Sudah masuk hari kelima Fedtri Yahya menjalani rawatan. Kini anak perempuannya datang buat sesuatu untuk ayahnya itu. Ini kisah selanjutnya dengan keadaan pengacara Malaysia Hari Ini.

Memasuki hari kelima, personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya masih dirawat di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor akibat terjatuh dari basikal. Terbaru, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu memuat naik sebuah posting di laman Instagram bersama anak sulung Indah Sutera Jannah yang datang melawatnya di hospital tersebut. Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi, kelihatan kanak-kanak berusia lapan tahun itu menyuapkan bubur dengan penuh kasih sayang ke dalam mulut bapanya.

“Kakak datang suapkan bubur untuk daddy,” tulis personaliti berusia 39 tahun itu yang mengalami kelukaan di bibir, kening, dagu dan rahang. Rata-rata pengikutnya terus menitipkan kata-kata semangat untuk Fedtri selain mendoakan agar dia kembali pulih seperti biasa. Terdahulu, kejadian tersebut berlaku di kawasan tempat letak kereta Sri Pentas, Bandar Utama selepas Fedtri membuat liputan program Kayuhan Hari Malaysia untuk MHI.

Sumber : Fedtri Yahya, OHMYMEDIA

Isteri maklumkan kondisi Fedtri


Baru sahaja bertugas secara langsung di Malaysia Hari Ini (MHI) bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia 2020 semalam, pengacara dan juga penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya dimaklumkan mengalami kejadian tidak diingininya baru baru ini. Selebriti yang juga pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya terlibat dalam kejadian itu dan kini sedang menjalani rawatan di hospital. Berita itu dikongsikan isterinya Nurul Anati Ismail menerusi satu status yang dimuat naik menggunakan akaun Instagram rasmi suaminya. “Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam satu kejadian dan selesai menjalani operasi malam tadi.“Banyak luka di muka – semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah.

This image has an empty alt attribute; its file name is 51600297943_fedtriyahyaAhmadFed-300x203.jpg

Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh isterinya menerusi media sosial Fedtri dengan memuat naik kondisi pengacara itu yang baru selesai menjalani rawatan. Lukanya sudah dijahit. Menurut isterinya, Fedtri mengalami kelukaan di muka disebabkan kejadian tidak diingini yang berlaku. Namun begitu, kesemua luka tersebut sudah dijahit dengan sempurna. Dia turut memohon agar semua pihak mendoakan kesejahteraan suaminya dan semoga Fedtri Yahya kembali sembuh seperti sedia kala. Innalillahiwainailahirajiun… Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengakui terkejut dengan berita yang diterima. Mereka juga sempat mendoakan agar pengacara itu lekas sembuh dan diberi kesihatan yang baik dengan segera.”Semoga cepat sembuh”. “Semoga tiada yang serius”.” Hilangkanlah kesakitan adinda Fedtri’

Sumber: Fedtri Yahya, MEDIAHIBURAN