Tak dapat tunaikan amanat terakhir bapa. Aman Aziz nekad luahkan perasaan yang dia pendam dan ini hasrat terakhir ayahnya yang membuatkan dia rasa serba salah

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aman Aziz terkilan tidak dapat menunaikan amanat terakhir bapanya, Abdul Aziz Abdullah yang sudah tiada, baru-baru ini, akibat sakit jantung.Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Sulit ini, ayah pernah berpesan agar empat anak lelaki termasuk Aman dapat menguruskan persemadiannya apabila beliau pergi menghadap Ilahi.

“Saya diberitahu ayah sempat tinggalkan pesan kepada anak-anak. Beliau mahu semua anak lelaki menyempurnakan urusan jnzh seperti mandi hingga menghantar ke tanah persemadian.”Perkara ini dimaklumkan abang yang menelefon bertanya mengapa saya tidak muncul di pusara pada hari persemadian ayah. Ketika itu, saya berada di rumah kerana menemankan ibu yang tidak boleh bergerak kerana dalam tempoh edah.

“Apabila sampai ke tanah persemadian, ayah sudah disemadikan. Walaupun terselit rasa terkilan kerana tidak sempat menunaikan permintaan terakhir ayah, namun, saya reda,” katanya kepada BH Online.Ditanya kenangan manis bersama ayah yang masih membekas dalam hati sehingga hari ini, Aman atau nama penuhnya, Mohammad Razman Abdul Aziz memberitahu, perkara yang paling diingati adalah pesanan berguna yang ditinggalkan bapa.

“Ayah mahu saya sentiasa menjaga solat, pandai pilih kawan dan tidak melakukan perkara bukan-bukan.”Beliau penyokong kuat saya dan bangga dengan apa yang saya lakukan selama ini,” kata penyanyi berusia 26 tahun ini.Sementara itu, mengulas perkembangan aktiviti seni, Aman mengaku momentum karier nyanyiannya sedikit perlahan selepas kemunculan lagu Sulit.

“Saya ada single lain selepas itu. Namun, sambutannya tidak seperti lagu Sulit. Lama saya mendiamkan diri sebelum diundang menjayakan program realiti Immortal Songs.”Selepas ini, saya akan bernaung di bawah syarikat pengurusan baharu. Saya ada beritahu, jika mahu berjaya, kena ada kerjasama kedua-dua belah pihak. Tidak boleh harapkan sebelah sahaja ke depan.”Justeru, saya harap kerjasama ini akan memberi sinar kepada karier nyanyian saya,” kata naib juara Akademi Fantasia (AF) 11 ini optimis.-bh

Aman Aziz Teringin Jadi Hero Tapi…

Dari pentas nyanyian ke dunia lakonan, Aman Aziz yang semakin aktif sebagai pelakon mengaku impikan watak sebagai hero.Kata Aman ketika ditemui Xtra pada majlis Iftar Watie Collections baru-baru ini, menyedari lambakan pelakon sedia ada pada masa ini, dia tekad mengusahakan sesuatu untuk menarik perhatian pihak produser.

“ Untuk menjadi hero saya sedar seseorang itu perlu nampak matang dan fizikal juga perlu dilihat sedap mata memandang.“ Saya belum pernah merasa menjadi hero dalam drama lakonan sebelum ini. Teringin juga kalau boleh tapi ramai kata wajah kurang sesuai sebab nampak ‘baby face’,” katanya.Atas sebab itu, bekas naib juara program realiti Akademi Fantasia 2014 ini nekad membina badan.

“ Sekarang berat saya baru 65 kilogram. Sasaran saya untuk naikkan berat badan sehingga 70 kilogram. Saya mahu kelihatan ‘abang-abang’ di kaca televisyen. Siapa tahu suatu hari nanti rezeki saya pula terpilih untuk menjadi hero. Doa-doakan,” katanya yang sebelum ini sering ditawarkan sebagai watak pembantu dalam drama.Untuk rekod, Aman pernah berlakon dalam beberapa buah drama antaranya Cinta Suci Jadi Saksi, Ketupat Jantung Hati dan Patah Sayap Bertongkat Paruh.