Shakila Koriri ditegur mengada tak bertempat sebab menangis tanpa henti tinggalkan anak sebab yang satu ini. Dia bersuara pertahan perlakuannya buat ramai tak sangka rupanya ini sikap sebenar dia

Pelakon Shakilla Khoriri sedih apabila terpaksa berjauhan dengan anak perempuannya, Ameena Sofia selama setengah bulan. Kata Shakilla, selain rindu dia turut risaukan keadaan anak dan suaminya, Fizi Ali yang ditinggalkan sejak minggu lepas. “Saya mula rasa sedih sejak Ahad sebab saya terpaksa tinggalkan Ameena dan tak berjumpa Fizi sampai hujung bulan. “Saya tak tahu macam mana Fizi nak uruskan Ameena dengan kerja dia lagi.

“Tapi saya tahu dia boleh menjaga anak dia dalam keadaan baik biarlah rumah tunggang-langgang sekali pun,” katanya menerusi sepotong video luahan perasaan yang dikongsikan di YouTubenya. Tambah Shakilla, dia enggan mencampur adukkan emosi berpisah dengan keluarga dengan kerjayanya. “Itu tempat saya cari rezeki dan orang dah bayar saya, jadi saya tak nak buat kerja sambil lewa. “Saya tak tahu rasa sakitnya macam ini apabila kena tinggalkan anak. Saya sebak tapi tak tahu nak lepaskan pada siapa. “Semoga semua saya lakukan ini berbaloi dan saya nak menangis puas-puas supaya esok lusa tak perlu fikir dah,” katanya. Ramai dalam kalangan peminat pasangan itu yang tersentuh dengan curahan hati Shakilla dan mengakui perit untuk berpisah dengan anak biarpun sekejap. Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang berusia setahun.

Isteri hampir hilang arah dikritik warganet – Fizi Ali

Penyampai radio Suria FM, Muhd Hafizudin Alimudin, 30, atau Fizi Ali dedahkan isterinya, Shakila Khoriri hampir mengalami masalah peribadi akibat kritikan segelintir warganet di laman sosial. Fizi ditemui pada Suria Belanja Makan di Restoran Rebung Datuk Chef Ismail hari ini berkata, isterinya ada masalah menghasilkan susu badan sejak dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia pada 14 Mac lalu. “Ada segelintir warganet meletakkan salah pada isteri kerana sering menggunakan media sosial menyebabkan dia tidak dapat menghasilkan susu badan.

“Selain itu ada juga seolah menyalahkan gaya hidup sebagai selebriti dan artis menyebabkan dia jadi begitu,” kata Fizi geram. Dia menasihati isteri supaya tidak melayan dan memadam komen negatif yang ditinggalkan warganet seperti itu. Pun begitu, pasangan itu tetap berterima kasih kepada sebahagian besar warganet yang memberi pelbagai petua dan nasihat mengenai situasi dihadapi mereka. Katanya, ada yang memberi petua tradisional dan moden bagi merawat masalah dihadapi Shakila. “Kami dah cuba macam-macam tapi belum membuahkan hasil. Saya hanya mampu menenangkan isteri supaya tidak bersedih kerana tidak mampu menyusu badan anak sepenuhnya. “Saya kata, walaupun tidak dapat menyusu sepenuhnya, sekurang-kurangnya Ameena dapat juga merasai susu badan ibunya pada peringkat awal,” katanya.

‘Bayaran Cuma RM800 Selama 6 Bulan Shooting’. Shakilla Khoriri Imbas Kepayahan Pernah Setahun Menganggur. Pelakon cantik jelita, Shakila Khoriri mengimbau kembali perjalanan hidupnya 11 tahun dahulu sewaktu dia mula menceburi bidang lakonan di Malaysia. Menceritakan kisah itu, baginya bukan mudah untuk bergelar seorang pelakon sehingga dia kehabisan wang simpanan demi cita-citanya itu.

Guna duit simpanan untuk pergi casting

Menerusi entri di laman Instagramnya itu, Shakilla menceritakan pengalamannya yang pernah bekerja di sebuah butik sebelum membuat keputusan berhenti kerja di situ untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan. Tambahnya lagi, dia juga sanggup membelanjakan duit simpanannya untuk pergi casting semata-mata untuk mengejar impiannya bergelar seorang pelakon. Bayaran RM800 untuk 6 bulan pengambaran. Menceritakan kisah itu, Shakilla kemudian diterima berlakon dalam sebuah drama 26 episod. Namun, apa yang mengejutkan adalah bayaran yang diterimanya pada ketika itu hanyalah berjumlah RM800 walaupun penggambaran drama itu mengambil masa selama 6 bulan. Menurut Shakilla, jumlah bayaran yang diterima pada ketika itu tidak menjatuhkan semangat sebaliknya dia bersyukur kerana itu merupakan langkah pertamanya sebelum menempah nama dalam industri lakonan.

Ambil upah kupas jagung

Dek kerana kehabisan wang untuk mengisi minyak semata-mata untuk pergi casting. Dia kemudian terpaksa melakukan kerja sampingan di pasar malam dengan mengambil upah mengupas jagung. Namun ceritanya, dia hanya menerima bayaran serendah RM15 ke RM20 sehari. Dan apa yang lebih menyedihkan apabila ibunya juga turut membantu dalam pekerjaan itu. Itu perkongsian yang undang rasa sebak warganet terhadap Shakila Koriri menceritakan kisah silamnya buat tatapan ramai.