Shuib beri setepek buat pisau cukur yang sanggup menganggu rumahtangga seseorang demi kepuasan sendiri buat ramai tergamam. Dia buka mulut pertahan prinsip yang satu ini pada warganet seakan tak percaya dia tergamak ungkapkan kenyataan ini

Pada masa kini, harta dan kewangan stabil memang dipandang ramai untuk mencari pasangan. Tidak kiralah, individu itu adalah lelaki atau wanita. Melihat situasi yang berlaku, pelawak yang kini bergelar ahli perniagaan Shuib memaklumkan sememangnya wujud individu yang mahu menjadi ‘gold digger’ atau pisau cukur. Ujarnya, ia bertujuan mendekati seseorang hanya kerana wang dan kesenangan hidup. Apapun, dalam soal ini kena sentiasa berhati-hati. Apatah lagi, mengambil kira perdebatan di media sosial mengenai isu pisau cukur ini yang lebih dikaitkan dengan ramai wanita kerana dikata sanggup melakukan apa saja. Ia termasuk bersikap berani memporak perandakan rumah tangga orang lain demi untuk menikmati kesenangan diri dan mengikis kekayaan pasangan itu.

Shuib berkata sebagai lelaki sudah berkeluarga lebih baik dia mengelak diri daripada berkawan rapat dengan golongan individu yang mempunyai niat tak baik sebelum terjebak menjadi individu berkenaan. “Memang banyak cubaan di media sosial sekarang mengenai ‘gold digger’ dan saya percaya orang sebegini memang wujud dan harus dihindari. “Boleh dikatakan, ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap golongan yang dirasakan berduit. Malah, bagi saya mereka tidak tertumpu pada wanita tetapi lelaki juga. “Jadi cara paling mudah, kalau tidak mahu terjebak atau jadi mangsa, elakkan berkawan. Misalnya, kalau sudah tahu dan sahih ada bukti mereka begitu, janganlah dekatkan diri,” ujarnya.

Menurutnya, kata orang kalau sudah tahu dalam kandang ada harimau, takkanlah kita tetap nak masuk juga ke dalam kandang berkenaan? Tambah Shuib lagi, apapun dia sangat bersyukur kerana setakat ini tidak pernah berdepan situasi berkenalan dengan individu atau pihak kaki kikis. “Jujur cakap, memang tidak ada, Alhamdulillah. Malah kalau pun ada yang dikatakan cuba ambil kesempatan dengan menghubungi saya menerusi media sosial seperti Instagram (IG), memang tidak dibuka. “Bukan nak cakap, saya tahan godaan. Tetapi, kata orang pegangan itu kena kuat. Kalau pegangan diri kuat, tiuplah macam mana pun, Insya-Allah tak akan goyang.

“Tak nak cuba cakap yang saya ini umpama bersikap alim. Namun, saya akan sentiasa cuba beringat demi keluarga terutama isteri dan anak-anak,” katanya. Menurut Shuib, dia juga selalu mengingati pesan ibunya supaya menjadi insan yang lebih baik jika mahu sentiasa dimurahkan rezeki. “Ibu saya memang selalu pesan. Katanya, kehidupan saya kini berbeza daripada dahulu. Rezeki makin murah dan jangan lupa orang yang bersama dengan saya waktu susah. Termasuk, jangan abai isteri dan anak. “Saya tahu, kalaulah saya tersalah langkah pasti akan hilang orang-orang sangat disayangi. Saya pun sedar, berada pada kedudukan sekarang bukanlah kerana diri semata-mata, tetapi terhasil berkat doa keluarga dan isteri.

“Saya berada pada tahap ini sekarang, demi mereka. Alangkah ruginya, kalau saya hidup senang sekarang tetapi harus hilang insan tersayang,” katanya. Menurut Shuib, apapun dia sedar dugaan itu mungkin Allah akan bagi juga, cuma, katanya dia sentiasa berdoa semoga dielakkan dan kuat prinsip diri.

Semakin dikenali sebagai ahli perniagaan, Shuib pertimbang gelaran Datuk – “Saya masih fikir-fikir lagi… ada yang kata macam tak sesuai!”

Pelawak Shuib berkata dia sedang mempertimbangkan tawaran kurniaan gelaran Datuk dari sebuah negeri. Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 36, bagaimanapun berkata dia masih perlu memikirkan beberapa faktor sebelum bersetuju menerima gelaran tersebut. “Cuma perlu saya cakap ya sahaja, dah dapat Datuk! Sejujurnya memang ada tawaran dari sebuah negeri dan kami akan adakan perjumpaan untuk berbincang mengenai perkara ini. “Tapi saya masih fikir-fikir lagi… saya ada bertanya pendapat orang lain termasuklah pihak pengurusan dan rakan-rakan terdekat dahulu.

