Tampil ke majlis resepsi Mira Filzah dengan pakai baju sedondon. Akhirnya terbongkar rupa rupanya ini hubungan antara Raja Syahiran dan Uyaina Arshad.

Penyanyi dan bintang Dansa dan Sing, Raja Syahiran mengakui sedang berkenalan dengan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad. Rapat dengan gadis itu semenjak beberapa bulan lalu, Syahiran memberikan respon terhadap dakwaan yang mengatakan mereka sedang menjalin hubungan cinta.

“Sebenarnya, saya dah lama kenal Uyaina, tapi semenjak beberapa bulan lalu hubungan kami rapat. Saya selesa berkawan baik dengan Uyaina kerana dia seorang yang baik. “Kami sedang dalam proses berkenalan. Keluarga kami juga tiada halangan kami berkawan,” kata Syahiran ketika dihubungi oleh Gempak.

Tambah penyanyi lagu If I Could Go Back itu, Uyaina merupakan seorang gadis yang bijak dan menyenangkan. “Apa yang membuat saya selesa berkawan rapat dengan Uyaina adalah kerana dia merupakan seorang gadis yang berfikiran jauh. Boleh dikatakan, kami tak pernah berborak kosong.

“Ada saja topik yang kami bincangkan dan dia juga mempunyai personaliti yang ceria dan perkara itu membuatkan ramai orang selesa bersahabat dengan Uyaina,” kata Syahiran lagi. Sebelum ini, dakwaan mengatakan Syahiran dan Uyaina menjalin hubungan timbul selepas mereka sering berbalas komen mesra di laman Instagram. Menguatkan lagi khabar angin, mereka tampil berdua ke majlis resepsi perkahwinan Mira Filzah dengan menyarungkan busana sedondon.