Dibesarkan dalam hamparan kemewahan, menyusuri populariti dan kini, mewarisi empayar perniagaan keluarga. Apa lagi yang tak cukup, semuanya serba sempurna. Hanya satu, keinginannya mahu memiliki seorang lelaki bergelar suami yang mampu membimbing dan membawanya ke syurga jannah. Memilih lelaki yang memiliki jarak usia 20 tahun bukan bermakna aktres yang diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu ‘buta hati’, sebaliknya itu adalah pilihannya, mahukan lelaki yang matang.

Miera dan Rosland disatukan dalam ikatan suami isteri pada 26 Julai lalu. Majlis pernikahan diadakan di Hotel St Regis dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan. Malam berinai pula meriah bak persembahan teater dengan acara tari menari berlangsung di Hotel Four Seasons, sehari sebelum majlis pernikahan. Namun, belumpun sempat 24 jam bergelar suami isteri, dunia hiburan dikejutkan dengan satu video yang dimuat naik menerusi laman YouTube yang dedahkan pelakon filem Apokalips X dan Lebuhraya itu ‘hidup bermadu’.

Video berkenaan dedahkan, Rosland yang juga Naib Presiden Kanan sebuah syarikat gergasi sudah berkahwin dan memiliki tujuh cahaya mata perempuan. Mengulas gosip yang bertiup kencang, Miera tak menafikan mahupun mengiyakan bergelar isteri kedua. Malah, itu juga bukan punca dirinya tidak dedahkan identiti suami sebelum acara akad nikah. “Sesiapa sahaja bebas membuat andaian, namun adilkah melemparkan spekulasi negatif pada sebuah masjid yang baru dibina?

“Sebagai orang Islam, kita kena percaya rahsia jodoh sukar dirungkai dan diduga. Begitu juga ikatan perkahwinan saya dengan suami. “Soal hidup bermadu, biarlah hanya kami sahaja tahu. Saya dan suami bahagia, tak menganiayai hidup sesiapa dan spekulasi ini dicetuskan orang luar. Jadi, tak perlulah menghakimi hidup kami,” katanya kepada BH Online secara eksklusif. Diperkenalkan menerusi drama Luna Fantasiku pada 2008, Miera berkata, dia tidak takut kerana perkahwinan adalah ikatan suci.

“Saya dan suami tak membuat perkara salah di sisi Allah dan agama. Kami membina rumah tangga atas dasar cinta dan memperoleh restu kedua-dua keluarga. “Kami tidak menyorok perkahwinan, malah satu Malaysia tahu, saya kini bergelar isteri Rosland. Majlis pernikahan juga diadakan secara terang-terangan. “Jika mahu menyorokkan kepada sesiapa, kami boleh berkahwin di luar negara dan bernikah menerusi talian. Tiada seorang pun akan tahu kami sudah berkahwin, melainkan ahli keluarga,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu memilih cara yang salah. Lagi pun, tiada apa yang perlu dibimbangkan. “Saya bahagia dengan fasa baharu dalam kehidupan. Saya positif, persepsi orang luar terhadap rumah tangga kami bukan perkara penting. “Apa yang kami tahu, tak salah berkongsi hidup dan bahagia,” katanya. Namun, jauh di sudut hati, wanita kelahiran Johor Bahru itu Miera sedih apabila tersebar gosip negatif sebaik melangkah ke alam perkahwinan. “Siapa tidak sedih, tak sampai 24 jam bergelar isteri, video berkenaan tersebar. Cuba letakkan diri dalam keadaan saya. “Saya bukannya kahwin sorok, malah sanak saudara dan rakan taulan menghadiri majlis pernikahan kami. Satu Malaysia lihat gambar perkahwinan kami. Gosip ini bukan hanya mencemarkan nama baik saya dan suami, malah keluarga kedua-dua pihak.

“Tak kisah suami anak berapa dan apa status sekalipun, tetapi kami berkahwin atas restu keluarga dan tidak melukakan hati sesiapa,” katanya. Mengulas pernyataan berkahwin dengan Rosland atas jalinan perniagaan bapanya, Datuk Seri Kasmi Arsat, Miera menyangkal pernyataan tidak masuk akal berkenaan. “Ingat perkahwinan saya adaptasi drama ‘khayalan’ dalam kaca televisyen? Kami berkahwin atas dasar cinta, bukan perniagaan keluarga. “Ada atau tidak Rosland, saya tetap ada empayar perniagaan sendiri. Saya tak perlukan sesiapa untuk menanggung hidup saya. “Bagaimanapun, saya akui, suami banyak mengajar selok belok perniagaan selama berkawan baik,” katanya.