Nampak macam Turkish people lah. Tak sangka sampai mencecah lebih 1M tontonan video Aeril Zafrel dan anaknya yang meraih perhatian orang ramai dengan gelagat mereka gara gara sesuatu ini.

Selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sememangnya dikenali ramai sebagai pasangan suami isteri yang boleh dikatakan pasangan usahawan yang berjaya. Dikurniakan tiga cahayamata hasil perkahwinan yang dibina pada 25 Februari 2012, keluarga kecil pasangan ini sering sahaja meraih perhatian ramai. Biarpun sibuk dengan aktiviti harian, posting oleh Aeril Zafrel di laman Instagram dan Twitter miliknya sering meraih tumpuan ramai. Manakan tidak ada sahaja ideanya menghasilkan video untuk hiburan pengikutnya di kedua laman sosial tersebut. Berikut kapsyen Aeril Zafrel di Instagram ” Ayoh pin & Blackpink in your area… Lisa & jenie before show”

Terbaharu, video Aeril Zafrel bersama anaknya sekali lagi telah meraih perhatian ramai. Video tersebut memaparkan selebriti itu menari bersama anak perempuannya, Hayla dengan kedengaran lagu Hindustan. Nampak mereka cukup seronok sekali! Macam petikan dari filem Bollywood pun ada. Video dua beranak ini telah meraih lebih 800 ribu tontonan dan 171 ribu tanda suka. Tontonan video tersebut boleh dilihat di laman instagram Aeril Zafrel. Rata-rata warganet tinggalkan reaksi mereka mengenai video yang dimuat naik itu di ruangan komen seperti berikut: “Adoii bahagianyer Hayla dapat bapak yang hot”. “Di sebalik seorang perempuan itu, ada seorang ayah yang sangat mencintainya”. “MasyaAllah…nampak macam Turkish people lah dua beranak ni. Cantik sangat….”

Sumber: HCL

Terhibur Wawa Zainal sampai tak boleh berhenti gelak melihat imej baru suaminya yang dikongsikan melalui lama instagramnya baru baru ini. Ternyata ini rupanya penampilan Aeril Zafrel sehingga meraih perhatian warganet.

Pasangan popular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel jadi perhatian peminat lagi apabila berkongsikan satu rakaman mereka dimana kali ini bukan menunjukkan momen sweet namun lain pula yang menarik perhatian umum. Ini kerana, Wawa Zainal berkongsikan satu rakaman video dia bersama suaminya itu dengan merakam penampilan Aeril Zafrel yang melepaskan rambutnya.

Sedia tahu juga, Aeril Zafrel dilihat mengubah penampilannya yang sebelum ini berambut pendek namun kini dia menyimpan rambutnya dan mengayakan sehingga paras bahu. Jika sebelum ini, penampilan Aeril Zafrel mendapat pelbagai reaksi daripada warganet dan terbaharu pula Wawa Zainal dilihat melalui posting terhibur ketika merakam gelagat suaminya ini dalam kereta.

Berseloroh mengenai rupa suaminya itu, Wawa Zainal memberitahu bahawa dia sendiri turut akui akan hal itu lalu membuatkan pelakon dan usahawan jelita ini tidak dapat menahan ketawa. Aeril Zafrel bagaimanapun dapat diperhatikan turut tertawa dengan gelagat isterinya ketika merakam video ini lalu dikongsikan kepada umum. Selain video itu meraih perhatian peminat dan pengikut dengan ditonton lebih 230,000 kali oleh mereka, posting terbabit turut membuatkan orang ramai gelak besar melihat gelagat pasangan sama cantik, sama padan ini. “Hahaha macam cerita tarzan tu…” “Hahaha. Terikut gelak dengar Wawa gelak”

SUMBER: HCL