Tergamam Aznil Nawawi dituduh jadi orang ketiga selepas gambar ini tular di salah satu laman sosial pelakon ini. Ternyata ini cerita sebenar yang berlaku antara mereka sehingga menjadi tumpuan warganet.

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan sama cantik, sama padan ini iaitu Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam dimana mereka kini juga semakin bahagia dengan dua orang cahaya mata yang dikenali sebagai Syeriv dan Sarima. Walau bagaimanapun, buat yang mengenali pasangan ini pastinya mengetahui bahawa Syatilla Melvin semakin bergiat aktif dalam bidang perniagaan yang diberi nama Kekasih dan ia merupakan hasil kerjasama dia bersama adik-beradik perempuannya.

Biarpun begitu, terbaharu Syatilla di laman Instagram membuatkan orang ramai terhibur setelah melihat satu rakaman video yang disangkakan hanya menunjukkan papan iklan jenama produk Kekasih namun rupa-rupanya ada perkara yang melucukan dikongsikan Ini kerana, papan iklan suaminya juga ada tetapi ditengah mereka pula terdapat papan iklan wajah pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj. Nawawi lalu dia menulis kapsyen seperti berikut:

“Pak Nil kenapa mesti jadi orang ke 3!!!” tulisnya. Ternyata posting terbabit membuatkan peminat dan pengikut terhibur dengan perkongsian video dari selebriti terbabit disamping ada juga yang menulis komen panjang mengenai situasi tersebut. “Hahaha bila gabung macam ni kelakar gila hahaha” “Hahaha… yang tak tahan mengaku pula tu siap tunjuk lagi…”. “Billboard Sam dulu pasang pastu Pak Nil now Tilla…”

SUMBER: HCL

Guna Foto ‘Double Meaning’ Untuk Promosi Produk.

Baru-baru ini kecoh di media sosial Instagram apabila pasangan selebriti terkenal, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam dikritik hebat  oleh warganet apabila dikatakan telah menggunakan iklan berunsur lucah sebagai salah satu rangka promosi produk mereka yang terbaru iaitu, Pengasih. Pengasih yang merupakan produk penjagaan dalaman wanita milik pasangan itu didakwa warganet telah menjalankan pemasaran secara murahan dan unsur tidak baik.

Walau bagaimanapun, menurut Syatilla Melivin,29, dia memang sengaja menggunakan foto pelbagai maksud itu dan sudah menjangka akan reaksi yang pelbagai daripada warganet. “Kalau mereka nampak benda tu secara negatif, negatif lah ia. Tapi berbeza pula kalau mereka pandang secara positif. Ikut padan pandangan individu tu macam mana. Sebab bukan gambar straight forward, saya dan Sam memang sengaja wujudkan double meaning dalam foto tersebut. Memang kritikan ini kami dah jangka dan bermaksud apa yang kami cuba sampaikan itu berjaya,”

Dalam pada itu, Syatilla tidak berniat sama sekali untuk menjadikan iklan produk terbarunya itu kelihatan seperti sesuatu yang tidak baik. Malah, dia turut menganggap bahawa ‘bad marketing’ juga adalah salah satu teknik pemasaran yang boleh diguna pakai buat peniaga di luar sana. Baginya, segala kritikan yang diterima membuatkan dirinya lebih kuat dan hanya mengganggap semua itu sebagai perkara yang positif dalam hidup.

Sumber: mStar Online