Tanam pokok cili tapi sukar untuk dijaga dan tidak berbuah. Ini 5 tips penjagaan pokok cili sihat dan lebat.

Tanam cili memang mudah. Tapi, pokok cili antara tanaman yang juga mudah diserang penyakit. Bukan sahaja penyakit yang akan menyebabkan cili tak mengeluarkan hasil yang optimum. Ada beberapa perkara lain yang perlu diteliti dalam tanaman cili yang berbuah lebat. Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

Tanaman cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit. Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.

Pertama pilih tempat yang dapat pencahayaan yang baik. Sebaiknya dapat cahaya matahari penuh dari jam 8pagi hingga 5 petang. Jika tanam di tempat redup menyebabkan pokok cili tinggi dan berbuah kecil. Anda boleh tanam terus di tanah, pasu bersaiz 16×16 (medium campuran tanah kuning+topsoil+pasir) atau polybag guna sistem fertigasi.

ketiga, jika tanam terus di tanah, gembur dan rawat guna kapur dan taburkan baja tahi ayam. Masalah tanam terus di tanah adalah cili mudah diserang serangga bawaan tanah.

Keempat, guna penggalak tanaman untuk pokok cili. Bahan- bahan penggalak adalah belacan 100g, gula molases atau gula merah 100g Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) 500 mL. Cara membuatnya adalah rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut. Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati. Tutup dengan kain kasa bekas tersebut. Peram selama sebulan. Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut. Seterusnya, cara guna adalah 10 mL pati + 2 L air biasa Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali. Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi. Masa memindahkan anak cili adalah berumur 3-4 minggu selepas di semai. Pindahkan diwaktu petang kerana cuaca tidak panas.

kelima, jika tanam di tanah, siram pokok cili dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Jika guna sistem fertigasi, siraman secara automatik menggunakan timer biasanya dibuat 4-5 kali sehari. Tanah yang terlalu lembap boleh mengundang penyakit dan menyebabkan akar cili mereput lalu pokok mati. Elakkan tanam di kawasan yang bertakung atau sering di naiki air. Cili matang bila 70% warna cili berkilau dan berwarna merah. Waktu paling sesuai memetik adalah selepas 9 pagi keatas kerana embun sudah kering.

Sumber: Izham Alias