Suami tergamak suruh posmen amik mangga dari pokok jiran untuk penuhi keinginan isterinya yang sarat hamil. Respon dari jirannya sungguh menggemparkan buat suaminya terkelu. Rupa rupanya ini respon diberikan jadi perhatian orang ramai

Demi isteri tercinta yang sedang sarat berbadan dua, apa sahaja sanggup dilakukan oleh si suami. Begitulah kisah seorang posmen yang tular di Twitter apabila dia sanggup meminta buah mangga daripada individu tak dikenali untuk isterinya yang mengidam pada minggu lalu. Menurut Mohammad Zuhelmy Ibrahim, 26, isterinya ada menyuarakan hasrat itu sebelum dan dia terus teringatkan pohon mangga di rumah salah seorang pelanggannya yang terletak di Puchong, Selangor.

“Dia nak buah mangga fresh. Kemudian saya terfikir mengenai pokok mangga di sebuah rumah yang saya selalu hantar barang tu. “Sebenarnya dah selalu hantar barang ke rumah tu. Saya pun ada nombor telefon pemilik rumah tapi tak terfikir nak hantar mesej. Zuhelmy bersama isterinya yang kini hamil tujuh bulan. “Sewaktu hantar barang ke rumah tu lagi sekali, saya tulis nota kat parcel untuk minta buah mangga. Esoknya saya lalu lagi sekali sebab kawasan tu memang kawasan penghantaran saya.

“Tiba-tiba ternampak ada kertas nota dilekatkan di peti surat. Rupa-rupanya pemilik rumah tu balas nota saya, mereka nak bagi mangga dan dah letak siap-siap kat rak depan rumah,” ujarnya kepada mStar. Kata Zuhelmy, tindakan prihatin pemilik rumah berkenaan ternyata menggembirakan isterinya, Afrah, 27, yang kini mengandung tujuh bulan.

Dapatlah isteri saya lepaskan hajat nak makan buah mangga fresh dari pokok

Namun katanya, sepanjang menghantar barang ke rumah berkenan, dia sehingga kini tidak pernah bertemu dengan pemilik atau keluarganya. “Saya dah kerja dua tahun lebih, memang selalu hantar barang ke rumah dia. Tapi tak pernah jumpa sampai hari ni. “Saya rasa syukur sangat dia bagi buah mangga untuk isteri saya. Dapatlah isteri saya makan buah mangga fresh dari pokok yang diidam-idamkan tu.

Nota jawapan balas oleh tuan rumah yang turut disertakan dengan buah mangga untuk isteri posmen berkenaan. “Terima kasih banyak-banyak kerana bermurah hati,” ujarnya yang menetap di Cheras, Selangor. Menurut Zuhelmy, dia dan isterinya baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 14 Ogos lalu dan kini sedang menanti cahaya mata pertama mereka. Zuhelmy akui terharu dengan sikap prihatin pemilik rumah berkenaan.

Terdahulu, kisah itu tular selepas anak kepada pemilik rumah berkenan berkongsi mengenai nota yang ditulis Zuhelmy di atas barang yang dihantar. Malah, rata-rata pelayar Twitter turut mengakui terharu membaca kisah itu. Antara komen lain termasuklah yang memuji sikap prihatin pemilik rumah berkenaan dan tak kurang juga yang mendoakan segala urusan kehamilan isteri Zuhelmy dipermudahkan.

Mengidam Nasi Lemak AirAsia, Warganet Bantu Si Suami Penuhi ‘Keinginan Makan’ Isterinya. Power!

Bahkan dikatakan seramai 50% ke 90% wanita mengandung akan mengalami simptom “mengidam” ini. Mengidam makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak kerap terjadi dalam kalangan wanita mengandung. Namun begitu, kadang-kadang makanan yang diidamkan ini adalah sesuatu yang bukan kebiasaan, malah ada di antaranya sangat ganjil dan sukar didapati. Walau bagaimanapun, sebagai seorang suami yang penyayang, pasti akan lakukan apa sahaja untuk memuaskan hati isterinya dengan bersungguh-sungguh mendapatkan makanan yang diidamkannya itu.

Mohamad Azham, suami kepada Farizah Mohd Mostar, menggunakan medium twitter untuk mengetahu dimana dia boleh mendapatkan nasi lemak tersebut, bagi memenuhi kempunan isterinya yang sedang mengandung anak ketiga mereka. Bapa kepada dua orang anak itu pun mencuba nasib dengan bertanya kepada syarikat penerbangan AirAsia sama ada makanan tersebut boleh didapati di tempat lain. Tanpa diduga pertanyaan Azham mendapat respon pengendali akaun Twitter rasmi AirAsia dengan jawapan balas yang kelakar sehingga menerima lebih 2,000 retweets.

Ketika dihubungi Mstar, Azham menyatakan rasa kesyukurannya apabila isterinya mendapat nasi lemak yang diidamkannya itu. “Bukan sebungkus tapi dua bungkus yang diberikan secara percuma. Saya anggap ini rezeki anak ketiga saya yang bakal lahir awal tahun depan,” katanya. Dia juga terharu dengan sikap baik hati orang ramai yang turut meluahkan hasrat ingin membantunya sehingga ada yang sanggup mencari maklumat mengenai pengedar nasi lemak tersebut.