Tak sangka sampai sijil tipu pun terjual disini. Ini 7 perkara pelik yang anda boleh dapat di dalam Dark Web.

Jika anda seorang penggemar kisah mistik dan konspirasi, pasti anda pernah dengar akan perkataan ‘dark web’. Persoalannya di sini, apakah itu ‘dark web’ dan mengapa ramai yang mendakwa hidup mereka menjadi tidak aman selepas melayari ‘dark web’? Internet yang kita guna pada setiap hari dikenali sebagai ‘surface web’, permukaan kecil yang wujud dalam dunia internet. Internet boleh dikategorikan kepada tiga bahagian, iaitu surface web, deep web dan dark web.

Anda boleh rujuk gambar di bawah ini untuk pemahaman lebih lanjut.

Seperti yang anda ketahui, surface web adalah apa yang anda gunakan pada setiap hari. Deep web pula kebiasaannya digunakan untuk perbankan, data rahsia kerajaan dan rekod perubatan. Untuk dark web pula, kita boleh simpulkan ia sebagai pasaran gelap dalam alam maya yang mengandungi penuh dengan perkara pelik.

Berikut adalah 7 benda pelik yang anda boleh beli dalam ‘dark web’:

1. Ricin

Ricin adalah r4cvn yang sangat berbahaya dan mampu untuk mengambil nyawa seseorang dalam masa yang sangat pantas. R4cvn ini boleh didapati secara semula jadi daripada Pokok Jarak.

Menurut kajian, ricin mampu untuk membuatkan seseorang mengalami cirit birit dan munt4h, lalu pergi buat selamanya dalam tempoh tiga ke lima hari. Cuba bayangkan jika r4cun ini jatuh ke tangan yang salah?

2. Topeng silikon

Pasti anda pernah tonton babak filem di mana perompak memakai topeng silikon untuk mengubah identiti diri sendiri. Topeng silikon turut dijual secara besar-besaran di sini dengan harga yang murah.

Menariknya tentang topeng silikon ini, ia dicipta seolah-olah seperti warna kulit manusia dan agak sukar untuk mengenal pasti jika seseorang itu sedang memakai topeng silikon.

3. Sijil ijazah palsu

Anda mahu mencari kerja yang berjawatan besar tapi tiada latar belakang pendidikan yang hebat? Anda juga boleh mendapatkan sijil palsu yang dicipta sama seperti sijil daripada universiti yang dikehendaki.

Menariknya tentang sijil palsu ini, penjual akan menghantar sijil tersebut ke rumah anda siap dengan bingkai sekali.

4. Minyak mentah

Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana minyak mentah boleh terjual di dark web? Jika anda pernah dengar kisah telaga minyak yang diambil alih oleh pengganas, di situlah bermulanya penjualan minyak mentah secara haram ini.

Rata-rata daripada pembeli cuba untuk mengelak daripada berurusan dengan peraturan kerajaan yang ketat, jadi sebagai alternatif mereka akan membelinya dari pasaran gelap.

5. Senjata api

Jika anda sering menggunakan laman jual beli atas talian seperti Shopee dan Lazada untuk membeli barang yang dikehendaki, sebenarnya wujud juga laman seperti itu di dark web khas untuk senjata api. Rata-rata mereka yang masuk ke dalam dark web adalah untuk membeli senjata api. Antara senjata api yang dijual adalah pelancar roket, AK-47 dan bom.

6. Ubat-ubatan & dadah

Seperti senjata api, ubat-ubatan dan dadah juga dijual secara dalam talian. Laman Silk Road pernah popular pada satu ketika dahulu apabila laman ini menjual pelbagai jenis dadah terlarang.

Antara d4d4h yang dijual di laman ini adalah methamphetamine, heroin dan ubat-ubatan seperti Xanax yang digunakan untuk mengubati masalah tekanan.

7. Hamba

Meskipun kita sudah masuk ke dunia yang moden, pemerdagangan manusia masih lagi berlaku terutamanya di negara-negara miskin.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), industri pemerdagangan manusia bernilai lebih daripada RM600 bilion dan akan meningkat pada setiap tahun. Siapa dekat sini pernah masuk ke dalam dark web?