Tergamam bila ada yang tinggalkan komen buruk kepada Veveonah disebabkan isu capaian internet di pedalaman itu tular sehingga menjadi bualan hangat masyarakat. Ini respon padu Veveonah selepas menerima komen sebegitu.

Masihkah anda ingat dengan Veveonah Mosibin? Kisahnya yang sanggup bermalam seharian di atas pokok untuk menjawab peperiksaan online pernah menjadi isu viral di negara kita sebelum ini. Namun tidak kurang juga, semangat anak jati Kampung Pitas, Tuaran, Sabah ini turut pernah ‘dibawa’ ke parlimen hingga mencetuskan pelbagai respon berbeza daripada pihak-pihak berautoriti. Terbaharu, semalam beliau memuat naik satu gambar tangkap layar (screenshot) di Facebook yang memaparkan satu komen berbaur percakapan buruk oleh seorang individu tidak dikenali.

Veveonah menulis hantaran di Facebook berkenaan komen individu itu seperti berikut:- Saya terbangun dengan notifikasi ini. Tolonglah, hentikan gangguan siber. Jangan suka menghukum. Jangan menyebarkan kebencian. Jika kamu kemurungan, cari bantuan daripada seseorang yang kamu percaya, keluarga kamu dan sebagainya. Cuma, jangan menyakiti orang lain. Selamat pagi! Ini pula respon beberapa warganet yang turut tidak senang dengan komen tersebut serta bersimpati dengan Veveonah:-

“Kira berusahalah tu.si veveonah dan memang line dsabah internetnya kurang maju lagi…semput2..bersungguh dalam hidup..mengejar kejayaan.tbaik….moga2 adalah anak sy sepandai veveonah,”. “Sebab berusaha la naik atas pokok. Kalau nda berusaha tu, mcm la yg tukang komenni. Tau kasi anjing urg ja. Dia tu apa tau? kritik saja. Cuba dia dtg sini tgk line d sabah ni mcm mana. Area siring2 kk pun pandai putus2.. Don’t worry V! Byk org sokong ko “.

Sumber: Veveonah Mosibin, siakap keli

Kerajaan mohon maaf kepada Veveonah

Kuala Lumpur: Kerajaan hari ini secara rasmi memohon maaf kepada penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin di atas kesulitan yang dihadapinya sejak tular isu liputan internet di kampungnya. Ucapan maaf itu disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dalam kunjungannya ke UMS, hari ini. “Sempat bertemu Veveonah di UMS. Saya telah mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan,” katanya berkongsi perkara itu menerusi ciapan di akaun Twitter beliau.

Semalam, Khairy memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju isu sebenar dihadapi Veveonah adalah berkaitan masalah capaian internet di kawasan pedalaman. Kabinet juga mengambil maklum bahawa kenyataan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin adalah tidak betul dan tidak wajar.

Kabinet setuju isu sebenar adalah capaian internet dan kemudahan asas lain khusus di pedalaman. Kerajaan akan usaha sebaik mungkin untuk perbaiki. Khairy, menjelaskan dalam pertemuan di UMS itu, beliau mencadangkan kepada Veveonah bekerjasama dengan Yayasan Inovasi untuk membangunkan projek inovasi di kampungnya dalam pemeliharaan alam sekitar.- Hmetro