Teringin nak beli sofa baru. Ini 7 petua untuk mudahkan anda buat pilihan

Rumahku, syurgaku! Itulah perumpamaan sesuai untuk menggambarkan kediaman kita yang damai, tenang serta tempat berehat dan bersantai selepas seharian penat bekerja. Biasanya, balik sahaja ke rumah, tempat pertama yang kita tuju adalah ruang tamu untuk berehat di sofa yang empuk dan selesa.

Oleh sebab itulah pentingnya memilih sofa yang sesuai untuk keperluan diri dan keluarga. Tidak ada siapa yang mahu sofa yang keras dan berbunyi setiap kali bergerak misalnya ketika mengambil alat kawalan jauh atau minuman. Apa yang paling penting adalah fungsi, gaya, keselesaan dan reka bentuk yang memberikan ciri tersendiri kepada dekor sesebuah rumah. Pemilihan sofa juga perlulah bersesuaian apatah lagi jika ada anak-anak di rumah.

Pertama, saiz main peranan penting. Sudah tentu, sebelum membeli sofa, perkara yang paling penting untuk dilakukan adalah untuk menyemak saiz ruang tamu anda terlebih dahulu!Jika anda mempunyai ruang tamu yang lebih kecil, penyelesaian terbaik adalah dengan mendapatkan sofa dengan dua tempat duduk berbanding tiga tempat duduk. Bagaimanapun, bagi mendapatkan ruang yang selesa, anda juga boleh memilih sofa jenis modular. Bagusnya mengenai sofa jenis ini, ia dapat dipisahkan kepada bahagian berasingan dan dipindahkan dengan mudah sekiranya ada rakan-rakan atau saudara yang melawat ke rumah. Namun jika anda ingin sesuatu yang lebih mewah, pilihan sarung kulit adalah pilihan terbaik.

Kedua, warna sofa ceriakan anda. Tidak hanya tentang ketahanan dan keselesaan, skema warna sesuatu sofa turut memberi kesan berbeza kepada ruang tamu kediaman anda. Adakah anda suka warna merah dan jingga atau anda lebih cenderung kepada ton warna yang neutral? Pertimbangkan soal warna sofa yang anda pilih agar ia berintegrasi dengan skema warna rumah dan perabot sedia ada.Atau mungkin anda ingin menambah warna pada latar belakang ruang tamu bagi menjadikan sofa anda tampak menonjol.

Ketiga, butiran beri nilai tambah keselesaan anda. dan fungsi turut memainkan peranan dalam pemilihan sesuatu sofa selepas menentukan ukuran dan reka bentuk dan warna yang anda mahukan. Contohnya, anda mungkin tinggal di pangsapuri studio yang tiada gangguan. Dalam kes ini, sofa yang dilengkapi dengan ruang penyimpanan tersembunyi berfungsi untuk dua tujuan; ruang simpanan yang tidak dapat dilihat dan ia tidak memerlukan ruang tambahan.

Keempat, sokongan tamabahan seperti sokongan kepala dan leher yang terbaik untuk keselesaan anda dan keluarga dapat menentukan sama ada anda memilih sofa yang tinggi atau rendah atau sandaran tangan lebih tinggi dan lebar untuk sokongan lebih baik (juga bagus untuk meletakkan dulang makanan dan minuman). Reka bentuk lengan sofa berbentuk bulat adalah paling baik untuk mereka yang suka tidur di sofa, sementara sofa dengan lengan lurus dan lebih tinggi daripada kedudukan tempat duduk memberikan visual moden.

kelima, pentingkan perlindungan.Jenis pelapik atau penutup yang anda pilih untuk sofa juga mampu mempengaruhi penampilan sofa seperti warna dan reka bentuknya. Faktor haiwan peliharaan atau sekiranya anda gemar mengadakan parti dapat menentukan sama ada anda mahu pelapik sofa kain yang mudah dibersihkan dan tahan lama. Spektrum pilihan lain adalah kulit berkualiti tinggi yang tidak hanya kekal lama dan mudah dibersihkan tetapi juga tahan lama.

Keenam, cantik dimata, dompet pun tak kering.Berpindah ke kediaman baharu adalah langkah besar dan komitmen kewangan seumur hidup, jadi kami memahami bahawa apa yang tinggal dalam bajet untuk mencantikkan dekorasi rumah mungkin menjadi cabaran. Menariknya, sofa fabrik lebih menjimatkan dan kebiasaannya ia datang dalam pelbagai jenis warna, reka bentuk dan gaya. Namun jika anda mempunyai bajet yang lebih, maka pertimbangkan sofa kulit yang lebih mewah dan berkualiti tinggi sesuai dengan pelaburan dibuat.