Tergamak Betty Rahmad buat begini pada bibiknya hingga lupa jasa jaga anaknya. Dia bongkar sesuatu yang ramai seakan tak percaya

Kadangkala adik beradik sendiripun kita terlupa tentang hari lahir mereka. Walaupun tidak semua dan tidaklah selalu lupa, tetapi itulah hakikatnya. Oleh kerana itulah mungkin ramai warganet terharu dengan cara pelakon dan usahawan Betty Rahmad melayan pembantu rumahnya yang dipanggil Anim. Dalam satu IGTV yang dimuat naik ke Instagramnya, Betty, suaminya Ardy Damis dan anak mereka Ardy Wira berkongsi sambutan hari lahir Anim. Bukan sahaja kek yang tersedia, Betty turut menghadiahkan gelang tangan buat Anim.

“Happpppy Birthday Kak Anim Wira! Hari ni birthday orang yang banyak tolong saya uruskan rumah & jaga Wira kalau saya ada kerja. Dari umur 7 bulan dalam perut sampai sekarang dah besar nak masuk 2 tahun. “Sayang dia dekat Wira. Alhamdulillah doakan semoga Allah murahkan rezeki & pelihara keluarga Anim di kampung,” tulis Betty sambil mendoakan untuk pembantu rumahnya itu.

Rata-rata warganet memuji layanan baik Betty dan suami kepada pembantu rumah mereka seumpama ahli keluarga sendiri. Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad berkahwin dengan Ardy Damis atau nama sebenarnya Ardy Shafiq berkahwin pada 5 Februari 2018 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ardy Wira yang lahir pada 19 Januari 2019.

MummyDino Betty Rahmad tarik perhatian ramai

“SAYA mahu menggembirakan rakyat Malaysia yang kini bimbang dengan penularan wabak Covid-19,” kata pelakon Betty Rahmad mengenai perlakuan mengenakan kostum dinosaur ketika membeli barangan keperluan di pasar raya semalam. Video dia mengenakan kostum yang dipanggil MummyDino sambil membuat bayaran di kaunter dan menolak troli ke keretanya yang dimuat naik di Instagram menjadi tular selain mendapat banyak respon positif daripada warganet.

Betty ketika dihubungi berkata, dia tidak terfikir pun perlakuan itu akan menjadi tular, namun teruja apabila ramai memberikan respon positif serta terhibur dengan gelagatnya.“Idea itu sebenarnya datang secara spontan. Saya memang sudah lama simpan kostum itu sebelum Covid-19 ini melanda. “Jadi, sempena ulang tahun kelahiran saya semalam, saya menyarung kostum itu ke pasar raya untuk membeli barang keperluan rumah. Kebetulan barang pun sudah habis dan pada masa sama, saya memang paranoid keluar rumah.“Tidak sangka pula video itu akan menjadi tular dan mendapat respon luar biasa. Apapun, saya tiada niat lain cuma untuk membawa kegembiraan kepada semua yang menonton video berkenaan,” katanya.

Menurut Betty, dia juga tahu perlakuan itu pasti menjadi perhatian di pasar raya berkenaan terapi dia ada tidak rasa malu. “Tiada rasa ragu-ragu pun sewaktu nak sarung kostum itu. Sebaliknya, sewaktu sampai di pasar raya itu dan keluar kereta, tiba-tiba rasa gementar pula seakan saya nak pergi mengambil hak orang lain pula. “Dari pintu masuk lagi, orang sudah ambil gambar dan video saya. Dalam pasar raya pun, ramai juga yang gelak-gelak dan senyum tapi saya buat biasa saja membeli barangan diperlukan,” katanya. Video berkenaan mendapat tontonan lebih 250,000, 900 komen serta 24,000 tanda suka. Selain itu, Betty turut memuat naik video cara-cara dia memakai kostum itu di rumah sebelum keluar ke pasar raya.