Setiap dapur pasti akan ada kuali hitam legend. Kini pakar dedah apa yang akan jadi sekiranya guna kuali atau periuk yang dah hitam.

‘Kuali hitam legend‘, setiap kaum ibu pasti mempunyai kuali ini di rumah kan. Kuali yang pada asalnya cantik berkilat, tetapi berubah menjadi hitam legam kerana kerap digunakan. Kuali yang menjadi kegemaran disebabkan sudah terbiasa untuk menggunakannya ketika beraksi di dapur. Disebabkan itu, hanya kuali ini sahaja yang digunakan sehingga ada yang rupanya sudah menjadi hitam legam. Walaupun anda suka dengan kuali tersebut, namun menurut nasihat pakar kimia, seeloknya kuali tersebut tidak digunakan lagi. Menurut pendedahan yang dikongsi oleh Dr Fatimah Salim dalam laman Facebook, periuk atau kuali yang telah hitam ini adalah berbahaya untuk kesihatan.

Boleh menyebabkan k4nser

Lapisan hitam yang terbentuk pada lapisan luar kuali tersebut terhasil daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus. Lapisan itu kemudiannya dibiarkan lama sehingga sebati tanpa disental atau dikikis. Dr Fatimah dalam postingannya ada mengatakan bahawa lapisan hitam yang terbentuk ini berpotensi menyebabkan kanser.

Mop lantai antara satu tugas membersihkan rumah tapi ianya juga pasti akan memberi bau busuk pada lantai. Kini ketahui punca dan cara mengatasi untuk menghilangkan baunya.

Tugas mengemop lantai boleh jadi membebankan apatah lagi lantai meninggalkan bau busuk. Tugas mengemop lantai adalah antara rutin penting ketika membersihkan rumah. Ini kerana lantai adalah tempat yang dipijak selain kita tidak sedar kuman dan bakteria yang melekat padanya.

Oleh sebab itu, sangat penting untuk menyapu dan mengemop lantai secara rutin. Bagaimanapun, tugas mengemop lantai boleh jadi memenatkan apatah lagi selepas selesai semuanya, lantai mengeluarkan bau kurang enak meskipun ia sudah bersih. Sebenarnya punca utama lantai mengeluarkan bau kurang enak selepas dimop adalah disebabkan air yang digunakan.

Penggunaan air panas dan baking soda boleh memudahkan tugas mengemop lantai.

Bagi memastikan lantai tidak berbau, gunakan air panas yang dicampur dengan bahan pencuci lantai bagi menghentikan penyebaran kotoran dan bakteria. Selain air, penyebab lain adalah mop itu sendiri yang sudah kotor sehingga menyebabkan ia meninggalkan bau busuk selepas dimop. Sebelum membersihkan lantai, rendam mop dalam air panas, peluntur dan bahan pencuci lantai. Sekiranya bau mop tetap tidak hilang, sebaik-baiknya ia ditukar dengan mop yang baharu. Campuran baking soda ketika merendam mop juga boleh membantu mengeluarkan bau busuk yang melekat serta kuman dan bakteria.

Nak pilih yang mana, bahan pencuci serbuk atau cecair… ada beza ke?

Bahan pencuci cecair lebih sesuai untuk mencuci pakaian yang tidak terlalu kotor. Mencuci pakaian tidak lengkap tanpa menggunakan bahan pencuci dan kebiasaannya terdapat dua pilihan iaitu dalam bentuk serbuk dan cecair. Tetapi di antara serbuk dan cecair, mana satu yang lebih baik atau kedua-duanya memberi kesan sama?

Penggunaan bahan pencuci serbuk atau pun cecair itu sebenarnya bergantung pada kotoran pakaian yang ingin dibersihkan. Bahan pencuci serbuk lebih efektif digunakan pada pakaian yang terlalu kotor. Ini kerana ia mengandungi bahan dipanggil alkylbenzene sulfonate yang mampu membersihkan kotoran seperti lumpur, darh, daki dan sebagainya. Oleh kerana itu, menggunakan bahan pencuci serbuk adalah pilihan paling baik.

Bahan pencuci serbuk menjadi pilihan kerana harganya lebih murah.

Sebaliknya, kandungan alkhl etoksilat yang terdapat dalam bahan pencuci cecair mampu memecahkan kotoran seperti minyak. Ia juga lebih sesuai untuk penggunaan cucian tangan sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh serta boleh disapu terus pada kotoran berbanding bahan pencuci serbuk yang perlu dibancuh dengan air terlebih dahulu sebelum merendam pakaian di dalamnya. Antara kebaikan bahan pencuci cecair termasuklah ia tidak melekat pada pakaian. Berbeza dengan serbuk, ada kemungkinan ia boleh melekat pada pakaian sekiranya ia tidak larut dengan sempurna di dalam mesin basuh. Kedua-duanya mempunyai kebaikan tersendiri dan sesuai digunakan mengikut keperluan dan situasi ketika membasuh pakaian. Paling penting, ia dapat menghilangkan kotoran pada pakaian anda.