Simpanan ‘Cash’ RM10K Yang Bertambah Setiap Tahun. Ini 5 Tips Untuk Dipraktikkan

Untuk memulakan sesuatu bukannya mudah, dan untuk mengekalkan apa yang telah dimulakan juga bukan mudah, ianya memerlukan komitmen yang tinggi supaya apa yang dimulakan tidak sia-sia. Namun begitu, tidak ramai yang mampu untuk memastikan diri menabung atau mempunyai simpanan kewangan, ianya agak sukar lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai pembayaran bulanan yang perlu dilangsaikan. Jika berkaitan dengan wang ringgit, kita mudah untuk terleka, terutamanya jika gaji bulanan sudah masuk, banyak benda yang sudah bermain di fikiran untuk dibeli, Mari kita selami tip yang dikongsikan oleh saudari Syafieqah A’lya mengenai simpanan ‘cash’ RM10K setiap tahun.

Setiap orang punya matlamat kewangan tersendiri, ada yang tak heran pun simpanan untuk jangka masa panjang sebab merasakan tidak penting untuk mereka. Sewaktu saya tamat belajar dahulu, Kita nak berubah untuk jadi yang lebih baik dalam masa kurang lima tahun, jadi biar kita rasa pahit dengan kesusahan sekarang, namun manisnya akan tiba kemudian dengan izin-Nya in shaa Allah.

Hasil pembacaan buku mudahnya menjemput rezeki. Di mana masyarakat kita punya dua golongan. Golongan pertama adalah golongan yang berserah kepada Tuhan dan barulah mula berusaha. Manakala golongan kedua adalah golongan yang berusaha dahulu, dan akhirnya bertawakal kepadaNya. Kita golongan yang mana satu? Percaya tak apabila kita meletakkan yang Maha Esa pertama dalam hidup kita, in shaa Allah urusan kita dipermudahkan dengan di beri kekuatan seiring dengan doa yang bersungguh-sungguh dan usaha kita ke jalan yang di redhaiNya. ‘ The Power of believe’.

Tips pertama, simpan dalam buku ASB + ASB Financing RM100K (simpanan bulanan RM660) Kebiasaanya apabila gaji masuk dalam akaun bank, hari pertama hampir separuh dari gaji kita habis bayar hutang. Cuba kali ni kita tambah pula simpanan wajib disimpan dan ditolak dari gaji bulanan kita. Tips kedua, simpanan dalam tabung haji + simpanan ASB biasa (buku biru) (simpanan bulanan 820), simpan di tabung haji dengan membuat standing instruction. Manakalah, Tips ketiga pulah adalah Ssmpanan biasa dalam buku biru ASB (simpanan bulanan RM810) jumlah simpanan plus dividen adalah RM10, 097.

Tips keempat, Simpanan dalam tabung warna (simpanan RM16 sehari). Labelkan tabung warna kamu dengan pelbagai tujuan. Contoh tabung travel, kecemasan dan keperluan lain. Simpan ikut tarikh setiap bulan. Dan ulang cara ini setiap bulan Selama tempoh satu Tahun boleh dapat jumlah RM5,797. Tips ke lima, tabung kahwin simpan bawah bantal (simpanan bulanan RM833). Tabung kahwin : target Hantaran RM10,000. *RM833 sebulan @ RM27 sehari selepas setahun boleh dapat RM10K. Stop beri alasan, namun MULAKAN adalah langkah terbaik