Setiap orang pasti akan pernah alami selsema. Tapi tahukah anda warna hingus juga boleh beri kita cara untuk kesan masalah kesihatan yang kita alami dan ini penjelasannya.

Warna hingus yang dihembus juga boleh menunjukkan keadaan kesihatan kita – sama ada sihat, mengalami demam, selesema, elergi atau gangguan kesihatan berbahaya lain.

1. Jernih

Warna hingus yang jernih menunjukkan bahawa tubuh anda berada dalam keadaan baik. Sebahagian besar lendir itu terdiri daripada air, protein, antibodi dan garam yang terlarut. Jaringan pada hidung juga menghasilkan hingus setiap hari dan sebahagian besar mengalir ke bahagian belakang kerongkong untuk dilarutkan di dalam perut.

2. Putih

Warna hingus putih menunjukkan kita sedang mengalami sesak nafas. Jaringan yang bengkak dan keradangan pada hidung dapat melambatkan aliran hingus. Perkara itu berlaku disebabkan hidung kehilangan kelembapan sehingga lendir yang dihasilkan menjadi kental dan bertukar warna.

3. Kuning

Barangkali hingus berwarna kuning paling biasa kita lihat dan ia sering berlaku ketika sedang selesema. Ia juga petanda ada jangkitan sedang berkembang dalam tubuh kita. Ketika jangkitan berlaku, sel imunisasi tubuh termasuk sel darah putih akan bergerak menuju ke kawasan jangkitan. Setelah sel imunisasi itu berasa ‘letih’ melawan jangkitan, ia akan bertukar menjadi mukosa dan membuatkan warna hingus menjadi kekuningan.

Warna hingus yang jernih menunjukkan bahawa tubuh anda berada dalam keadaan baik.

4. Hijau

Hijau menunjukkan bahawa sistem imunisasi badan kita sedang benar-benar melawan jangkitan. Kebiasaannya, hingus juga akan menjadi lebih kental kerana ia bercampur dengan sel darah putih yang sudah mati selain sisa-sisa sel imunisasi yang lain.

5. Merah muda, cokelat

Lendir atau hingus yang berwarna merah muda atau cokelat menunjukkan kehadiran darah. Biasanya, ia berlaku disebabkan terdapat kerosakan pada jaringan hidung disebabkan hidung dalam keadaan kering atau luka.

6. Hitam

Jika anda bukan perokok atau pengguna ubat-ubatan terlarang, lendir atau hingus berwarna hitam menunjukkan berlaku jangkitan disebabkan bakteria yang serius. Jangkitan ini biasanya terjadi pada individu yang mempunyai sistem kekebalan tubuh lemah.

Rasa Kenyang Sebelum Habis Makan Dan Hilang Berat Badan. Doktor Ini Ulas Lebih Lanjut Sakit Yang Akan Muncul Sekiranya Kerap Makan Mi Segera

Macam yang kita semua tahu,mi segera merupakan antara makanan paling disukai orang ramai. Ciri-ciriny a yang berharga murah dan mudah disediakan telah membuatkannya sungguh popular terutamanya di kalangan belia. Namun begitu,benarkah makan mi segera kerap boleh menyebabkan masalah yang serius seperti sakit teruk

Menerusi posting dikongsikan @ZaharahHafizah di Twitter, ramai yang bertanyakan kepadanya sama ada mi segera boleh menyebabkan kanser perut atau tidak. Wanita bergelar doktor ini memberitahu bahawa makanan yang diperasakan, disalai atau telah diawet merupakan salah satu faktor terjadinya stomach cncer. Namun begitu, ia juga boleh berlaku disebabkan beberapa faktor lain seperti jangkitan pada perut (H. Pylori Infection) ataupun gangguan genetik.

Dr Hafizah berkata jarang sekali seorang remaja berumur 18 tahun menghidap sakit tersebut hanya kerana kerap memakan mi segera. Merujuk kepada rajah dikongsikan wanita itu, masalah berkenaan sering dihidapi oleh golongan yang lebih dewasa.

Beliau memberitahu bahawa ia amat mustahil bagi seseorang itu untuk menghidap sakit tersebut hanya kerana mi segera, melainkan jika dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Wanita ini turut menasihati orang ramai supaya bertemu doktor dengan kadar yang segera jika mempunyai simptom-simptom sakit tersebut. Antaranya adalah merasa kenyang sebelum habis makan, kehilangan berat badan dengan tiba-tiba, pedih ulu hati dan masalah gastrik serta penghadaman.