“Ada yang kata macam tak sesuai sebab saya masih bekerja sebagai penyampai radio dan sebagainya. Saya sendiri tertanya sesuai ke nak dapat gelaran itu walaupun mereka kata kriteria itu dah cukup… tak tahulah kita tengok dahulu macam mana!,” katanya kepada mStar. Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini ditemui semasa pelancaran cawangan ketiga Bubblebee Malaysia yang diadakan di Suite Apartment Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis. Sementara itu, Shuib berkata sebagai ahli perniagaan dia melihat gelaran tersebut mampu memberikan kelebihan kepadanya dalam beberapa hal. Lebih-lebih lagi dia dikelilingi oleh usahawan yang berpengaruh yang turut memiliki gelaran tersebut.

“Kalau dari sudut bisnes rasa macam saya perlu mempertimbangkan tentang perkara ini. Secara peribadi saya rasa perlu gelaran Datuk ini! “Saya selalu hadiri mesyuarat dan berbincang mengenai perniagaan dengan usahawan bergelar Datuk Seri dan Datuk ada kala membuatkan saya rasa janggal diri. “Apabila ada gelaran mungkin rasa dia lain sikit… itulah tak tahu nak cakap lagi! Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum saya yakin untuk menerima gelaran itu,”

“Kami Memang Selalu Berbalah”- Sharnaaz Mula Buka Cerita Hubungan Sebenar Dgn Shuib

Baru-baru ini sebuah video yang dimuatnaik oleh pelawak yang juga penyampai radio, Shuib Sepahtu mengenai kejadian perselisihan faham dengan pelakon Sharnaaz Ahmad menarik perhatian warganet. Menjawab persoalan tersebut, Sharnaaz ketika ditemui Murai.my berkata situasi tersebut adalah normal buat mereka yang terlibat dalam perniagaan. Bagaimanapun, dia tidak menyangka Shuib akan memuat naik video berkenaan sehingga membuatkan warganet membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan pelbagai pendapat.

Namun, dedah Sharnaaz perselisihan faham tersebut tidak berpanjangan kerana Shuib telah pun memohon maaf dan bagi Sharnaaz sendiri dia beranggapan suami kepada penyanyi Siti Sarah itu merupakan sahabatnya yang sentiasa menyokongnya. Namun, dedah Sharnaaz perselisihan faham tersebut tidak berpanjangan kerana Shuib telah pun memohon maaf dan bagi Sharnaaz sendiri dia beranggapan suami kepada penyanyi Siti Sarah itu merupakan sahabatnya yang sentiasa menyokongnya. Bagi saya pada dia mungkin itu promosi tapi yang dikritiknya saya. Itu yang saya cakap dengan dia ‘kau tak boleh buat macam ini (shuib). Walau kau berang dekat aku pun tapi tak boleh macam ini’. Tapi apa pun dia dah minta maaf”

Cawangan Ketiga BubbleBee Milik Sharnaaz

Ketika ditanya, apakah faktor yang membuatkan Sharnaaz berminat untuk menyertai Shuib, jawabnya kerana dia melihat potensi besar yang ada pada kafe ini. “Sebenarnya masa Shuib baru buka seminggu cawangan pertama di Menara U2 Shah Alam, saya yang pertama hubungi Shuib. ‘Ib kalau kau nak buka franchise, aku nak ambil’. Tapi waktu itu dia cakap ‘aku tak fikir lagi Mat (Sharnaaz) aku nak buka’. Selepas sebulan daripada itu barulah dia hubungi saya balik. Disebabkan saya percaya dengan jenama itu. Kalau saya tak percaya jenama, saya tak akan berani buka. Yang ini saya boleh nampak keuntungannya. Peniaga mana yang tak nak untung”.

Sebagai info, pada petang Khamis rangkaian minuman berasaskan madu iaitu Bubble Bee telah melancarkan cawangannya yang ketiga di Setapak, Kuala Lumpur. Perniagaan milik Shuib ini kini disertai oleh Sharnaaz yang juga merupakan pemilik cawangan Setapak. Difahamkan 8 cawangan Bubble Bee akan dibuka pada bulan ini. Dalam perkembangan lain Sharnaaz Ahmad kini gembira hubungan baiknya dengan isteri sebagai ‘kawan’ untuk membesarkan anak bersama-sama.

Katanya, dia reda dengan keputusan mahkamah menentukan status rumah tangganya dengan Noor Nabila Mohd Noor. Sharnaaz, 35, juga gembira apabila kini dia dapat bersama anak kesayangannya, Jebat Jayden tanpa sebarang halangan. “Kami belum berpisahtapi keputusan nak keluar tak lama lagi. Apa yang saya nak beritahu sekarang ini, hubungan kami sebagai kawan yang akan bersama-sama membesarkan anak. “Selama ini saya pertahan untuk anak, tapi hari ini saya sudah dapat bersamanya semula tanpa sebarang halangan. Itu dah cukup memadai. Bagi saya hal anak ini keutamaan dan perkahwinan jatuh nombor dua,” katanya kepada mStar. Sharnaaz juga menegaskan semua yang dilakukannya adalah untuk Jebat dan dia gembira Nabila menjadi ibu kepada anaknya.