Terjawab jua persoalan Mamat keluar dari grup Sepahtu. Mamat nekad bongkarkan cerita sebenar yang terjadi antara mereka yang bikin warganet sebak

Baru-baru ini, Mamat Sepah dan Shuib dijemput dalam satu rancangan temubual. Menerusi program itu, Mamat berkongsikan kisah mengenai perpcahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan Shuib 10 tahun lalu.Mamat akui kehilangan sahabat baik amat per1t baginya namun dia akur di atas apa yang terjadi. Mamat berkata di dalam dunia ini tiada sahabat sebaik Jep dan Shuib dan mereka ini tidak dapat dicari ganti.

“Dalam dunia ni ada satu je kawan saya yang datang rumah mak saya takkan marh iaitu Jep. Pada pandangan orang luar ya, memang Sepah tengah banyak duit ketika itu, muka kita orang bertahun keluar TV non-stop. “Tapi bila kita berbalah pasal kerja, pasal attitude saya dan semua ada masalah masing-masing, kita ada alasan yang tersendiri.

“Bila saya hilang kawan saya tu, dah tak tahu nak cari kawan yang sebaik macam diorang ni. Mereka terlmpau baik dalam hidup saya,” katanya.Mengakui apa yang terjadi sebelum ini adalah salah dirinya juga, Mamat berkata mereka tidak pernah berbalah atas isu yang jadi terdahulu.“Tapi itu mungkin kesilapan saya, masa ataupun orang sekeliling yang mengap1-ap1kan tapi saya tidaklah mahu meny4lahkan orang sekeliling. Semuanya berbalik kepada diri sendiri.“Lama kami sunyi tapi kita tak pernah berbalah mulut atau berbalah guna tangan. Saya tiada persoalan buat mereka sebab mereka dah jawab segalanya.

“Cuma saya nak diorang tahu, satu hari nanti apa itu erti persahabatan dan mereka tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Sebab mereka berdua ni saya letakkan ke depan walaupun saya pernah ada group lain,” katanya.Dalam pada itu, Mamat berkata dia tidak menyimpan apa-apa dndm atau pun perasaan terhadap dua sahabat baiknya itu, malah sudah pun ampunkan dosa mereka 10 tahun lalu. Lebih meruntun jiwa, Mamat berkata dia pernah berjanji dengan Jep mahu diletakkan di sebelah tempat persemadian masing-masing.

“Bagi saya mereka tiada dosa dengan saya. Jangan satu hari nanti mereka pergi buat selamanya mereka bagi tahu isteri mereka ada dosa dengan Mamat.“Aku nak korang tahu hari ni yang korang takda dosa dengan aku. Dengan apa yang terjadi walau korang pernah hncurkan nama aku satu ketika dulu, aku nak korang bila dah takde nanti korang cakap kat bini korang tak perlu minta maaf dengan Mamat sebab aku dah ampunkan awal 10 tahun yang dulu.“Sebab kita pernah janji kita nak pergi buat selama lamanya sama-sama. Kau pergi buat selamanya, aku duduk sebelah tempat persemadian kau. Itu saya pernah cakap dengan Jep,” katanya lagi.-rotikaya

Terasa Seperti Langit Dan Bumi. Mamat Luah Dia Kagum Dengan Isterinya Atas Satu Perkara Ini.

Dengan imej berambut panjang dan penampilan tidak kemas, Mamat Sepah mengakui ia dia dan isteri, Nordiana Ibrahim seperti langit dan bumi. Mamat berkata pasti isterinya tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan lelaki rambut panjang.Bagaimanapun, Mamat meluahkan rasa syukur Nordiana yang juga seorang anggota polis menerima dirinya seadanya dan tidak hanya melihat dari luaran sahaja. Malah, Mamat berkata, isterinya perlu menerima dengan imej ‘rock’ nya.

“Mesti dia tak pernah terfikir akan berkahwin dengan lelaki rambut panjang macam saya. Yelah, sekeliling tempat kerja dia semua orang apaki kemas dan berdisiplin, balik rumah jumpa laki rambut macam orang dekat tirai besi.“Kadang yang dekat tirai besi tu lagi kemas dari laki dia. Dia kena terima hakikat kahwin dengan rocker sejati. Sapa suruh awak terima pinangan saya dulu. Padan muka kau dapat laki rambut sama panjang. “Luaran tidak menjanjikan apa-apa, yang penting? Tolong sambung,” tulisnya di Instagram.

Perkongsian Mamat itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga net yang bersetuju dengan kenyataan pelakon itu bahawa luaran tidak menjanjikan apa-apa dan paling penting adalah perlu ikhlas dalam mencintai seseorang. Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad mendirikan rumah tangga dengan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 1 Mac lalu. Mamat dan Nordiana terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 2018.

Sumber:rotikaya