Bukan sahaja bertugas mengendalikan kes penularan covid 19. Terharu frontliner sanggup buat sesuatu ini dihadapan pesakitnya semata mata nak hiburkan hati dan ini reaksi warganet dengan aksi frontliner tersebut

Sejak berlakunya wabak Covid-19, tidak dinafikan bahawa frontliner antara pihak yang banyak memberikan jasa mereka dalam mengendalikan kes-kes wabak tersebut dimana mereka bekerja tanpa cuti sejak musim pkp yang lalu. Baru-baru ini juga, banyak pihak yang sempat merakam aksi dan gelagat mereka dalam menghiburkan pesakit Covid-19 menerusi tempoh rawatan dan kuarantin.

Tidak terkecuali dengan seorang frontliner ini yang sempat dirakam oleh salah seorang individu ketika melakukan aksi-aksi lucu sewaktu berada di wad. Menerusi video yang dipaparkan itu, frontliner tersebut dilihat sedang menari bagi menggembirakan hari-hari mereka yang sedang menjalani rawatan. Lebih mengagumkan apabila lelaki terbabit turut menari dengan bersungguh-sungguh sambil mengikut rentak lagu tersebut selama beberapa minit.

Setelah melihat keadaan itu, rata-rata warganet berasa tersentuh dengan tindakan frontliner terbabit dimana ia menari sambil membetulkan set PPE miliknya ke posisi asal di samping terdapat segelintir daripada warganet yang turut memuji tindakan lelaki berkenaan dimana sanggup menghiburkan hati para pesakit. Posting yang dimuat naik oleh sebuah akaun Twitter iaitu @evenz_my itu telah menjadi tumpuan ramai sehingga menerima sebanyak 207 ribu tontonan menerusi laman akaun Twitter berkenaan. “Terhibur jap…”. “Bila kau suka dengan kerja kau”. “Dia dapat semua step…”.

Sumber: HCL

“Terbaik lah frontliners” – Sambut Hari Jadi Pesakit, Frontliners Dapat Pujian warganet

Pandemik Covid-19 telah melanda dunia dari awal tahun sehinggalah ke hari ini. Banyak aktiviti yang dirancang oleh orang ramai terpaksa dibatalkan, termasuklah sambutan hari jadi. Walaupun mass gathering dilarang sama sekali, sambutan kecil-kecilan tetap dijalankan. Tular di media sosial sambutan hari jadi seorang pesakit disambut secara surprise oleh frontliners di salah satu pusat kuarantin di Lembah Klang. Lihat video oleh @littlekia_ dibawah untuk video sambutan hari jadinya yang disambut oleh frontliners.

“Dpt suprise for my bufday!! xdelh sendu ngat kuarantin sorang² ni..byk betul jasa diorg . Happy Labor day! Frontliner : APM, Pejabat Daerah Hulu Langat, KKM, PDRM, RELA, JKM & pihak hotel. ” Meriah gak tu. Pertama sekali admin mewakili Lobak Merah mengucapkan Selamat Hari Lahir! Terima kasih kepada frontliners kita yang sanggup buat surprise birthday kat awak. Sapa je yang tak suka surprise time birthday kan? Wah kek dapat, menyanyi siap dengan gitar pun dapat, hadiah pun dapat weh. Memang best lah sambut birthday macam ni, takdelah sendu sambut sorang-sorang kan? Terima kasih frontliners, bukan sahaja memastikan kita semua selamat, tapi berjaya juga buat orang lain tak sendu sambut birthday sorang-sorang. Terbaik lah frontliners!

Sumber: LobakMerah