Terbaru terdapat pelajar disahkan positif covid 19 di satu sekolah Labuan. Kini sekolah tersebut yang berada di Labuan itu terus ditutup untuk proses sanitasi.

LABUAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara di sini, diarah tutup sementara untuk proses sanitasi setelah seorang pelajarnya disahkan positif COVID-19. Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, berkata pelajar yang disahkan positif itu, tinggal di rumah kongsi di tapak pembinaan (rumah setinggan) didiami lebih 40 orang. “Dia dan tujuh individu lain yang tinggal di sana didapati positif, manakala ibu bapa pelajar itu belum mendapat keputusan ujian saringan.

“Dia (pelajar) ke sekolah sejak beberapa hari lepas sebelum kami mendapat keputusan awal bahawa dia disahkan positif pagi ini dan sekolah ditutup sementara untuk sanitasi,” katanya hari ini. Dr Ismuni berkata, semua guru di sekolah itu termasuk guru di seluruh Labuan menjalani ujian swab COVID-19 di Pusat Kokurikulum Labuan hari ini. Beliau berkata, ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah itu pada 29 September hingga 2 Oktober lepas juga diarah menjalani ujian saringan.

Sementara itu, SMK Mutiara dalam kenyataan dikeluarkan kepada ibu bapa awal pagi hari ini, memaklumkan ibu bapa supaya mengambil anak mereka yang bersekolah pada jam 9.30 pagi berikutan arahan penutupan segera. Semua guru sekolah itu diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari dan dinasihatkan untuk membawa pulang bahan mengajar untuk melaksanakan pengajaran dalam talian. – BERNAMA

Sekolah di empat daerah ini ditutup mulai hari ini. Penutupan ini melibatkan hampir 400 buah sekolah dan sehingga ke satu tarikh ini dan harap semua maklum dengan hal ini.

Semua sekolah yang berada di zon merah Covid-19 di seluruh negara akan ditutup mulai hari ini. Ini termasuklah sekolah di empat daerah – Klang, Sandakan, Papar dan Tuaran – yang akan dikenakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Jumaat ini. Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan petang semalam, sekolah-sekolah di daerah itu akan ditutup sehingga 23 Oktober.

Penutupan sekolah itu akan melibatkan sebanyak 142 buah sekolah di daerah Klang dan 242 buah sekolah keseluruhan di tiga daerah di Sabah. Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my. Sementara itu sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah-daerah lain akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sumber: Awani