Tak tahan sikap Datuk Seri Aliff Syukri yang suka tayang kemewahan hingga Datin Seri Shahida tergamak minta berpisah dengan suaminya. Dia buka mulut luah perasaan bikin warganet hiba

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Shukri menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-13 hari ini. Sempena hari yang cukup istimewa itu, isterinya, Datin Seri Shahida melayangkan satu dedikasi khas kepadanya di Instagram miliknya. aliffsyukriterlajaklaris 13 tahun kita bersama menempuh suka duka, pahit manis, walaupun kita memang selalu berbalah tapi jodoh kita selalu panjang.”Semoga keluarga yang kita bina ini berkekalan selamanya, kita menjadi hamba yang taat pada Allah, menjadi contoh yang baik buat anak-anak kita,” coretnya.

Dalam entri tersebut, Shahida turut memuat naik sebuah video yang memaparkan kenangan mereka hidup bersama sejak diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 2007. Kata Shahida lagi, dalam tempoh itu juga, banyak tanggungjawab yang sudah dilakukan mereka bersama-sama demi mengubah nasib hidup. “Selama kita kahwin kita penat cari duit untuk nak mengubah hidup. “Kita dah ada apa yg kita mahu tinggal bersyukur sahaja. Andai kata apa yg Allah pinjam ini suatu hari tiada lagi, kita bersyukurlah sebab kita pernah merasa nikmat senang setelah penat kita berusaha.

“Apa yang penting, kita dan anak-anak kekal bahagia selamanya, love you,” luahnya. Sebelum ini, kisah rumah tangga mereka pernah meraih tumpuan apabila dikatakan dilanda badai. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2007. Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan lima orang anak, iaitu,¬† Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

Aliff buang ego, kembali ke sisi keluarga

Hidup usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sunyi dan kosong selama empat bulan berjauhan dengan keluarga. Membuang jauh ego yang menguasai diri, Aliff akhirnya kembali ke pangkuan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan anak-anaknya selepas empat bulan tinggalkan mereka. Menerusi entri dimuat naik dalam Instagram (IG), semalam, usahawan kontroversi itu memberi bayangan seakan kemelut rumah tangga kembali jernih.

Menerusi hantaran yang memuat naik gambarnya bersama anak bongsu, Raudhah Arshiyah, Aliff menjelaskan, apa yang berlaku bukan gimik meraih publisiti, sebaliknya kehidupannya juga seperti orang biasa, ada kala berdepan dengan pasang surut dalam rumah tangga. “Rindu sangat nak peluk anak saya, Raudah. Empat bulan berjauhan dari anak-anak membuatkan hidup terasa kosong. Saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga.

“Lama menyepi bukan merajuk, cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang dan apa yang saya perlukan dalam hidup.”Apa yang berlaku bukan gimik, tetapi saya juga seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumah tangga,” tulisnya. Aliff berkata, berpisah dengan keluarga bukan perkara mudah dilalui, tetapi dia bersyukur kerana ia menjadikan dirinya lebih matang dan menghargai orang. “Jujurnya bukan mudah dilalui, tetapi Alhamdulillah, Allah SWT dan keluarga menjadi keutamaan saya. Saya ingin menjadi Aliff Syukri yang baru, lebih matang dan menghargai semua orang terutama isteri, anak-anak, ibu dan keluarga.

“Saya sedar keluarga adalah segala-galanya. Ramadan ini memberi erti besar pada saya. Doakan saya dan keluarga dapat bahagia semula,” tulisnya. Sementara itu, usaha menghubungi Aliff untuk mendapatkan penjelasan lanjut menemui jalan buntu apabila telefon bimbitnya ditutup. Pada April lalu, kemelut rumah tangga Aliff dan Nur Shahida menjadi bualan hangat apabila dia mendedahkan surat permohonan berpisah daripada isterinya melalui IG story miliknya.

Pada entri itu, Aliff menulis keterangan dalam gambar berbunyi, “Permohonan diluluskan‚Ķ. Cepatlah masa berlalu supaya jangan banyak lagi benda yang membuatkan saya malu,” tulisnya. Seakan mengesahkan kegagalan rumah tangga, Aliff kerap memuat naik status sedih dalam IG. Ia diikuti dengan perlakuan pasangan suami isteri itu ‘unfollow’ dalam IG. Menguatkan lagi hubungan Aliff dan Nur Shahida umpama telur di hujung tanduk apabila ibu Aliff, Rozita Ibrahim turut ‘unfollow’ Nur Shahida.

Difahamkan kes perbicaraan perpisahan Aliff dan Shahida bakal didengar selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Mereka dikurniakan enam cahaya mata, Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Ameena Aliffsyah, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.