Terbaru penyanyi dangdut terkenal berikan nasihat kepada warganet sehingga mendapat perhatian orang ramai mengenai kata kata yang ditulisnya itu pada laman sosial instagramnya. Ini pesanan yang dikongsikan itu.

Penyanyi dangdut senior, Mas Idayu ada memberi kata-kata nasihat buat pengikutnya menerusi laman media sosial Instagram. “Mulakan hari anda dengan senyuman walau terkadang senyuman itu palsu. “Didik hati dan minda kita agar sentiasa bersih, ada kala kita kurg sedar bahawa tingkah laku kita sudah lama di perhatikan dan menjengkelkan orang,” tulis penyanyi Robek Hatiku ini.

Pada masa sama, penyanyi berusia 48 tahun ini menyarankan agar semua terdidik dengan sifat bersyukur. “Belajarlah bersyukur kerana kita berada di lingkungan org baik2, Allah sentiasa beri kesempatan pada kita untuk bernafas, bersyukur dapat hidup sihat, dapat tempat berteduh, dapat rezeki Allah. “Jadi motivasi pagi hari ini utk kita sama2 ingat mengingati betapa pentingnya syukur! “Aku bersyukur padamu Allah masih diberikan nafas, sihat, sujud padamu. Sekian kuliah pagi dari saya masidayu1001,” tulisnya lagi. Sekadar informasi, Mas atau nama lengkapnya Masidayu Mesnun dilahirkan pada 10 Januari 1072 dan telah bergiat aktif dalam karier nyanyian pada tahun 1991.-MEDIA HIBURAN

‘Aku Kotor, Aku Kecil, Aku Tak Layak Berada Di Sini..’ Mas Idayu Sebak Tunai Umrah

Terdahulu, setelah hampir dua minggu menjalani ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, penyanyi dangdut Mas Idayu meluahkan rasa sedih apabila terpaksa meninggalkan bumi Anbia itu. Pada masa yang sama, dia turut bersyukur menjadi tetamu Allah dan gembira dapat membawa anaknya Nur Dayini Asyiqah bersama-sama menunaikan umrah. Alhamdulillah! Semoga umrahku diterima.

Menurut Mas Idayu, pada awalnya dia berasa sangat kecil, kotor dan tidak layak untuk berada di Tanah Suci Mekah. Namun, dia tidak menyangka Allah memberikan kesempatan buat dirinya untuk melakukan amal ibadat di sana. Perasaan sedih semakin dirasai tatkala mereka selesai melakukan ibadah dan bakal meninggalkan bumi anbia itu. Di samping itu, penyanyi tersebut turut berdoa ibadah umrah yang dilakukan diterima oleh Allah dan dia diberi petunjuk agar menjadi insan yang lebih baik.- OH BULAN