Siapa sahaja tak kenal kucing berwarna oren yang selalu sahaja menarik perhatian orang ramai dengan gelagatnya. Terbaru kucing yang berjalan atas eskulator ini terus raih perhatian warganet.

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa terutamanya mereka yang masih bujang.

Di Malaysia, ada sejenis kucing yang menjadi feveret orang ramai – kucing oren atau oyen. Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia. Boleh dikatakan hampir setiap orang pernah atau ada membela kucing oyen ni. Walaupun kucing oyen ni dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair. Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah. Nasiblah pemiliknya sayang!

Namun begitu, anda juga perlu berwaspada dengan sikap mereka yang kadang kala sukar dijangka. Tidak terkecuali dengan seekor kucing ini yang turut dilihat sedang berjalan di atas sebuah eskulator pusat beli belah. Lebih memeranjatkan apabila haiwan itu telah menggunakan eskulator dari arah yang bertentangan ketika kejadian itu dirakam.

Ekoran daripada itu, haiwan tersebut kelihatan seperti sedang melakukan senaman treadmill yang terdapat di gim. Rata-rata warganet berasa terkejut di samping terdapat segelintir daripada mereka yang turut terhibur setelah melihat situasi terbabit. ”Kenapalah selalu kucing oren yang buat hal? Dorang ni spesis apa?”, tanya salah seorang pengguna Twitter di ruangan akaun terbabit dengan nada jenaka. Posting yang dimuat naik oleh @cattitudescrvs itu telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima 60 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan. Ini komen warganet selepas tular aksi kucing tersebut: “Cara baru treadmill”. “Oyen nak kurus ke tu…” “Kedekut taknak bayar gim…”

SUMBER: HCL