Setiap rumah pasti akan ada kipas gantung. Tapi ini fakta mengenainya yang mungkin anda belum ketahui.

Kipas angin gantung tidak berfungsi sebagai menyejukkan sesuatu ruang. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai kipas gantung terutamanya di ruang tamu dan bilik tidur bagi menyejukkan ruang ketika berehat. Kipas jenis ini dianggap pilihan tepat kerana harganya yang murah selain penggunaan tenaga elektrik yang rendah berbanding penghawa dingin. Tapi pernahkah kita terfikir bagaimana sebenarnya fungsi kipas angin gantung ini? Sebenarnya terdapat beberapa fakta mengenainya yang tidak diketahui termasuklah;

1. Ia tidak menyejukkan ruang

Ketika kipas angin dihidupkan, ia mula bekerja mengalirkan udara panas dan sejuk ke dalam sesebuah ruang. Apabila udara itu menyentuh kulit kita, kelembapan dan peluh akan kering dan memberi kesan sejuk. Boleh dikatakan kipas jenis ini berguna untuk menyalurkan angin nyaman pada kulit manusia.

Bilah yang lebih besar dan panjang lebih efisyen

2. Ia memanaskan ruang

Betul kipas angin gantung adalah sebuah alat membuatkan kita berasa nyaman tetapi ia juga menambahkan suhu panas kepada sesuatu ruang.Mengapa? Ini kerana motor elektrik adalah alat yang mengubah tenaga elektrik menjadi tenaga mekanik yang sebahagiannya dilepaskan sebagai udara panas. Daripada hukum kedua termodinamik, kita perlu tahu ke mana perginya udara panas itu, iaitu ke dalam ruang yang sejuk.

3. Bilah besar lebih efisyen

Kipas angin gantung dengan bilah atau daun kipas lebih besar dan panjang lebih efisyen manakala sebaliknya bagi bilah yang lebih pendek. Atas sebab itu, bilah yang lebih besar sesuai untuk ruang seperti ruang tamu dan bilik tidur.

4. Kelajuan rendah lebih efisyen

Aliran udara kipas angin yang diukur dalam Cubic Feet Per Minute (CFM) iaitu daya dan kemampuan menyedut udara dalam tempoh seminit mendapati kelajuan sederhana lebih menjimatkan berbanding kelajuan tinggi.

Rumah bersaiz besar mungkin rumah idaman semua orang. Tapi mungkin anda belum ketahui kelebihan rumah bersaiz kecil dan ini kelebihannya.

Rumah yang bersaiz kecil boleh menjadi selesa jika kita bijak menghiasnya. Saban tahun harga rumah semakin melonjak naik sehingga membuatkan kebanyakan daripada kita ‘hanya mampu tengok’ kediaman idaman. Apatah lagi dengan pandemik Covid-19, rata-rata cukup berhemat dalam berbelanja apatah lagi ketika membuat keputusan besar seperti membeli sebuah rumah. Disebabkan itu juga, ramai mula memilih rumah bersaiz kecil dengan gaya minimalis yang cukup sederhana dan harganya juga mampu milik.

Meskipun keluasan rumah tidak besar namun jika bijak dihias, ia masih mampu memberi keselesaan kepada penghuninya. Malah sebenarnya kediaman bersaiz kecil atau sederhana mempunyai lebih banyak kelebihan.

Rumah bersaiz kecil semakin menjadi pilihan.

1. Selesa

Rumah berkeluasan kecil sebenarnya lebih selesa kerana ia tidak memiliki banyak ruang yang menyesakkan. Paling penting, bagi mewujudkan rasa nyaman dan ‘luas’, pemilik perlu memfokuskan kepada pemilihan warna dinding, hiasan dalaman serta memfokuskan hubungan positif bersama pasangan. Barulah rumahku, syurgaku!

2. Minimalis

Gaya minimalis cukup popular ketika ini dan cukup sesuai dengan rumah bersaiz kecil. Ramai sukakan gaya ini kerana ia ringkas tetapi menarik.

Ia juga mudah dibersihkan tanpa memerlukan tenaga dan masa yang lama.

3. Mudah diatur

Rumah dengan keluasan terhad sebenarnya lebih mudah diatur berbanding kediaman bersaiz agam. Ini disebabkan ruang yang kecil tidak memerlukan banyak perabot atau aksesori. Ia juga memudahkan tugas membersihkan rumah.

4. Kos rendah

Ruang yang kecil tidak memerlukan perabot bersaiz besar dan mewah. Pemilik boleh berjimat dengan hanya membeli barangan keperluan sesuai dengan konsep minimalis.

Rumah berkeluasan kecil lebih murah dan menjimatkan kos penyelenggaraan yang lain.

5. Jimat

Dengan keadaan sekarang, berjimat cermat adalah kunci kepada keselamatan memandangkan kita tidak akan tahu apa akan terjadi pada masa hadapan. Lihat kemampuan diri, pilih keselesaan dan bukannya sesuatu menyeksa diri di kemudian hari. Rumah yang kecil sangat menjimatkan – bukan sahaja dari segi bayaran bulanan tetapi penggunaan elektrik, air dan kos penyelenggaraan yang mininum.