Tergamam Raja Ilya nampak sesuatu di langit ketika dalam penerbangan pada waktu malam. Ini pengalaman yang dikongsikannya sehingga mengejutkan warganet.

Pelakon dan model, Raja Ilya ada berkongsi satu video misteri lama yang dirakamkan lalu dikongsikan menerusi Instagram buat tatapan para pengikutnya. Jelasnya lagi, objek tersebut yang turut disedari penumpang lain dirakam ketika mengikuti penerbangan dari Kota Kinabalu menuju ke Kuala Lumpur sejurus tamat penggambaran drama lakonannya, Syurgaku Tak Sempurna.

“Ape tu ? What is that ? Unsolved puzzle. Till today I still can’t believe, 5yrs fly jadi cabin crew x pernah nampak benda Macam ni. “This happened flight malam dari kk balik KL lepas habis shoot #syurgakutaksempurna . APAKAH ITU?,” tulis Ilya. Lalu, muat naik tersebut mendapat perhatian lalu masing-masing memberikan pandangan sendiri menerusi ruangan kapsyen.

Sumber: Media Hiburan

Fenomena di Langit yang Luar Biasa dan Misteri

Tidak dinafikan kekuasaan Allah SWT dapat dilihat dengan jelas melalui alam semula jadi. Terdapat terlalu banyak fenomena yang berlaku di sekeliling kita di seluruh pelosok Bumi, namun ada segelintir daripadanya yang begitu menakjubkan dan menarik minat manusia untuk membuat kajian dengan lebih mendalam. Walau bagaimanapun, fenomena semula jadi yang terjadi di langit sering kali mendapat perhatian yang lebih, mungkin kerana ia adalah di luar capaian tangan dan minda kita. Kewujudan langit dan angkasa adalah sesuatu yang selalu membuatkan kita tertanya-tanya dan akan sentiasa menjadi sebuah misteri.

1. Pelangi putih adalah sejenis pelangi yang jarang diketahui ramai yang juga dikenali sebagai ‘moonbow’ atau ‘pelangi lunar’. Ia adalah pelangi yang terbentuk hasil pancaran cahaya bulan, bukannya daripada sinaran matahari seperti yang biasa kita ketahui. 2. Aurora ialah salah satu keajaiban di langit yang mempunyai pelbagai nama seperti polar light, northern light dan southern light. Aurora borealis ataupun cahaya langit utara dilaporkan adalah aurora yang terbaik dari segi rupa dan pencahayaan.

3, Tiang Cahaya. Tiang cahaya mungkin adalah fenomena paling indah dan menakjubkan yang pernah terjadi dalam dunia. Ia merupakan sekumpulan cahaya menegak yang muncul daripada satu sumber cahaya. “Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Jaathiyah 45:3)- Iluminasi