Tak sangka umur anaknya hampir mencapai satu tahun. Terkini Elfira Loy luahkan sesuatu mengenai cahaya mata sulungnya yang dikongsikan menerusi laman Instagramnya.

Seronok apabila kita dapat melihat anak membesar dengan sihat. Begitu juga dengan pelakon Elfira Loy yang turut berkongsi satu entri di Instagram miliknya mengenai cahaya mata pertama mereka. “Ish budak garang ni dah nak setahun ke. is it one year ago i gave birth to this babyyyyy. Literally crying. “Is he still a baby even he’s one? Will you sleep under my ketiak still? Oh nooo jadi baby jelah forever,” tulis Elfira yang nyata gembira anaknya bakal menjejaki usia setahun. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan Muhd Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan pasangan tersebut dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.

SUMBER: GEMPAK

Muhammad Rayyan Khalaf nama pilihan Elfira buat anaknya

Terdahulu, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia tidak mengalami sebarang alahan semasa hamil. “Saya tidak mengalami sebarang alahan kerana pada awalnya saya tidak tahu saya hamil. “Saya dapat tahu hamil apabila sudah lama tidak datang bulan.”Saya ada buat beberapa ujian kehamilan sendiri tetapi tidak mempercayai. Akhirnya saya pergi klinik dan doktor mengesahkan saya hamil,” katanya lagi.

MUHAMMAD Rayyan Khalaf demikian indahnya nama putera sulung kepada pelakon, Elfira Loy dan suaminya, Khairol Faris Anuar. Menurut Elfira, dia dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar berasa gembira dan bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan. Di laman Instagramnya pada Rabu, Elfira berkongsi jantina serta nama pilihan buat cahaya matanya untuk tatapan peminat-peminatnya.Dalam perkongsian itu juga, Elfira yang memuat naik gambar wajah bayi nya selain mengimbau pengalaman kali pertama melalui proses kelahiran dan bergelar ibu. “Semalam tidur bagai dibuai mimpi , every minutes in the labour room , every pain , ever moments i went through dia recap balik,”

Ya Allah macam tak percaya.terima kasih Ya Allah , terima kasih keluarga , terima kasih sahabat , terima kasih semua yang mendoakan kami,” katanya dalam kapsyen di Instagram.Dalam perkongsian itu, Elfira turut memaklumkan dia dan anaknya berada dalam keadaan baik. Elfira selamat melahirkan anak lelaki dengan berat 3.68 kg pada jam 5.40 petang di Andorra Women & Children Hospital, Seri Kembangan.Elfira Loy, 25, dan Khairol Faris Anuar disatukan sebagai suami isteri pada 1 Januari lalu.- ASTROAWANI