Teringat sesuatu ini Azwan Ali terus mengalirkan air matanya sehingga mendapat perhatian warganet. Perasaannya itu diluahkan kepada orang ramai. Rupanya ini punca yang berlaku.

Pengacara terkenal Azwan Ali meluahkan rasa kecewanya apabila sehingga hari ini masih ramai yang tak suka dan mengkritiknya di media sosial. Menurut Azwan, mereka mungkin lupa bahawa hidup ini telah ditentukan oleh Allah SWT. “Hari ini bila saya dah keluarkan produk minyak angin saya, perasaan sebak tu membuak-buak. “Saya sebak sangat bila memikirkan selama ini ramai betul tak suka dan kritik saya.

Menurut Azwan Ali lagi, kesedihan dia juga itu turut dibayangi kisah lama membabitkan dulu bapanya iaitu Haji Ali. “Sebenarnya ada kisah jugga di sebalik produk minyak angin saya ini. Kalau nak tahu dulu ayah selalu masak minyak urut. “Waktu tu saya kecil lagi depan mata saya dia masak. “Ayah memang pandai masa minyak angin gunakan ramuan tradisinya. “Jadi saya sebak sangat. Tak terfikir pula saya akan mengeluarkan produk yang khasiat dan keberkesanannya sangat sama,” katanya.

Difahamkan, minyak angin Diva AA See My Level ini berkesan untuk mengurangkan sakit sendi, lutut, kepala dan s3ngal-s3ngal badan. Terdahulu pernah dikaitkan Diva AA ini dengan Naim Daniel. Siapa sangka disebalik ucapan tahniah dan kegembiraan yang diterima penyanyi Naim Daniel setelah beliau berjaya menjulang AJL 34, masih ada segelintir individu yang bersikap “kurang ajar” terhadap penyanyi tersebut. “Siapa JADAH ni? Semak stage kunun Juara”- Azwan Ali

Belum pun tamat isu kontroversi bersama Dato Vida, Azwan Ali atau DIVA AA sekali lagi menimbulkan isu sensasi di laman sosial media. Menerusi laman twitter DIVA AA, Azwam memuat naik status dan mendakwa dia tidak mengenali penyanyi lagu ‘Sumpah’. Azwan Ali juga turut mengeluarkan kenyataan dengan memanggil Naim Daniel panggilan yang agak melampau.  “Sayalah JADAH yang support Uncle Azwan ketika PRU14”- Naim Daniel

Tidak menunggu lama, Naim Daniel terus membalas tweet DIVA AA dengan memperkenalkan dirinya dan memberitahu bahawa dia pernah menjadi penyokong setia Azwan Ali sewaktu PRU ke 14. Naim turut memberitahu bahawa dia sedar dia masih perlu belajar banyak perkara dan berdoa semoga Azwan Ali sentiasa dilindungi Tuhan.  Rata-rata warganet di Twitter menasihatkan agar Naim Daniel tidak menghiraukan kata-kata Azwan Ali, malah mereka juga mengatakan bahawa kematangan individu tidak berlandaskan faktor umur semata-mata. 

SUMBER: GEMPAK