Sufian Suhaimi tak kisah cetus sensasi fasal kehidupannya agar terus meraih perhatian ramai buat semua tak senang duduk akan prinsipnya yang satu ini. Dia

Selain kejayaan lagu nyanyiannya, nama Sufian Suhaimi juga sering dikaitkan dengan kisah kehidupan peribadi sepanjang bergelar selebriti. Antara yang paling menjadi perhatian adalah kisah putus tunang dengan pelakon Elfira Loy. Dalam pada itu, kejayaannya di Anugerah Juara Lagu 33 turut menjadi perbualan peminat namun sehari selepas itu dia menjadi individu yang terpalit kontroversi di media sosial apabila gambar berpelukan dengan seorang wanita tular. Sempena ulang tahun mStar yang ke-15, kami sempat meluangkan masa bersama penyanyi lagu Di Matamu ini untuk menyingkap kembali kisah kehidupannya sejak bergelar penyanyi.

Sufian dibuai lamunan cinta

 Merakamkan lagu menjadi perkara biasa buat penyanyi, Sufian Suhaimi. Bagaimanapun, dibuai lamunan cinta terlebih dahulu, sebelum memasuki studio rakaman tidak pernah dilakukannya. Inilah yang berlaku ketika merakamkan single terbaharu berjudul Inikah Dikatakan Cinta. Lagu Inikah Dikatakan Cinta ciptaan komposer, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh. Liriknya pula hasil nukilan produser, Datuk A Aida. Single berkenaan dijadikan lagu tema drama Di Hujung Ranting terbitan A Aida Production yang bakal disiarkan di saluran RTM pada Ramadan ini.

Sufian berkata, dia teruja sepanjang proses rakaman lagu Inikah Dikatakan Cinta, baru-baru ini. “Lagu ini memerlukan saya jatuh cinta terlebih dahulu, sebelum rakaman dilakukan. Saya nikmati melodi dan lirik. “Saya sengaja membiarkan perasaan terbuai dan asyik dalam lamunan cinta. Saya ‘enjoy’, walaupun hakikatnya, tiada cinta dalam hati buat masa sekarang. “Seperti biasa, ada bahagian yang komposer perlu diperbetulkan. Saya menyanyi seperti apa yang mereka inginkan,” katanya kepada BH Online. Penyanyi lagu Terakhir dan Di Matamu itu berkata, dia juga memberikan beberapa pilihan nada yang sesuai.

“Alhamdulillah, rakaman berjalan lancar. Mereka juga suka dengan hasil rakaman. “Ini juga pengalaman pertama saya merakamkan lagu untuk digunakan pada penghujung drama ini nanti,” katanya. Sufian berkata, dia tidak menjangka akan muncul single baharu dalam masa terdekat. Ini berikutan lagu terbaharu, Janji baru sahaja dilancarkan, bulan lalu. “Saya anggap rezeki apabila dapat bekerjasama dengan A Aida. “Saya suka bekerja dengan Ikhwan dan Wan Saleh. Kami pernah bekerjasama, jadi saya tahu hasil kerja mereka.

“Saya jatuh cinta kali pertama mendengar muzik dan membaca lirik lagu ini. Lagu Inikah Dikatakan Cinta sangat ‘catchy’. Saya terharu A Aida memilih saya merakamkan lagu ini,” katanya. Sementara itu, penerbit dan penulis lirik lagu berkenaan, A Aida menyifatkan Sufian memiliki suara unik. “Suara Sufian ajaib dan sesuai mendendangkan lagu ini. Dia berjaya menghasilkan dua nada yang sedap didengar sepanjang proses rakaman. “Saya dengar kualiti vokal Sufian ada kelebihan tersendiri. Kelunakan suaranya lain macam. “Kadang kala naik bulu roma mendengarnya. Saya puas hati dan seronok bekerja dengan Sufian,” katanya yang bercadang bekerjasama dengan Sufian untuk lagu tema drama lagi. Sebelum ini, lirik lagu tulisan A Aida iaitu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip berjaya melangkah ke peringkat Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL 34).

Sufian Suhaimi ambil anak angkat

Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang. Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang baharu. Begitu juga dengan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Di Matamu’, Sufian Suhaimi. Sufian telah memuat naik satu entri di Instagram berkongsi kepada peminatnya bahawa dia sudah mengambil seorang anak angkat lelaki yang bernama Faeq Razeeq. Sejurus itu, wartawan Astro AWANI cuba mendapatkan Sufian untuk bertanya kepadanya mengenai perkara tersebut. Ketika ditanya mengapa dia mengambil anak angkat, jawapan dia amat mudah.”Untuk menjadi seorang yang lebih baik buat seseorang selain ibu bapa dan juga keluarga,” katanya melalui satu pesanan ringkas di aplikasi WhatsApp.

Tambahnya dia merasa gembira apabila melihat rakan-rakan yang sudah keluarga dan mempunyai anak. Sufian juga turut berkongsi bersama Astro AWANI di mana Faeq itu merupakan anak kepada rakan baiknya semasa sekolah. Dan buat masa ini, Faeq masih lagi tinggal bersama ibu bapa kandungnya dan mereka akan berjumpa hampir setiap hari untuk meluangkan masa bersama.

Sufian ambil ‘mood’ jatuh cinta

Selepas muncul dengan single Janji, Sufian Suhaimi teruja berkongsi kepada peminat mengenai kemunculan single baharu, Inikah Dikatakan Cinta tidak lama lagi. Menariknya, menerusi lagu itu, Sufian bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dan kali pertama dengan penulis lirik, Datuk A Aida. Lebih mengujakan Sufian apabila lagu itu dicipta khas menjadi lagu tema drama Di Hujung Ranting terbitan A Aida Production yang bakal bersiaran di saluran RTM pada Ramadan ini. “Saya tidak menjangka akan keluar single baharu lagi dalam masa terdekat ini. Lagipun lagu Janji baharu saja dilancarkan bulan lalu. Tapi, saya menganggap ia rezeki.