Terhad dua orang satu meja kerajaan benarkan makan di restoren bermula esok

Sidang khas sebelum ini bersetuju melanjutkan operasi kedai makan, restoran dan khidmat penghantaran sehingga 10 malam. Pelanjutan itu turut membabitkan gerai, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kios yang dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 10 malam. Namun, aktiviti penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja

Hari ini melalui pengumuman khas kerajaan telah bersetuju melonggarkan pelanggan untuk makan di dalam restoran terhad kepada dua orang sahaja untuk satu meja dan mengikut SOP yang ditetapkan bermula esok. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri ISmail Sabri Yaakob dalam satu sidang media hari ini.