Tengah syok minum Tealive bersama grass jelly. Tapi tak sangka tiba tiba rasa macam ada binatang dan rupa rupanya ada binatang ini dalam minuman pelanggan ini.

Seorang pengguna twitter memuat naik sebuah gambar yang agak menjengkelkan dimana terdapat seekor cicak di dalam minuman tealive .. Tengah syok2 sedut grass jelly tealive tiba2 ada cicak dalam tu tealive kipmall pasir gudang Semoga pihak tealive mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Hal ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit..

“Tealive is Southeast Asia’s largest lifestyle tea brand, and our mission is to always bring joyful experiences through tea – Serving a variety of beverages, from signature pearl milk tea to coffee and smoothies. Tealive is currently brewing strong in more than 520 outlets across the world; including Malaysia, China, Vietnam, Myanmar, Brunei, Philippines, Australia, United Kingdom and more to come.” Dipetik dari laman web mereka..The largest lifestyle tea brand sepatutnya memiliki sop kebersihan di tahap maksimum, namun lain pulak yang jadi..

Sumber – zafirahramli

Ramai Yang Ambil Ringan Hal Ini. KPDNHEP Mula Ambil Tindakan Terhadap Restoran Yang Menjual Air Milo Dan Nescafe Palsu Kepada Pelanggan Dan Dedahkan Denda Yang Dikenakan

Nak tanya. Korang pernah tak bila pergi restoran order Milo ke tapi bila dapat rasa macam air koko? Mesti pernah punya kan. Kalau korang nak tahu,korang ada hak nak laporkan isu air palsu ini dekat pihak berkuasa. Terbaru, atas aduan orang ramai berkenaan isu ini,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah memulakan pemeriksaan kepada restoran yang menjual minuman seperti Milo atau Nescafe tetapi dihidangkan dengan jenama dan kualiti yang lain.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, perlakuan tersebut jelas menunjukkan kegiatan perihal dagangan palsu pada barangan atau makanan yang ditawarkan oleh restoran.Tambahnya lagi, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 apabila menu yang dipaparkan di restoran mengandungi penyataan palsu dan mengelirukan pelanggan.Periksa 881 peniaga dan restoran.Jadi apa yang KPDHNEP dah buat bila dapat aduan macam ni?

Menurut Iskandar Halim, anggota penguat kuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan ke atas 881 premis kedai makan dan restoran di seluruh negara sejak 7 Oktober hingga 27 Oktober. Sepanjang tempoh pemeriksaan tersebut dijalankan, terdapat dua kes di bawah seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 direkod kerana menggunakan perihal dagangan palsu iaitu penggunaan ‘Milo’ yang diganti dengan minuman lain.

“Pemeriksaan ini diteruskan bagi memastikan semua premis restoran atau kedai makan mematuhi arahan yang dikuatkuasakan dan seterusnya melahirkan peniaga yang beretika,”Beliau juga mengingatkan sekiranya premis restoran atau kedai makan didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011, pemilik premis boleh didenda tidak melebihi RM250,000.Haa mana yang nak ganti ke campur air dengan jenama lain tu bawalah bertaubat. Air Milo segelas RM2.50 tak pasal-pasal kena saman RM250,000. 

Isteri Mengidam Nasi Lemak AirAsia, Nasib Baiklah warganet Baik Hati Nak Tolong!

Wanita hamil ada macam-macam ragamnya. Antara ragam paling suami-suami kat luar sana kena tahan ialah nafsu mengidam mereka yang macam-macam. Nak makan itu, ini… kesian pulak kan!Baru-baru ni, viral di Twitter kisah seorang suami gigih mencari nasi lemak yang dihidangkan atas flight AirAsia untuk isterinya yang sedang hamil. Persoalannya macam mana dia nak dapatkan nasi lemak tu sebab ia hanya dijual kat atas pesawat je? Uish payah gak tu.

“B… nasi lemak AirAsia ada jual kat luar ke?” Bakal bapa anak yang ketiga ni sempat juga share perbualannya di WhatsApp dengan isteri yang mengidam nasi lemak AirAsia aka Nasi Lemak Pak Nasser tu. Korang yang pernah order ni mesti tahu kan Nasi Lemak Pak Nasser memang power habiss! Bayangkan lah ibu mengandung pun boleh mengidam nasi lemak ni.

“Isteri encik nak fly dengan AirAsia sebenarnya…”Tweet yang di post oleh Azham tu tak sangka pulak tular sampai dapat perhatian Twitter AirAsia. Tapi reply dari AirAsia ni mungkin merungkai apa yang sebenarnya isteri Azham ni nak. Nak babymoon agaknya tu bang… Lagi romantik bila Azham balas dengan bertanya flight mana yang tengah murah sekarang sebab dia sanggup nak bawa isterinya naik AirAsia demi puaskan craving nasi lemak tu. Amboi sweetnya suami macam ni! 

Problem solved! Ramai warganet yang sudi nak membantu.Tapi syukurlah Azham dan isterinya yang sudah 7 bulan hamil tu tak perlu sampai naik flight demi dapatkan sebungkus nasi lemak. Ramai di kalangan warganet yang PM bakal bapa ni dan tawarkan kalau dia orang boleh belikan nasi lemak tu masa naik flight AirAsia nanti. Untunglah! 

Macam manapun dengarnya melalui update terbaru pagi ni, si suami macam nak booked je flight AirAsia semata-mata nak penuhi rasa mengidam si isteri. Ewahhh macam lagu Ragaman Faizal Tahir pulak ye bang! Apa-apapun semoga berbahagia selalu ye! Admin doakan craving si isteri tu pun dapat dipenuhi. Sweet angat dapat suami macam ni. Hiks!