Tak muak ke hasilkan tema drama yang tipikal buat warganet rasa jemu layan drama tempatan ujar mereka pada penggiat seni. Pengarah sensasi Shahrulezad terus lantang bersuara perjelas situasi sebenar pada umum buat mereka tergamam

Penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin mengakui sudah naik muak menghasilkan drama yang mengangkat kisah bertemakan menduakan pasangan. Begitupun, menurut pengarah drama Nur itu, isu tersebutlah yang terpaksa diterbitkannya kerana sering mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penonton. “Dari zaman Madu 3 P. Ramlee, sampailah zaman sekarang, isu menduakan pasangan dalam rumah tangga tetap menjadi pilihan penonton. “Naik muak abam, tapi benda yang muak inilah yang penonton kita suka tengok. Berkata perkara negatif, kritik, menyampah. Balik-balik-cerita yang sama. Bosan..kalau korang bosan, aku lagi tok nenek segala bosan tau. Dah 25 tahun kot menulis, rata-rata tema yang sama,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Pada masa sama, Shahrulezad memberitahu, dia juga terpaksa mengikut permintaan daripada pihak stesen televisyen yang mahukan karya sedemikian. “Benda yang sama itu jugalah masih orang tengok. Buat jelah. Siapa nak tengok, tengok. “Kami berbisnes. Saya buat apa yang klien, stesen atau penonton mahu, bukan apa yang saya mahu. Kalau saya nak syok sendiri saya akan buat di platform lain,” ujarnya. Bahkan, katanya, sebagai penerbit, nasib dirinya juga diibaratkan sama seperti penjual nasi lemak yang terpaksa menjual makanan yang sama setiap hari mengikut permintaan pelanggan.

“Kau ingat makcik yang jual nasi lemak sedap sampai tak terkata di hujung simpang rumah kau tu tak jemu ke dengan nasi lemak dia sendiri. “Dia lebih daripada jemu dah cuma dah itu pelanggan dia dok tanya hari-hari. Nak buat macam mana. Jual sahajalah apa yang pelanggan nak,” katanya. -Gempak

Ingat kami ni kurang cerdik ke? – Shahrulezad Mohameddin

“Pihak produksi mengeluarkan kos ribuan ringgit sehari hanya untuk khidmat nasihat cara menggunakan alatan perubatan untuk kes sakit yang tak sedarkan diri,” kata pengarah Shahrulezad Mohameddin mengenai babak dalam drama Adellea Sofea lakonan Ungku Ismail tidak sedarkan diri di hospital yang menjadi perdebatan penonton. Shahrulezad menerusi akaun Instagram berkata, dia sudah mendapatkan nasihat pakar sebelum memulakan penggambaran babak terbabit.

“Semasa penggambaran babak yang membabitkan Fir (lakonan Ungku Ismail) ketika dalam keadaan tak sedarkan diri, kami bukan buat sesuka hati dengan peralatan yang ada. “Apa yang anda tengok di TV itu adalah atas nasihat pakar, bukan saya sesuka hati buat. Semua itu di bawah pengawasan pakar terbabit. Masalah sekarang apabila ada spesies penonton Melayu yang memang sengaja suka mencari kelemahan drama tempatan dan cuba menggembar-gemburkan isu untuk mendapat perhatian. Cara teguran pula sangat menyakitkan hati seolah-olah kami di lokasi penggambaran tidak berapa cerdik belaka, padahal dia sendiri tak ikut cerita ini dari awal terus kritik berdasarkan satu babak,” katanya.

Menerusi hantaran itu, Shahrulezad turut berkongsi paparan skrin status yang dibangkitkan seorang wanita di Facebook Individu itu menyatakan, drama berkenaan menggunakan alatan perubatan yang salah oleh seorang sakit yang sedang tidak sedarkan diri. Menurut Shahrulezad, komen-komen yang sengaja mencari kesalahan dalam drama tempatan kadang-kadang melemahkan semangat penggiat seni untuk menghasilkan drama berkaitan dunia perubatan. “Komen yang keterlaluan sebeginilah kadang-kadang buat penggiat drama ‘give up’ nak sentuh drama yang berkaitan dunia perubatan disebabkan perangai sesetengah warganet yang merasakan kami ini tidak cerdik belaka.

“Ya, memang bidang perubatan ini bukan bidang kami, sebab itu kami tak kisah keluarkan bajet lebih untuk memastikan kami tak buat silap, tapi tetap ada yang tak kena. “Untuk itu, saya menyeru semua penggiat drama Malaysia tak payahlah kita dekati cerita yang ada kena mengena dengan hospital ini sebab jika kita berhati-hati macam mana sekali pun, kita tetap kena balik,” katanya. Drama Adellea Sofea sudah berakhir semalam selepas bersiaran menerusi slot Akasia selama 28 episod di TV3. Selain Ungku Ismail, drama terbabit turut dibintangi Mira Filzah, Jasmine Suraya, Fizo Omar dan Bella Dally. -My Metro