Tergamam apabila isteri Fazley Yaakob dedahkan ada sesuatu di belakang badannya sampaikan terpaksa tahan sakit selama 48 jam. Rupanya ini maklumat lanjut berkenaan operasi yang dijalankan baru baru ini.

Isteri kepada penyanyi yang juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, Datin Azrene Ahmad mendedahkan dirinya baru sahaja selesai menjalani operasi pembuangan cyts di bahagian belakang badannya. Menurut Azrene, pada hujung minggu lalu, dia mula merasai kesakitan dan apa yang merisaukan, perkara tersebut berlanjutan dalam tempoh dua hari.

“Bila mula ada terasa sesuatu yang tidak sepatutnya berada di badan, tiba masa untuk saya berhenti seketika dan lihat perkembangannya. “Satu pengalaman mengerikan pada hujung minggu apabila satu benjolan membesar di belakang badan dalam tempoh 48 jam. “Sakitnya sukar digambarkan! Pada pagi Isnin, saya tak dapat menahan diri daripada menahana kesakitan walau lima minit sehingga menggigil.

“Jadi, saya pergi ke klinik rakan sebelum dimaklumkan terdapat cyst dan perlu dibuang,” tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan ibu kepada empat orang cahaya mata itu menerusi akaun Instagram. Dalam pada itu, Azrene turut berkongsi foto ketika prosedur pembedahan sedang berjalan. Tambah Azrene lagi, dia kini harus berehat daripada melakukan kerja-kerja berat atau perkara yang boleh mendatangkan stres sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 hari. “Sekarang saya dah berasa lega selepas menjalani operasi kecil. 10 hari tanpa hiking atau buat aktiviti berat, 10 hari tanpa perlu hadap tekanan kerja. “Badan saya memerlukan tempoh berehat yang cukup untuk pulih sepenuhnya, doakan saya.

“Saya tak tahu bagaimana saya nak duduk diam sahaja tanpa jalani rutin sibuk seperti biasa. “Tidak mengiraukan email yang masuk pun sudah merupakan satu pencapaian buat saya,” kongsinya lagi. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis mendoakan semoga Azrene lekas pulih dan boleh menjalani rutin harian seperti sedia kala. Terdahulu, bak kata pepatah, kalau sudah sayang, gunung pun sanggup didaki. Begitulah istimewanya hadiah hari lahir daripada Dato’ Fazley Yaakob buat isteri tercinta, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz. Menurut Fazley, dia akan sama-sama mendaki Gunung Kinabalu sebagai hadiah hari lahir isterinya yang keempat puluh tahun.

“Bismillah! Hadiah hari jadi Adik Sayang Azrene Ahmad dari saya, saya akan cuba untuk mendaki Gunung Kinabalu bagi menyempurnakan impian beliau sempena ulang tahun ke-40 esok!” tulis Fazley pada satu entri di Instagram miliknya. Tambah Fazley, dia sebenarnya seorang yang sangat fobia dan gayat dengan ketinggian. “Buat yang tak tahu, saya ni seorang yang gayat sangat, segan kepada ketinggian hehe! Bila naik lift pun saya cuak. Penyanyi, pengacara, pakar motivasi dan chef selebriti ini berkahwin dengan Azrene pada tahun 2006 dan pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Sumber: MEDIAHIBURAN