Tekanan fizikal pasti setiap orang mengalaminya. Ini 10 tips untuk anda mengawal tekanan anda.

Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), elok kiranya kita ambil peduli tentang kesihatan fizikal. Tidak dilupakan juga, kesihatan mental. Kesihatan mental boleh tertanggu sekiranya kita duduk terlampau rama secara sendirian. Masalah tekanan teruk adalah yang paling kerap berlaku ketika ini. Mengambil faktor pertambahan masalah ini, seorang pengamal perubatan mental @DrRozanizam ada berkongsi 10 tips bagi mereka yang mengalami tekanan yang teruk.

Kalau dah dapat rawatan dan doktor telah diagnosis, boleh search dan kenal lagi penyakit yang sedang kita alami. Tambah pengetahuan untuk kita lebih kenal penyakit ni.

Buat perkara rutin

Pastikan tidur teratur dan kekal tenang. Sayangi dan hargai diri sendiri, kenal manjakan diri gak kadang-kadang tu. Kita kawal diri sendiri.

Kenal pasti trigger

Bina sistem sokongan sosial. Sekarang kita lebih mudah untuk berinteraksi jarak jauh, video call orang yang tersayang. Cari hobi untuk isi masa lapang daripada over-thinking.

Ikhtiar

Semoga yang menghidapi tekanan yang teruk segera sembuh. Kuatkan semangat dan jangan cepat putus asa. 

Berusaha Untuk Membangunkan Ibunya Yang Tidak Bangun Bangun. Kisah Sedih Gadis 10 Tahun Terus Jadi Yatim Piatu Setelah Ibunya Tiada Akibat Covid19

Baru baru ini,seorang gadis berusia 10 tahun di desa Benda Baru,Kabupaten Pamulang,Kota Tangerang Selatan,Indonesia tinggal sebatang kara apabila Covid19 mengambil nyawa ibunya. Kisah sedih ini telah mnimpa adik Aisyah Alusa selepas ibunya pergi tinggalkannya buat selama lamanya akibat daripada virus COVID19 pada 15 Januari 2021 yang lalu.

“Ayahnya sudah pergi buat selamanya ketika Aisyah masih berumur 2 tahun,” kata Marliansyah A. Baset, Ketua RW 18, Benda Baru, kepada wartawan.Baset juga turut menceritakan tentang nasib malang yang menimpa adik Aisyah ini. Bermula pada pagi Jumaat yang lalu, Allahyarham Rina, ibu kepada adik Aisyah, mengadu pening kepala, batuk dan demam kepada jiran di rumahnya. Kemudian, Rina telah dihantar ke Pusat Kesihatan Benda Baru untuk mendapatkan rawatan.

Ketika tiba di pusat kesihatan tersebut, Rina telah menjalani ujian rapid test dan telah disahkan positif terhadap virus COVID-19. Kemudian, pusat kesihatan tersebut telah merujuknya ke Hospital Permata bagi menjalani ujian swab PCR.

“Hasilnya dia telah disahkan positif COVID-19 dan telah diberikan pilihan sama ada mahu dirawat di hospital atau mengkuarantinkan diri di rumah. Kerana risau untuk tinggalkan anaknya keseorangan di rumah, dia telah memutuskan untuk mengasingkan diri di rumah sahaja,” kata Baset.

Kemudian, ketika dia sampai di rumah, Aisyah menjaganya dan memberinya makan. Sehingga akhirnya pada petang Sabtu, Aisyah telah berusaha untuk membangunkan ibunya yang masih tidur bagi bersiap-siap untuk solat Maghrib secara berjemaah, namun ibunya itu tidak bangun-bangun.Tubuh ibunya menjadi kaku, dia terus menggoncangkannya dengan harap agar mata ibunya itu terbuka memberi respon kepada Aisyah.

Hingga akhirnya, Aisyah telah menangis sambil memanggil-manggil ibunya. Jiran-jirannya yang terdengar teriakan itu terus pergi ke kawasan rumah Aisyah.“Kami juga berasa serba salah kerana kami tahu bahawa almarhumah telah dijangkiti COVID-19. Dan tidak ada siapa pun yang diizinkan masuk ke rumahnya, disebabkan itu saya segera menghubungi pusat kesihatan,” kata Baset.

Kemudiannya, doktor dari pusat kesihatan datang dengan memakai sut PPE yang lengkap dan telah mengesahkan bahawa pesakit itu telah tiada. Sejurus selepas itu, jnzhnya itu telah dirapikan di atas tempat tidur sementara menunggu pasukan petugas COVID-19 datang untuk mengsemadikanya.“Kerana sudah malam, persemadian tidak dapat dilakukan, para petugas hanya datang keesokan harinya,” kata Baset.

Pada hari Ahad, 17 Januari 2021, pasukan petugas COVID-19 yang berpakaian lengkap dengan sut PPE telah datang. Selepas ibunya dimandikan, ianya segera disemadikan.“Hari minggu itu juga saya bawa Aisyah ke hospital untuk melakukan ujian swab. Ternyata Aisyah juga telah dijangkiti dengan COVID-19 daripada ibunya. Aisyah terus dibawa ke Rumah Lawan COIVD-19 di Tangsel,” ujar Baset.

Sehingga kini, Aisyah masih lagi dalam rawatan sementara penduduk setempat memerhatikan pengambilan makanannya serta apa yang diperlukannya semasa dirawat.“Kami memastikan segala keperluan Aisyah mencukupi, kami memantaunya setiap hari, kami memberikan makanan yang sedap-sedap dan sihat, untuk pastikan dia terus bersemangat demi kesihatannya,” kata Baset.Sumber: Liputan6