Tasha Manshahar dilabel materialistik berabis ribuan ringgit demi alat solek ini buat ramai persoal perlakuannya. Dia tampil bersuara pertahan sikapnya dedah sikap sebenar dia selama ini

Penyanyi Tasha Manshahar memuat naik sebuah video yang memaparkan reaksi terkejut suaminya selepas diberitahu mengenai pembelian alat solek mewah yang dilakukannya. Dalam video tersebut, Tasha memaklumkan bahawa dia baru sahaja berbelanja sehingga RM2,500 bagi satu gincu.”Saya nak kongsi dengan korang, semalam saya ada beli sesuatu secara online. Saya beli satu gincu pada harga RM2,459,” katanya dalam satu entri di Instagram. Suaminya yang ketika itu sedang memandu terus menoleh kepadanya kerana terkejut dengan perlakuan Tasha yang berhabis wang demi alat solek.
 
“Beribu? Mahalnya, biar betul..lebih baik beli jam,” kata Raqib. Bahkan, Tasha kemudian cuba menjelaskan kepada suaminya bahawa gincu edisi terhad itu telah dijual pada harga promosi. “Itu pun lepas diskaun, sebelum diskaun RM2,999, tapi warna biasa je. Warna macam seolah-olah tak pakai lipstik, saya rancang nak beli satu lagi lipstik edisi terhad. “Atau patut saya beli blusher (pemerah pipi) berharga RM2,300,” katanya. Suaminya yang mendengar kemudian hanya mampu menggelengkan kepala kerana merasakan perlakuan Tasha itu tidak wajar.


Baik beli jam. Mengarutlah..sama juga (beli yang biasa), blusher juga. Blusher tu pakai bulu apa? Bulu kuda?,” soal suaminya. Begitupun, kata Tasha dia sebenarnya sengaja mahu melihat reaksi suaminya itu kerana sedar bahawa Raqib tidak pernah tahu mengenai barangan alat solek wanita. Tidak terhenti di situ, sebaik tiba di rumah, kata Tasha, suaminya turut bertanyakan lebih lanjut mengenai ‘pembelian’ tidak masuk akal tersebu

“Balik rumah tu, raqib majid soal siasat saya ya. Dalam video ni dia cover-cover sebab dia tahu saya tengah rakam.
“Perbualan di rumah tu saya ada rakam senyap-senyap tapi video tu tak ada audio pulak. Video okay tapi bila nak tengok balik bunyi dia tak ada, tapi sumpah kelakar. “Ia hanyalah satu prank lah raqibmajid! Nak buat apa saya beli lipstik RM2,500 sebatang?!,” jelas Tasha.Perkongsian Tasha itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang lucu melihat gelagat suaminya. “Abang Raqib sama sahaja dengan suami saya, beli alat solek, dah terangkan satu persatu pun masih juga tak tahu,” tulis salah seorang pengikutnya. “Nasib dia tak ada sakit ..haha,” komen warganet lain. “Normal tu Tasha, lelaki memang akan soal siasat kalau mahal-mahal ni,” respons seorang pengikutnya.

Tasha Manshahar sah bergelar isteri Raqib, tiada rancangan bulan madu

Penyanyi Tasha Manshahar selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Kajang, di sini pada pukul 9.50 pagi, Sabtu. Tasha atau nama sebenarnya Nadia Natasha Mohd Manshahar, 26, dan pasangannya itu dinikah oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohd Manshahar Abdul Jalil, 59. Pernikahan pasangan itu disaksikan bapa saudara pengantin perempuan, Mohd Hasnan dan rakan bapanya, Ustaz Mansur Saman. Tasha menerima mas kahwin RM300, sebentuk cincin, seutas gelang dan lima dulang hantaran dan manakala Raqib menerima tujuh dulang hantaran.

Raqib menyarung cincin di jari manis isterinya, Tasha.Kata Tasha, dia dan suaminya tidak ada sebarang perancangan untuk berbulan madu kerana beranggapan perkara itu bukan sesuatu kewajiban yang perlu dilaksanakan. “Bagi saya dan Raqib, berbulan madu itu bukanlah kewajiban yang perlu dilakukan. Memang tidak perancangan pun nak pergi mana-mana. “Asalkan kami dapat meluangkan masa kualiti bersama itu pun sudah dikira seperti berbulan madu. Kalau pergi jalan jauh-jauh pun tapi tak ada masa bersama itu bukanlah ‘honeymoon’,”kata Tasha kepada mStar Online. Dalam pada itu, Raqib turut meluahkan rasa syukur selepas majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar biarpun pada awalnya berasa gementar.

Tasha dan Raqib selamat dinikahkan dengan sekali lafaz sahaja. “Sebagai bakal suami tadi memang ada gementar sebab nak pegang tanggungjawab yang besar. “Tapi syukur Alhamdulillah, semunya berjalan dengan lancar. Allah permudahkan perjalanan majlis kami biarpun sederhana namun bermakna,”ujar Raqib. Majlis yang diadakan secara bersederhana dan tertutup itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat, manakala resepsi bakal berlangsung pada Ahad di Shah Alam. Majlis di sebelah pengantin lelaki yang juga qari, penyampai radio dan bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 9 itu direncanakan pada 22 September ini di Melaka. Pasangan itu berkenalan ketika menjayakan rakaman lagu kira-kira dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 24 Disember tahun lalu. Tasha yang popular menerusi lagu Ragu-Ragu dan Bukan Aku sudah tidak lagi aktif menyanyi, sebaliknya memberi tumpuan kepada tugas sebagai guru dan penceramah motivasi.